Followers

Saturday, November 9, 2013

Kerana kesulitan itu..MAAF..


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..
Ya Rabb, ampunilah daku,
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayang-Mu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...

Source: Unknown

Sunday, October 13, 2013

Sebelum kau halal untukku.

Assalamualaikum....


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin


Source: FB Cinta Selepas Nikah....

Sunday, September 8, 2013

Perkara yang boleh merosakkan Pernikahan..

A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Tuesday, September 3, 2013

Hebatnya Kuasa Istikharah

Assalamualaikum readers,

Dikesempatan ini, aku nak share something dari pembacaan aku dalam buku "Hebatnya Kuasa Istikharah" - Imam Musbikin terbitan PTS.


Rasulullah pernah mengajar doa bagi solat istikharah yang dilakukan dengan tujuan memilih pasangan hidup. 

"Sembunyikan pinanganmu. Kemudian berwuduk dan perbaiki wudukmu. Bersolat seperti Allah tetapkan ataupun seberapa banyak yang dikehendaki. Sesudah itu, panjatkan pujian kepada Allah dan muliakan Dia. Lalu ucapkan doa..

Maksudnya..
Wahai Allah, 
Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. 
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui.
Engkau mengetahui segala yang ghaib.
Apabila engkau mengetahui si dia (sebut namanya) baik bagiku dalam agamaku,
duniaku dan akhiratku, berikan dia untukku.
Apabila yang selainnya lebih baik daripadanya bagiku,
agamaku,
duniaku dan akhiratku,
berikanlah yang lain itu bagiku."

Wirid Bagi Memilih yang terbaik

Kehidupan kita penuh dengan persoalan dan pilihan termasuk daripada segi pekerjaan, jodoh, pendidikan dan lain-lain lagi. Bagi memilih yang terbaik, kita dianjurkan meminta petunjuk daripada Allah dengan beristikharah, baca wirid-wirid yang berikut:-
  • Beristighfar sebanyak 100 kali. "Astaghfirullahal 'Azim. Maksudnya: Saya memohon ampun kepada Allah yang maha besar.
  • Berselawat ke atas nabi. " Allahuma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasahbihi wassalam". Maksudnya: Ya Allah, berikan kesejahteraan ke atas nabi Muhammad dan keluarganya" 
  •   Sesudah itu apabila mahu tidur, tidur dengan menghadap ke arah kiblat iaitu dengan kepala di bahagian utara. Berselawat sehingga tidur dengan kedudukan tidak berubah.
  • Apabila Allah mengkehendakinya, Dia memberikan petunjuk dengan memperlihatkan tanda daripada pilihan terbaik. Petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk mimpi ataupun ketetapan hati. Ini bermakna, hati berasa mantap atas pilihan yang diambil.
  • Kadangkala solat istikharah perlu dilakukan berulang kali kerana sekali sahaja tidak memadai bagi mendapat petunjukNya. Bagi mendapat petunjuk dengan pantas, kita di sarankan melaksanakannya selma 7 hari berturut-turut dan di sertai puasa selama 7 hari berturut-turut.

Wallahualam...

Tuesday, July 2, 2013

ADFIM Paintball Challenger 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Tiada coretan yang ingin dicontengkan sangat..hanya membiarkan gambar-gambar ini berbicara...

Jcorp salah satu daripada badan koprat yang menyertai ADFIM Paintball Challenger

Paintball Team "S.A.W.I.T"

Team Paintball SAWIT ALPHA

 Team Paintball SAWIT BRAVO

 Team Paintball SAWIT CHARLI

Team Paintball SAWIT DELTA

4 women on scene

Sawit Charli Team sebelum 1st pertarungan..lagi beberapa saat nak masuk field..Hoho..

Kalau dah tengok, dah tak boleh beza dah mana lelaki mana perempuan..Hehehe...
So kalau dalam field, nak kene tembak takde lagi belas kasihan..kasi pulun je peluru..
dalam kepala dah tak fikir apa, cuma fikir nak menang dan nak matikan pihak lawan..

Apa-apa pun pengalaman pertama ne yang paling bermakna..
gabungan pemain dari semua anak syarikat Jcorp
yang tak kenal boleh kenal, yang kenal makin rapat..kuikuikui..tet!!

Tapi perkara ini yang buat kami enjoy menikmati minat yang sama...
Thanks Jcorp & Congratulation Team Jcorp Sawit Bravo...

Wednesday, April 10, 2013

Games On!! - AOV Paintball, Tebrau.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Lama rasanya tak bersua..maaflah sebab kurang kelapangan.

Just want to make it short entry, Sepanjang umur hingga jejak ke tahun ini, bersyukur sangat sebab dapat juga akhirnya aku menikmati, mencuba dan belajar mengenai sukan ini. Alhamdulillah..#Smile..

Impian nak cuba tu sebenarnya dah lama sangat dari umur 22 Tahun tak silap. Namun, takde peluang. Sehingga sampai tahun lepas, office-mate semua ada jugak mengajak. Namun, sampai tahun ne, peluang memang sangat-sangat terbuka luas bila syarat-syarat pertandingan untuk menyertai sukan tertutup Jcorp 2013, satu group mesti kene ada 2 orang wanita yang turut serta. Makanya..Budak gemuk ini pun turut tersenarai..hehe...


Mula-mula main memang gerun r, gerun sebab takut kene tembak. Tapi, sekali dah panas sebab dah rasa sakitnya kene tembak. Nasib korang r, aku nak jugak bagi peluru kat siapa-siapa. Haha..

Cara-cara permainan:-
  • Korang akan di bahagikan kepada 5 orang untuk setiap pemainan. So group company aku ada 20 orang. 5 perempuan dan selebihnya lelaki. 
  • Start je masuk padang, kalian akan berkumpul di tong barrel kat belakang, dan sila pastikan senapang korang perlu menyentuh barrel tersebut. Pastikan semua dah tau position masing-masing. Siapa jadi pertahanan, siapa jadi "snake" dan siapa yang jadi captain.
  • Bila kedua-dua group dah bersedia, salah seorang captain jerit GAMES ON!!. Bermulalah tembakan peluru yang bertalu-talu.
  • Korang di kehendaki mengambil posisi masing-masing. Tempat-tempat persembunyian di panggil "Bunker". Paling seronok adalah "snake" dia kira tulang belakang group dan perlu bergerak pantas dengan menyusup.
  • Sekali "snake" korang berjaya menyusup sampai kebelakang. Kira dah tipis r peluang group korang kerana "snake" tersebut berjaya tawan padang dengan mark korang dari belakang. So time ne, kalo korang kene tembak dari belakang. Dah tau r kubu korang telah di tawan.
  • Kalau group tu memang expert, dalam masa seminit je kubu korang complete kene tawan.
  • Sekali korang kene tembak. Even sakit pun, tapi peluru tak pecah korang masih boleh meneruskan perlawanan. Tapi sekali peluru singgah dekat badan korang, dan peluru paint tu pecah kene badan. Pengadil akan minta korang keluar dari padang. Kalau korang padam warna peluru tu, dan pengadil nampak. No wonder, korang yang kene halau keluar padang, dan seorang kawan dari group korang yang tak besalah pun boleh terjerebak di tarik keluar padang. Zalim tak?hehe..
  • Sekali dah kene mark dan pengadil minta keluar, korang kene angkat tangan letak ke kepala dan keluar. Hal ini adalah bagi mengelakkan korang kene tembak dengan pihak lawan.
  • Peringatan, di sepanjang berada di dalam padang perlawanan. Korang di larang untuk membuka mask bagi mengelakkan terkene peluru sesat.
  • Keluar sahaja dari padang, sila pastikan sock senapang berada di tempatnya, bagi mengelakkan peluru tersasar keluar dan pastikan button safe di kiri sepang tersebut di tekan.
  • Bila semua kelima-lima permain mati di tembak. Pengadil akan menjerit GAMES OVER! dan beritahu pihak mana yang menang kerana masih berbaki permain.

Perasaan main tu mamang sangat seronok bila peluru korang ada yang singgah kat mana-mana bahagian badan pihak lawan dan korang mampu untuk terlepas dari mana-mana tembakan dan mampu berganjak dari satu bunker ke satu bunker yang lain. Kira terer dah tu..haha..

Tapi korang memang di galakkan untuk pakai baju berlengan panjang, sebab mungkin boleh mengelakkan korang terkene peluru secara direct ke kulit. Even korang pakai baju lengan panjang pun, dah kene peluru tu confirm lebam. Kira chop mohor besar gitu.

Aku kira nasib baiklah sebab pakai paintball vest. Kene pun masih boleh maaf lagi..hehe..tapi perkara paling best bila peluru kene kat sini...


Tepat kene sasaran tak?Haha..Adalah sangat bertuah kalau kene kat bahagian ini berbanding bahagian badan yang lain. Aku kene 2 kali dekat mask ne. Dan sekali memang tepat pecah dekat mulut. Memang mampu menikmati haruman soya bean yang fresh dan rasa pahit yang pekat sampai ke tekak.

Peluru dia di perbuat daripada lemak dan pewarna sebagai marking. Jangan takut sebab ianya boleh di makan. Kalau dekat Malaysia ne masih Halal lagi r sebab mungkin menggunakan lemak tumbuhan. Tapi kalau dekat oversea, lemak "binatang" tu pun ada kemungkinan. 

Alamat AOV Paintball disertakan:-
No.7, Jalan Harmonium 23/13,
Taman Desa Tebrau,
Johor Bahru.
Tel: 07-3500 437
website: www.AOVPaintball.com.my

Friday, March 29, 2013

Lima Jejaka ini..OMG!!heee...

Salam semua,

Arini tergerak pula nak tepek pic-pic jejaka Malaysia yang sungguh buat aku CAIR..alahai..alahai..yuk cuci mata..kikiki~

En.Fahrin Ahmad

Nama: Fahrin bin Ahmad
Tarikh Lahir: 09 Mei 1979
Asal: Johor 
Umur: 34 Tahun
Status: Bujang
Ketinggian: 180 m
Berat Badan: 86 kg
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UITM
Pandangan peribadi: Jejaka ini seorang yang matang dan tegas, serta sangat berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.

En. Remy Ishak

Nama: Mohammad Zalimei Ishak
Tarikh Lahir: 11 April 1982
Asal: Masjid Tanah, Melaka
Umur: 31 Tahun
Status: Bujang
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Pandangan peribadi: Jejaka ini seorang yang macho dan aktif serta seorang yang berbakat dalam bidang lakonan. Dia juga seorang penulis yang menarik.

En. Beto Kusyairy

Nama: Nurkusyairy Zakuan bin Osman
Tarikh Lahir: 19 Feb 1980
Umur: 33 Tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Diploma Perhotelan, UITM
Pandangan Peribadi: Jejaka ini seorang yang berbadan kecil namun berhati besar. Tegas dan sangat-sangat respect dengan cara penjiwaan watak sebagai seorang yang out spoken. wow!


En. Karl Shafek

Nama: Khairul Shafek bin Ibrahim
Tarikh Lahir: 28 Mac 1981
Asal: Pekan, Pahang
Status: Bujang
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Diploma Multimedia TV3
Pandangan Peribadi: Jejaka ini seorang yang sopan santun dan manja. Sangat berbakat dalam bidang pengacaraan namun kurang menonjol dalam bidang lakonan. Perlu di gilap lagi! oh yey..

En. Afiq Muiz

Nama: Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah
Tarikh Lahir: 1 Mei 1992
Umur: 21 Tahun
Status: Bujang
Asal: Kelantan
Ketinggian: 185 m
Berat Badan: 80 kg
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Pandangan Peribadi: Jejaka muda ini telah menunjukkan bakat besarnya dengan menjiwai watak sebagai seorang yang macho & matang walaupun baru berusia 21 tahun. Dapat merasakan bintang dia bakal bersinar dan merupakan pelapis yang hebat.

Wednesday, March 27, 2013

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd,Mesilau Kundasang.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Jam telah menunjukkan 0031 Hrs. Di mana seharusnya pada waktu-waktu begini, kalian seharusnya nyenyak di buai mimpi, namun,wanita bujang ini masih segar terkebil-kebil menaip sambil menikmati hobinya yang tak seberapa ini..Alahai..alahai..

Cuma nak share something yang more interesting kepada para-para reader sekalian, emm..pernah jejakkan kaki ke Borneo? Kalau belum pernah lagi, lepas ne..pegi check tambang murah Airasia..mari terbang ke Negeri di bawah bayu ini.

Desa Dairy Farm, Mesilau Kundasang atau di kenali juga sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.  Kawasan tanah tinggi yang wajib kalian jejakkan kaki tau. Ladang seluas 199 haktar yang terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Di mana, hanya 30 minit sahaja dari Kinabalu Park dan 10 minit sahaja dari Bandar Kundasang.


Dengan pemandangan yang sangat indah, sejuk dan nyaman ini berada di ketinggian 2100 dari paras laut. Orang lain cakap sejuk dia ala-ala Genting Highland & Cameron Highland. Tapi aku tak kisah pun sejuk dia macam mana cuma..permandangan dia tu..peh, ala-ala New Zealand ok..Hehe..

Dengan lembu-lembunya yang warna Itam-Putih..kalau nak kelentong orang bitau kat New Zealand macam iklan Fernleaf tu pun boleh..kikiki...

Dengan pemandangan yang indah ini jugak, kalian mungkin dapat tengok Gunung Kinabalu sehabis baik sebelum kabus memunculkan dirinya. Dekat sabah ne, nak kejar pemandangan gunung kene bangun seawal 0500 Hrs dan pastikan sebelum 0830 Hrs kalian dah selesai posing amek gambar latar belakang Gunung ok. 0830 Hrs Selesai. Itu tips ok..tapi kalau rezeki malam sebelumnya tak hujanlah.

Masuk ke bangunan Desa Cattle, boleh shopping susu lembu fresh dan boleh bermesra secara dekat dengan para-para ibu-ibu lembu kambing, serta anak-anak lembu kambing sendiri..Haha...


Malangnya, aku sampai pun dah agak lewat siket. Tak sempat tengok diorang perah susu lembu. Untuk maklumat, seekor lembu tenusu di sini boleh menghasilkan 14 Liter susu sehari.

Pemprosesan susu : 
Setiap Selasa, Khamis dan Ahad 
Jam : 1000 Hrs - 1400 Hrs

Proses Pemerahan susu:
Setiap Hari
Jam: 1500 Hrs - 1700 Hrs.

Dekat area sini jugak, boleh ambil peluang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak lembu dan kambing. Tak pernah-pernah kambing ngan lembu kat kampung tu aku nak melawat dan beramah mesra, datang dari jauh, pegi sini boleh pulak beramah mesra kan? Haish..dah masuk kene bayar kan..kalau free macam kat kampung tu tak hairan. Boleh bagi makan rumput-rumput dan menyumbat susu botol kepada anak-anak kambing dan lembu di sini.

Di senaraikan beberapa maklumat penting sebagai rujukan bagi yang ingin berkunjung:-

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd
Mesilau Highland, Kundasang, Sabah.
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-8895 62
Fax: 088-8895 62
GPS: 6.013877 lat, 116.593519 long
Entrance Fees: RM 4.00 (Dewasa)
RM 3.00 (Kanak-kanak)

Saturday, March 23, 2013

Senyuman itu dan Tangisan ini...

Awak..
Awak ingat tak time mula-mula, awak pick up saya dekat masjid UTM lepas solat zohor. 1st time awak tengok saya, awak sound..panjangnya kaki!!..haha..

Awak...
Awak ingat tak time kita pergi makan dekat Kenney Roges. Saya main cucuk-cucuk garfu kat tangan awak.  Lepas dapat makanan dengan slumbenya saya nak cucuk makanan. Awak sound, Iskh..tak geli ke dah main cucuk-cucuk garfu tu kemudian nak cucuk makanan pulak. Pastu kita kongsi guna sudu dan garfu yang sama dan kongsi maknan yang sama. Awak memang kedekut!!..haha..

Awak..
Awak ingat tak time saya kene temankan awak pegi PC Fair.  Dengan pakai baju kurung zibra lepas majlis kawen kakak Aji, sebab ramai sangat orang dekat PC Fair tu, awak tarik je tangan saya sebab takut saya ilang. Hehe...

Awak...
awak ingat tak saya sibuk sangat nak main air laut, awak bawak saya pergi pantai  tapi dalam masa yang sama cari petrol pump sebab minyak kereta awak tinggal setakuk je lagi. Saya sibuk main air, awak marah saya sebab seluar saya basah, awak melutut lipatkan kaki seluar saya...hehe..

Awak..
Awak ingat tak awak kene paksa bangun tidur awal temankan saya pergi jogging pagi-pagi kat tepi sungai. Tapi saya baru 2 round dah tak larat dah, awak marah saya sebab saya tak cukup stamina. Pastu kita duduk sama-sama bersila dekat bawah pokok yang ada batu refleksologi..tajam-tajam..hehe..

Awak...
Awak ingat tak, saya sakit tekak..tapi saya sibuk nak makan steamboat yang dekat jam besar tu. Awak bawak jugak saya pergi makan, tapi awak senyum jer tengok saya makan sambil meleleh air mata sebab kuah kacang dia yang pedas tu sakitkan tekak saya..huhu...

Awak...
Awak ingat tak, awak suruh saya print resume banyak-banyak pastu temankan saya pergi Job Fair. Alamat-alamat pejabat dan semua kekosongan jawatan awak tolong salinkan. Ingat lagi saya tinggalkan resume nak mintak jadi Manager KFC. Heeee...

Awak...
Awak ingat tak, saya dapat hadiah kapal layar dari awak. Awak bagi hadiah tu, tapi pembalut hadiah dia tak cukup. Depan awak balut guna sampul lain, belakang pulak awak balut guna sampul lain..kelakar tengok..

Last but not least...


Air Kotak milo ne dan coklat Cloud 9 wafret twins ne yang awak bagi saya untuk breakfast biar saya tak lapar..Bila saya makan benda ne saya teringat awak...huhu...

Friday, March 15, 2013

Angin...


Kinabalu Mountain

Sesekali,
pergilah ke tanah tinggi.
Berdiri di kawasan lapang,
pejamkan mata,
dan nikmati tiupan angin.
Udara segar dan bayu lembut
yang bertiup bukan sahaja menyegarkan minda dan tubuh,
tetapi juga jiwa.
Cuma kita perlu merasai dengan hati,
Kebesaran ALLAH swt
yang menciptakan angin 
yang sedang..
dinikmati~

Friday, January 25, 2013

Majlis Pedoman Jcorp 2013

Assalamualaikum semua,

Salam Maulidul Rasul, walaupun jam dah menunjukkan 11:59 PM...bukan dalam islam lepas asar tu dah kira masuk tarikh baru ke kan??emm..takpe r..rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan?Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Emm..akhir-akhir ne rasa macam rajin lak nak menaip berentry-entry kan..Maaf atas keterujaan ini..kalo nak jengah baca tu baca r..Tapi kalo yang nak lalu-lalang je pun..takpe..Bukan apa, saja kembalikan hobi lama untuk 2013 ne..Korang pernah dengar ayat ne tak??


Maklulmlah..Azam tahun ni, short & sexy.."365 Hari Mencari Cinta"..ambik..berpuluh-puluh comment muncul..Kalian memang suka bagi comment-comment propagada lebey kan??haha..

Yap, Cuba lakukan apa yang kamu suka dan cinta..Ia pasti membuatkan kamu terlalu gembira dalam hidup ne. Lagipun, hidup ini terlalu singkat untuk di tangisi dan menyesalkan..yang lepas biarkan ia berlalu..dan cuba hargai apa yang di lalui sekarang..

Emm..Cuma nak kongsi mengenai Majlis Pedoman Jcorp 2013 baru-baru ini, yang berlangsung pada 21 Jan 2013. Majlis ne memang setiap awal tahun akan diadakan bagi pembentangan segala macam isu-isu mengenai Jcorp & anak-anak syarikatnya serta hari kenaikan pangkat & penghargaan bagi semua pekerja. Hari ni jugak sebagai ucapan Selamat Datang kepada ahli pekerja baru. 

Tahun lepas aku yang kene naik pentas, sebab junior lah katakan..Siap kene angkat sumpah lagi ok..So,tahun ne..aku jadi sedikit "otai" sebab jadi penonton setia..heeee..duduk gelakkan budak-budak baru beratur atas pentas angkat sumpah pulak..

Tak silap, hampir 76 orang pekerja baru tahun ne dan tahun ne jugak pecah rekod hampir 1300 tetamu hadir sejak 1985 majlis pedoman ne diadakan. Ramai tak?ramai tak?

Date: 21 Jan 2013
Venue: Tanjung Puteri Hall, (301 & 303), Persada Johor

Bukan budak Junior je r yang bole naik pentas, heee..Akak-akak senior ne pun boleh gak r naik pentas, dengan karpet merah dan siap buat "Peace" lagi..tapi lepas majlis r..hehehe..Baju kene sepesen r yer..sebab semua Syarikat Jcorp ada uniform masing-masing dan uniform masing-masing mestilah "batik". So, time ne r akan tengok macam-macam baju uniform berkumpulan.

Dan setiap kali majlis pedoman akan dapat "voucher KFC/Ayamas/Pizza Hut" serta saguhati daripada Kulim  Berhad seorang sebiji "Nenas Madu"..peh memang terbaik r..manis giler..

Baiklah, kesengalan saya pasti ada walau se-formal mana saya berada..kikiki..

Cukup entry pada hari ini, mau tidur sebab esok hari Jumaat, Hari bekerja..Nak cuti hari Jumaat ne tak berbaloi sebab waktu kerja yang sangat-sangat singkat kan..ok..Mari tidur..

SELAMAT MALAM SEMUA...

Love & Hug...XOXO...

Monday, January 21, 2013

Ini budak..mau gigit-gigit sama die!!

Assalamualaikum semua..

Takde apa yang nak di borakkan sangat pun..
just nak melepaskan gian mau tepek pic ini budak kepala jendul ngan berhidung kembang ini..
hahaha...

haish..bayi itu anugerah..hadiah dari Tuhan yang tak mampu untuk di tolak dan di sangkal lagi..makanya..hargai dia..

bayi juga..ada suatu keistimewaannya yang tersendiri..walau apa keturunanya..Tuhan tiupkan perasaan untuk menyayanginya..dan menghargainya sehabis baik..kalo tenung muka dia lama-lama..takkan pernah ada rasa jemu..nak tenung lagi..lagi dan lagi..

macam ini budak...waaaaa...bole histeria kalo belek die..rasa nak gigit-gigit jejari tangan ngan kaki die..haha..mau taknya..tengok...dia buat muka comey..menci!!!

"Nur Aleeya"

tengok..tengok..tengok..muka bijak sangat..tapi baru 3 bulan tengok dunia..cubit pipi tembam tu laju-laju kang..

Ingat lagi wishes raya tahun lepas..nak mintak tambah ahli family baru..eh..tetiba..muncul lak budak gigirl comey ne..hehehe..Selamat Datang ke family "Ibnor Charli" dear..muax!...muax!!!

Miss u much..ada je rasa nak bawa balik umah sewa budak ne..kang melalak kang..mau tak tido malam kang..mesti dia bunyi..nak mummy...nak mummy..ehem..ehem..yang tukang bawa lari ni..aunty..belum jadi mummy lagi..haaa..cmne nak pujuk???

Acu with Dek Ya..

Here we go..the cutest aunty with dek ya comey..bibir mesti nak terjuwey..sebab nak minta di sumbat..eeeeiiiiii...gigit kang!!!

ok..tata..titi..tutu...

XOXO....

Wednesday, January 9, 2013

Aktiviti-aktiviti seharian, sampai tak ingat nak balik umah..

Emm..Jom tengok ape yang best kat tempat ne smpai tak reti nak balik rumah. Tiap-tiap pagi nak bangun tidur punyalah malas, jam bunyi pun matikan..Sedar-sedar dah jam 7.30pagi..nice sangat nak kene punch card before kul8.00. Agak-agak aku sempat mandi tak??shhhuutt..jang bitau sape-sape tau..

Here you go, ne r tempat aku selalu bertafakur sehabis baik. Kadang-kadang ada rasa nak bawak bantal dengan baju spare untuk tidur kat sini dan siap-siap mandi sambung keje esok..

"Tempat Termenung"

Ni mejaku, lebih dikenali sebagai "Tempat Termenung". Cer tengok ape yang best kat atas tu??semuanya nak bagi naikkan semangat..

  1. Ada Telefon yang selalu berdering setiap 10 minit. 
  2. Ada Kelender cute dari sesorang kontraktor sesat
  3. Kapal Layar cute yang bole buat aku belayar nun jauh ke hulu kesan dari tak dapat turun jetty
  4. Jam Meja genggam bermaksud "akan ku genggam setiap saat itu"..Oh itu tipu..keje aku dok buang masa je kat sini. Masuk meeting, keluar meeting, merayap dari level 1 sampai level 4 (tower)
  5. Kitchen dari budak-budak pejabat yang pergi holiday, dan itulah buah tangan azalinya kene bagi.
"tongkang pecah on scene"

Emm..kat atas tadi cuma bole explain siket je kan sebab limited. Sekarang dah bole bukak pekung dah.. kuikuikui..

  1. Kad pekerja yang orang soh pakai tapi aku soh Magazine holder tu pakaikan.
  2. Supplement & 100 Plus untuk penambah tenaga add on dengan air masak yang boleh buat ulang alik pergi toilet.
  3. Kamus dewan bahasa dan pustaka yang rasa menyemak je sebab besar sangat. Takpelah orang dah bagi hadiah, ya haruslah menunjukkan minat untuk guna.
  4. Dan yang paling best adalah. 3 jenis pakaian kaki yang harus ada. Dah nama pempuankan. Tapi aku ne pempuan lain macam siket. Pempuan-pempuan lain heel macam-macam warna kat bawah ne. Aku cuma ada 4 jenis jer. Safety Boot kalo nak kacau dan main sakat-sakat kat site. Kasut Government, istilah kasut hitam bertutup kalau nak jumpa customer & meeting, selipar Jepang untuk g toilet dan kasut flat & sendal flat untuk main lari-lari dari depan office sampai ke belakang serta dari level 1 sampai ke tower.
Sebenarnya, baru 2 minggu lepas dah tinggalkan tempat duduk ne. Kami di arahkan untuk berpindah ke level 2 supaya senang combinekan semua jabatan operasi, Technical & Safety & Marine. Dekat office level 2 macam ne lak positionnya..

"Makin seronok main lari-lari"

Cer teka kat mana position aku??haa..tu yang kat side kire siap ada tapeware warna biru. Keje makin bertimbun makanya kudapan pun kena makin bertimbun jugak untuk release stress..haha

2 orang malaon kat depan aku ne r departmentmate aku..kaki sakat,kaki mencekik dan kaki gaduh. 

Emm, 2 Jan 2013 aritu ada lagi perkhabaran yang masih belum official aku dapat. Aku di minta untuk turun level 1 kesan daripada aku time keje main lari-lari ke semua level kan..haha..No lah, ada perkhabaran indah 2 Jan lepas. Dah totally pindah bawah aku post lagi position meja aku k??hehe..InsyaAllah semoga semuanya di permudahkan dan berkat rezeki tahun baru kan.

Last but not least, nak kongsi playground aku..wink* wink**

Termenung tunggu operasi settle..fuuhhh!!

That's all for today..selamat malam kalian..Assalamualaikum..=) 
XOXO..Love & Hug..



Mak Pengantin datang merewang..haha

Holaaa reader,

Arini dah 09 Jan 2013, rasanya tak terlewat lagi kalo nak wish Happy New Year 2013. Lama dah tak berapu kat blog ne, nak buat macam mana hidup akhir-akhir ne too busy at all, masuk keje jam 8.00pg, lunch hour jam 1.00ptg, balik malam, sampai umah lelap. Esok start keje semula, adoi..sabtu & ahad pun dah kene sound dengan AP, ko dah tak ingat arini hari ape ke didi??tiap-tiap hari aku tengok ko ada je kat opis..ok..haha..aku tipu sekarang..takde maknanya tiap-tiap hari aku nak g keje kan..

sebenarnya nak bitau pertambahan berat badan dengan jayanya akhir-akhir ne..maklumlah, dulu makan hati je hidupnya..so sekarang aku mengistiharkan yang aku dah makan jantung & nasi berpinggan-pinggan..haha..

just nak kongsi pic ne, time nov 2012. Pic perkahwinan one of my BFF yang dah mendirikan rumahtangga dengan kekasih hati. Tahniah ye kawan, semoga cepat buat anak..emm, just nice baju pengantin dan accessory perkahwinan dia. Most of all she used the purple one..what's the most adorable colour in my wedding dream..haish!!ok find memang kuat "verangan" akhir-akhir ne..sebab kene rancang dari awal kan??kikikiki...

with Mrs. Amin

That's all for today..adious..

P/S: Untuk Maklumat berat badan dah bertambah 5kg secara sekata..Hahaha..Tata~

Related Posts with Thumbnails