Followers

Thursday, December 31, 2009

~GuD Bye 2009..WelCome 2010~

Ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009 dan ucapkan selamat datang untuk 2010...

pelbagai perkara telah berlaku untuk setiap detik 2009..dan setiap perkara itu mengajar aku erti pengalaman dan pelajar yang begitu penting bagi aku untuk memperkenalkan aku erti kedewasaan..dan setiap kali aku tersungkur mahupun jatuh..Alhamdulillah..aku memiliki kekuatan untuk bangun kembali..

namun...gembira,bahagia,ketawa,menangis,kecewa..silih berganti..semua tu yang mewarnai kehidupan aku disepanjang 2009..

so..ne beberapa gambar kegembiraan aku melalui tahun 2009..

time join group "harimau" bg kursus kepimpinan di setiu..



berjalan-jalan kat oil terminal TLP time praktikal...



last day on TLP jetty..mmg hari berfoya-foya giler..



merewang di jasco taman U..after dpt cinta dari someone....



naib johan piala kosmo..


sebenarnya byk lagi pic2 yg mengimbau kembali segala segala kenangan2 2009..tp..cukup r beberapa pic ne..

love it....muuuuuah....

~happy ending~

Wednesday, December 30, 2009

~CANDID PHOTO CONTEST~


saje nak try contest ne..lagi2 aku baru je join blogger ne..try nasib jer..
membe aku r soronok+berkobar2 btol dia ajak join..so tak salah mencubakan??

dia nak kan gambo candid ye..ada r sekeping dua dalam koleksi simpanan..
so try cari2..terjumpa r 2 keping pic candid yang di ambil time kitorg mula2 masuk UMT..
dan itu merupakan kenangan dan pengalaman baru bagi kami semua...

salah satunya adalah...ne...


pic kami ketika 1st year g survivor laut kat pulau bidong...

aktiviti kami ketika ini adalah sedang bersenang lenang setelah penat berkayak..dan kami bersembilan shj merupakan gadis2 melayu untuk course kami..sorg lagi tukang amek gmbo..
it was a nice memory for us..

saje je join contest ne..
juz suka-suka...

PEACE~




Tuesday, December 29, 2009

~Hidup Ini adalah ANUGERAH~

Hari ini, sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar,ingatlah akan seseorang yang tidak mampu berbicara...

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...

Sebelum engkau mengeluh mengenai suami atau isterimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada tuhan meminta pasangan hidup...

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya...

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan orang yang menganggur...

Ketika engkau dikurniakan pancar indra yang baik dan tubuh badan yang sihat, ingatlah orang buta dan pekak yang tidak bisa menikmati keindahan dunia dan serta orang cacat yang tiada kaki atau tangan atau kedua-duanya...

Sebelum engaku menunding jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seseorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan tuhan...

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasangkanlah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah kerana engkau masih hidup dan mampu lagi bernafas di dunia ini...

Hidup adalah anugerah, jalanilah,nikmatilah dengan sebaik mungkin....Nikmatilah setiap saat dalam hidupmu dengan menggunakan akan yang bijak, ilmu yang diperolehi dan kesempatan yang ada kerana itu mungkin tidak akan berulang kembali...


p/s: Maafkan aku jika menyinggung dan melakukan kesalahan ketika sedar mahupun di luar kawalan diri..sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah dan tidak lekang dari melakukan pelbagai kesalahan..Segala kebaikan itu datangnya dari Allah..dan segala keburukan itu datangnya dari diriku sendiri...

Monday, December 28, 2009

~Proses Tambah/Gugur Kursus~

Hari ni merupakan hari yang paling serabut bagi aku..sumenya sebab proses tambah/gugur kursus..hehehe,dah sem last baru nak belajar macam mane aktiviti2 ini di jalankan..padan r muka aku..

aku ngaku aku ne lambat pikap siket,tp kadang2 pikat cepat jugak..tp maybe disebabkan aku ne suka "berfoya-foya" tu r sebabnya..so,kesan daripada kefoya-foyaan aku..aku telah memperolehi grad "D" stand for didie..name aku..hahahaha..untuk subjek yg dikenali sebagai killer subjek..matematik kejuruteraan lanjutan..menakutkan..time sem 2 dulu r..ketika zaman muda-mudi..kalo nak pk2 balik..sumenya silap aku..tak tau bezakan mana yang baik dan mana yang buruk..carry mark dah ok dah..tp bermasalah ketika paper final..sebab terlalu ikutkan perasaan daripada minda yang waras..

permulaan cita serabutnya adalah,aku telah membuat keputusan berani mati r untuk mengulang subjek ne dan memperbaiki grad..siap sume daftar..then masuk kelas dah 3jam untuk 1minggu lepas..join dengan junior2 thn 1..suai kenal sume..tp..untuk jam ke-4 ne..tiba2 clash r pulak timetable math dengan pelautan..langsung tak boleh ubah dah..

masalah untuk kelas math..langsung takde kelas untuk menampung 100++ student untuk subjek tu..maklum r mix dengan budak2 entech+max-G...so mula2 dah settle dah..kene anjak kelas g hari lain..tp tibe2 this week..jadual waktu kembali seperti sedia kala ya..mcm nak melalak je time jumpe En.Imran td..en.Imran pn bisu tanpa seribu bahasa..sebab aku minoriti dalam kelas math tu..so apa kekuasaan aku nak ubah timetable diorg kn..

then,aku dengan semangat yang membara-bara ne..plan nak minta bantuan En.Hafizi (lect Pelautan) untuk tukar timetable..En.Hafizi cakap,awak cari kelas..sy boleh bertolak ansur dengan awk..for the whole day of Tuesday and Wednesday..i'm free..so u can pick up any time..so,try booking kelas tp..kesedihan melampau melanda aku..langsung takde kelas yang boleh digunakan,even ada pn untuk 1 jam je..or kelas banyak kosong dari kul 5ptg sampai 7ptg sahaja..mmpu budak2 ne nak belajar time2 mcm tu...

then aku g kabin JTM dengan muka masam mencuka dan serabut kat kepala sbb masalah diri aku yang tak settle2 lagi serta melibatkan semua orang (budak course aku)...gembira r sket,sebab rasanya kabin boleh guna untuk kelas pelautan..dah try booking kabin untuk hari rabu (9pg-11pg)..pastu dah siap amek borang lagi..tapi aku lari g bilik En.Hafizi dulu nak minta cadangan dia..lepas je dia tau dapat kelas kat kabin...[alamak awk..nak belajar kat kabin ke??yang penuh dengan komputer tu..sesak je..dengan mesin2 tu sekali??].. seriously, sampai kat tahap tu..(hati aku bitau..aku nak drop math lanjutan)...

then,En.Hafizi bagi cadangan..apa kata awk amek elektif..mean tambah elektif untuk backup balik result math awk..dan pastikan awk amek elektif yang awk boleh skor untuk dapat A..bincang punya bincang punya bincang..Alhamdulillah..harap sangat itu adalah penyelesaian yang terbaik..

so tadi,serta merta aku amek borang tambah/gugur kursus..serta merta g jumpa En.Imran mintak gugurkan kursus math lanjutan aku..then esk,insyaAllah umur panjang jumpa En.Hafizi untuk tambah kursus elektif aku..InsyaAllah..itu penyelesaian yang terbaik..tgk timetable elektif tu..tak clash sgt r..dengan kelasnya pun belum start lagi..bulan januari baru start..

mybe ne pengajaran untuk aku sebab terlalu berfoya-foya..dan jangan jadi selfish..segala keputusan yang dibuat..kita kene pk pasal orang lain kn??

~THAT'S ALL FOR TODAY...~~

~CiNTa OH CiNTa~~


Nama dia cinta~ suka sangat nama dia sebab dia penuh dengan kasih sayang..hehehe..suka sangat2 peluk dia..sebab dia manja macam pemilik dia..

dia pemberian dari seseorang..seorang jejaka yang baik hati..walaupun time mula-mula dapat Cinta,cinta terkoyak siket..tapi takpe..aku tak kisah suma tu..sebab cinta still comel lagi..cute..suka sangat-sangat peluk dia...

tiap kali malam or tiap kali aku nak tido,cinta selalu temankan aku. Even time tu aku kat Terengganu,Johor, Negeri Sembilan..KL???hehehehehe..aku masih angkut dia bawak g mana-mana pun..naik bus pun aku angkut tau..kalo dulu aku dukung je dia..tp,pas kene sound dengan seseorang tu..rase segan r pulak..hehehehe...sekarang kalo aku angkut Cinta,aku masukkan dia dalam beg khas untuk cinta..

sekarang cinta dah bau aku dah..hehehe..masam..tp still comey lagi..perut die buncit..tapi sekarang dia dah kurus r..sebab rindukan jejaka pembelinya..hehehehe..
(alasan semata-mata,padahal dah lunyai kene lanyak ngan aku..sbb aku suka baring kat perut dia..)

p/s: sayang cinta sangat2..mekasih atas pemberian yang mampu menemani sy yang sentiasa kesunyian ini..



Saturday, December 26, 2009

~10 PERKARA ITU ADALAH..~


kadang-kadang aku rase aku ne mudah sangat berubah..dan kadang-kadang aku rase aku tak berapa faham dengan diri aku sendiri..PELIK...

10 perkara tentang insan bernama dina**diana

1. Coklat kegemaran aku adalah Cadbury-Hazelnut & kinder-bueno.

2. Aku suka teddy bear bagi aku teddy bear tu something yang comel sgt2 dan cute mcm baby..

3. Kalau aku sedih or putus asa dalam hidup, kecewa,sakit hati perkara yang boleh mendamaikan aku adalah membaca "MINGGUAN WANITA"

4. Malam-malan aku suka tidur pakai stokin sebab bagi aku even pakai selimut pun sejuk satu badan tu dari tapak kaki sebenarnya..(mcm org dlm pantang gitu).

5. Aku ne pemendam rasa, kadang-kala apa yang berlaku dalam hidup aku susah orang lain nak tau,ala2 macam takde peraan gitu (angah aku ckp r)..Sebab bagi aku, tak semua orang nak tau tentang hidup kita (sbb aku bukan artis...hehehhe). Tak ada orang yang nak sangat2 dengar dan menghayati apa yang berlaku dalam hidup kita.

6. Tido..aku sangat-sangat cerewet kalo time tido malam. Mula2 mesti kene gosok gigi, basuh muka, alas tempat tido dan mesti ada selimut/gebar.

7. Aku gelikan ulat gonggok, sebab kaki dia yang banyak,badan die yang byk line2 tu..orang cakap r, air or cecair yang keluar dari dia boleh sebabkan gatal2..hehehe,yang paling kelakar,aku pernah membayangkan kepala aku bertukar menjadi kepala ulat gonggok..=P

8. Gayat tempat tinggi, tapi kalo terpaksa boleh je rasenya..tp setelah air mata meleleh dulu,mulut memekak terjerit2 takut..ok kot pas tu..

9. Dari kecik-kecik lagi aku sukakan barang2 cute..macam bedak,lotion,syampoo yang utk testing punya tu..kan dalam bekas kecik je kn??haa..tu r benda yang aku suka kumpul. Even aku memiliki badan yang tinggi lampai,rangka besar..tapi sejarah aku..aku ni "bidak tak cukup bulan"..7bulan dah kuar dah..(dalam perut mak takde aircorn)..hehehehe..

10. makanan yang aku tak suka makan adalah pisang kaki dengan bubur pulut itam..never..kalau rase nak makan dpn mata aku tu makan r..confirm aku tak minta..bau pulut itam pun boleh buat aku nak muntah..tak tau kenapa..memang dari azalinya lagi..huhuhuh~~

Friday, December 25, 2009

~Sakit KePala...~

masuk hari ni..dah 3hari sy sakit kepala..bukan pale sy berdenyut2..tapi mcm berat semacam gitu..huhuhu..Siapa r sy untuk sesiapa mau mengambil berat pada sy..(ayat sedih gitu)..

nak cakap terlebey tido..tak jugak,sbb after tahun baru aritu..aku dah ada azam tak mau tidur siang lagi..hahahaha..tp setakat ne,mean after 1hb aritu..aku tak tido..

tapi rasenya sbb aku selsema tempoh hari..dan sbb aku nak g kelas dan tak mau hingus tu menganggu tumpuan aku kat kelas math lanjutan(poyo bebenor)..so aku telah menelan sebijik pil selsema..makanya,pil tersebut telah menyekat hingusku untuk mengalir..dan die terus tidak mengalir..menyebabkan banjir di dalam kepalaku dengan cecair tersebut..hehehehe..(geli pn ada gak) tapi itu r hakikatnya...mybe sbb tu kot pale aku berat..

bile time sujud tu..rase mcm ada cecair mengalir je kat pale ne..SubhanAllah..sabar je r..biler cecair tu nak kuar ek??agaknya mcm ne kot org cakap "kepala masuk air"???hehehehehe..tp kepala aku tak masuk air..dh mmg berair pn..

or..mybe aku sakit pale sbb tukar syampoo??adakah syampoo tersebut memiliki bahan kimia yg boleh menyebabkan kepala aku terkezut dgn perubahan pencucinya daripada sunsilk kepada..herba essential??wawawawa..promote r pulak..tp serius lor..herbal essential tu mmg wangi giler2..asik nak basuh rambut pakai syampoo je rase..[KERANA DIRIKU BEGITU BERMAKNA]...

harap2 pale ne makin ringan dan cepat kembali kepada sedia kala..tak larat menanggung berat kepala ne..takkn nak tido sokmo kot??makin berat aku rase...




Thursday, December 24, 2009

~BILA BUDAK SENGAL JADI GEDIK..~

nak ckp aku ne angau tak jugak r..rasenye biase je..

aku ada minat sorg mamat ne..kire dia SA (secret admirer) aku r..minat time aku thn 2 dulu..nak ckp minat fanatik tak jgk r..biase2 je..coz die bwh umur aku 1thn..so..die bukan lelaki test aku r..lelaki test aku mesti tua 2tahun dari aku..at least..hehehehhe...

so aku ne bukan jenis yg malu2 r..kalo aku minat lelaki tu..aku yg approach die dulu..tau2 dah ngam2..die minat volleyball jgk..alamak..makin bersemangat aku nak g latihan volley ne..wawawawa...(poyo bebenor aku ne)

dan aku jadi penyokong tetap volleyball UMT kerana itu minat aku..juz aku tak reti main sgt2 smpai arini..skadar digging, spike sket leh r..tp kalo part surf mmg hancus..sabo yo laa~

kalo nak tau pn..aku ne tinggi,juz tgn tak berapa kuat sgt nak tampar menampar ne..hehehe..lgpn aku tak pnh umur pn menapar org..skadar bola tampar tu penah r..arwah abg dulu pernah hadiahkan aku bola volley soh belajar main..pastu die pergi buat selamanya..tggl r aku terkuntang-kanting nak blajar main volley,tp tak lepas2 jgk..tp..aku akan sentiase teruja setiap kali ada tournament volleyball..

balik pada cite SA aku..hehehehe..aku mmg slumbe badak je ngan die.."adk" r katekan..lame dah nak mintak no tepon die..tp aku segan..mcm "gayung cari baldi" lak kn...tp..kalo dah dinamakan kawan..so untuk terakhir kalinya mengharap..dia yang direct mintak no hp aku..hehehehehe...MISI BERJAYA!!!!!

tercapai jgk cita-cita aku nak dgr suare die dalam phone..wawawwawa..itu je impiannya..so..aku tak diiktiraf "gayung mencari baldi"kn??sweet.....;)

Tuesday, December 22, 2009

it was a new beginning....(",)

salam and hello...kepada semua....

tak salah rasenya kalo kita mempunyai satu harapan untuk hari esok kn???perkara yang paling ditakutkan adalah langsung tiada harapan dalam hidup..semua tu di istilahkan sebagai MATI bukan secara fizikalnya or realitinya tetapi MATI pada istilah jiwanya...

disebabkan awal muharam (permulaan tahun baru islam) telah berlalu dalam beberapa hari lepas..dan kini sedang menghitung hari untuk berjumpa "new year" pulak..so tak salah jika aku memiliki impian yang baru,dan still mengharapkan kebahagiaan itu akan jadi milik aku suatu hari nanti..

kebahagiaan untuk masa hadapan aku adalah mampu grad dengan jayanya tahun ne..InsyaAllah 17 April 2010 ne...than dapat keje..sebab tak mampu nak memikirkan hutang JLM 4924 dan PTPTN yang plus minus dia dari 28ribu jadi 35ribu...huhuhuhu.....

cinta cintun ek???huhuhuhu..cukup r tahun ne..semua itu sebagai penambah pengalaman dan ilmu pengetahuan aku untuk mengenal jiwa lelaki dan apakah maksud hubungan or "COUPLE" itu...hehehehehhehe...aku bahagia hidup sediri..memang kadang kala rasa kesunyian..tapi assume je r..blom masanya lagi untuk aku menyayangi seseorang dan di sayangi oleh seseorang..izinkan aku mengasihi dan menyayangi diri aku dulu sebelum aku memberikan kasih sayang itu kepada seseorang yang bernama LELAKI.

have fun dina diana...thats the answer of your loneliness...kita tak akan bahagia jika diri kita sendiri tak membenarkan diri kita bahagia...

"LIFE IS LIKE A COIN, YOU CAN SPEND IT HOW YOU WISH...BUT YOU CAN ONLY SPEND IT ONCE....SO...HAVE FUN...."




Related Posts with Thumbnails