Followers

Wednesday, April 10, 2013

Games On!! - AOV Paintball, Tebrau.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Lama rasanya tak bersua..maaflah sebab kurang kelapangan.

Just want to make it short entry, Sepanjang umur hingga jejak ke tahun ini, bersyukur sangat sebab dapat juga akhirnya aku menikmati, mencuba dan belajar mengenai sukan ini. Alhamdulillah..#Smile..

Impian nak cuba tu sebenarnya dah lama sangat dari umur 22 Tahun tak silap. Namun, takde peluang. Sehingga sampai tahun lepas, office-mate semua ada jugak mengajak. Namun, sampai tahun ne, peluang memang sangat-sangat terbuka luas bila syarat-syarat pertandingan untuk menyertai sukan tertutup Jcorp 2013, satu group mesti kene ada 2 orang wanita yang turut serta. Makanya..Budak gemuk ini pun turut tersenarai..hehe...


Mula-mula main memang gerun r, gerun sebab takut kene tembak. Tapi, sekali dah panas sebab dah rasa sakitnya kene tembak. Nasib korang r, aku nak jugak bagi peluru kat siapa-siapa. Haha..

Cara-cara permainan:-
  • Korang akan di bahagikan kepada 5 orang untuk setiap pemainan. So group company aku ada 20 orang. 5 perempuan dan selebihnya lelaki. 
  • Start je masuk padang, kalian akan berkumpul di tong barrel kat belakang, dan sila pastikan senapang korang perlu menyentuh barrel tersebut. Pastikan semua dah tau position masing-masing. Siapa jadi pertahanan, siapa jadi "snake" dan siapa yang jadi captain.
  • Bila kedua-dua group dah bersedia, salah seorang captain jerit GAMES ON!!. Bermulalah tembakan peluru yang bertalu-talu.
  • Korang di kehendaki mengambil posisi masing-masing. Tempat-tempat persembunyian di panggil "Bunker". Paling seronok adalah "snake" dia kira tulang belakang group dan perlu bergerak pantas dengan menyusup.
  • Sekali "snake" korang berjaya menyusup sampai kebelakang. Kira dah tipis r peluang group korang kerana "snake" tersebut berjaya tawan padang dengan mark korang dari belakang. So time ne, kalo korang kene tembak dari belakang. Dah tau r kubu korang telah di tawan.
  • Kalau group tu memang expert, dalam masa seminit je kubu korang complete kene tawan.
  • Sekali korang kene tembak. Even sakit pun, tapi peluru tak pecah korang masih boleh meneruskan perlawanan. Tapi sekali peluru singgah dekat badan korang, dan peluru paint tu pecah kene badan. Pengadil akan minta korang keluar dari padang. Kalau korang padam warna peluru tu, dan pengadil nampak. No wonder, korang yang kene halau keluar padang, dan seorang kawan dari group korang yang tak besalah pun boleh terjerebak di tarik keluar padang. Zalim tak?hehe..
  • Sekali dah kene mark dan pengadil minta keluar, korang kene angkat tangan letak ke kepala dan keluar. Hal ini adalah bagi mengelakkan korang kene tembak dengan pihak lawan.
  • Peringatan, di sepanjang berada di dalam padang perlawanan. Korang di larang untuk membuka mask bagi mengelakkan terkene peluru sesat.
  • Keluar sahaja dari padang, sila pastikan sock senapang berada di tempatnya, bagi mengelakkan peluru tersasar keluar dan pastikan button safe di kiri sepang tersebut di tekan.
  • Bila semua kelima-lima permain mati di tembak. Pengadil akan menjerit GAMES OVER! dan beritahu pihak mana yang menang kerana masih berbaki permain.

Perasaan main tu mamang sangat seronok bila peluru korang ada yang singgah kat mana-mana bahagian badan pihak lawan dan korang mampu untuk terlepas dari mana-mana tembakan dan mampu berganjak dari satu bunker ke satu bunker yang lain. Kira terer dah tu..haha..

Tapi korang memang di galakkan untuk pakai baju berlengan panjang, sebab mungkin boleh mengelakkan korang terkene peluru secara direct ke kulit. Even korang pakai baju lengan panjang pun, dah kene peluru tu confirm lebam. Kira chop mohor besar gitu.

Aku kira nasib baiklah sebab pakai paintball vest. Kene pun masih boleh maaf lagi..hehe..tapi perkara paling best bila peluru kene kat sini...


Tepat kene sasaran tak?Haha..Adalah sangat bertuah kalau kene kat bahagian ini berbanding bahagian badan yang lain. Aku kene 2 kali dekat mask ne. Dan sekali memang tepat pecah dekat mulut. Memang mampu menikmati haruman soya bean yang fresh dan rasa pahit yang pekat sampai ke tekak.

Peluru dia di perbuat daripada lemak dan pewarna sebagai marking. Jangan takut sebab ianya boleh di makan. Kalau dekat Malaysia ne masih Halal lagi r sebab mungkin menggunakan lemak tumbuhan. Tapi kalau dekat oversea, lemak "binatang" tu pun ada kemungkinan. 

Alamat AOV Paintball disertakan:-
No.7, Jalan Harmonium 23/13,
Taman Desa Tebrau,
Johor Bahru.
Tel: 07-3500 437
website: www.AOVPaintball.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails