Followers

Tuesday, December 29, 2009

~Hidup Ini adalah ANUGERAH~

Hari ini, sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar,ingatlah akan seseorang yang tidak mampu berbicara...

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...

Sebelum engkau mengeluh mengenai suami atau isterimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada tuhan meminta pasangan hidup...

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya...

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan orang yang menganggur...

Ketika engkau dikurniakan pancar indra yang baik dan tubuh badan yang sihat, ingatlah orang buta dan pekak yang tidak bisa menikmati keindahan dunia dan serta orang cacat yang tiada kaki atau tangan atau kedua-duanya...

Sebelum engaku menunding jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seseorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan tuhan...

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasangkanlah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah kerana engkau masih hidup dan mampu lagi bernafas di dunia ini...

Hidup adalah anugerah, jalanilah,nikmatilah dengan sebaik mungkin....Nikmatilah setiap saat dalam hidupmu dengan menggunakan akan yang bijak, ilmu yang diperolehi dan kesempatan yang ada kerana itu mungkin tidak akan berulang kembali...


p/s: Maafkan aku jika menyinggung dan melakukan kesalahan ketika sedar mahupun di luar kawalan diri..sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah dan tidak lekang dari melakukan pelbagai kesalahan..Segala kebaikan itu datangnya dari Allah..dan segala keburukan itu datangnya dari diriku sendiri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails