Followers

Wednesday, March 27, 2013

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd,Mesilau Kundasang.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Jam telah menunjukkan 0031 Hrs. Di mana seharusnya pada waktu-waktu begini, kalian seharusnya nyenyak di buai mimpi, namun,wanita bujang ini masih segar terkebil-kebil menaip sambil menikmati hobinya yang tak seberapa ini..Alahai..alahai..

Cuma nak share something yang more interesting kepada para-para reader sekalian, emm..pernah jejakkan kaki ke Borneo? Kalau belum pernah lagi, lepas ne..pegi check tambang murah Airasia..mari terbang ke Negeri di bawah bayu ini.

Desa Dairy Farm, Mesilau Kundasang atau di kenali juga sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.  Kawasan tanah tinggi yang wajib kalian jejakkan kaki tau. Ladang seluas 199 haktar yang terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Di mana, hanya 30 minit sahaja dari Kinabalu Park dan 10 minit sahaja dari Bandar Kundasang.


Dengan pemandangan yang sangat indah, sejuk dan nyaman ini berada di ketinggian 2100 dari paras laut. Orang lain cakap sejuk dia ala-ala Genting Highland & Cameron Highland. Tapi aku tak kisah pun sejuk dia macam mana cuma..permandangan dia tu..peh, ala-ala New Zealand ok..Hehe..

Dengan lembu-lembunya yang warna Itam-Putih..kalau nak kelentong orang bitau kat New Zealand macam iklan Fernleaf tu pun boleh..kikiki...

Dengan pemandangan yang indah ini jugak, kalian mungkin dapat tengok Gunung Kinabalu sehabis baik sebelum kabus memunculkan dirinya. Dekat sabah ne, nak kejar pemandangan gunung kene bangun seawal 0500 Hrs dan pastikan sebelum 0830 Hrs kalian dah selesai posing amek gambar latar belakang Gunung ok. 0830 Hrs Selesai. Itu tips ok..tapi kalau rezeki malam sebelumnya tak hujanlah.

Masuk ke bangunan Desa Cattle, boleh shopping susu lembu fresh dan boleh bermesra secara dekat dengan para-para ibu-ibu lembu kambing, serta anak-anak lembu kambing sendiri..Haha...


Malangnya, aku sampai pun dah agak lewat siket. Tak sempat tengok diorang perah susu lembu. Untuk maklumat, seekor lembu tenusu di sini boleh menghasilkan 14 Liter susu sehari.

Pemprosesan susu : 
Setiap Selasa, Khamis dan Ahad 
Jam : 1000 Hrs - 1400 Hrs

Proses Pemerahan susu:
Setiap Hari
Jam: 1500 Hrs - 1700 Hrs.

Dekat area sini jugak, boleh ambil peluang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak lembu dan kambing. Tak pernah-pernah kambing ngan lembu kat kampung tu aku nak melawat dan beramah mesra, datang dari jauh, pegi sini boleh pulak beramah mesra kan? Haish..dah masuk kene bayar kan..kalau free macam kat kampung tu tak hairan. Boleh bagi makan rumput-rumput dan menyumbat susu botol kepada anak-anak kambing dan lembu di sini.

Di senaraikan beberapa maklumat penting sebagai rujukan bagi yang ingin berkunjung:-

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd
Mesilau Highland, Kundasang, Sabah.
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-8895 62
Fax: 088-8895 62
GPS: 6.013877 lat, 116.593519 long
Entrance Fees: RM 4.00 (Dewasa)
RM 3.00 (Kanak-kanak)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails