Followers

Friday, January 25, 2013

Majlis Pedoman Jcorp 2013

Assalamualaikum semua,

Salam Maulidul Rasul, walaupun jam dah menunjukkan 11:59 PM...bukan dalam islam lepas asar tu dah kira masuk tarikh baru ke kan??emm..takpe r..rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan?Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Emm..akhir-akhir ne rasa macam rajin lak nak menaip berentry-entry kan..Maaf atas keterujaan ini..kalo nak jengah baca tu baca r..Tapi kalo yang nak lalu-lalang je pun..takpe..Bukan apa, saja kembalikan hobi lama untuk 2013 ne..Korang pernah dengar ayat ne tak??


Maklulmlah..Azam tahun ni, short & sexy.."365 Hari Mencari Cinta"..ambik..berpuluh-puluh comment muncul..Kalian memang suka bagi comment-comment propagada lebey kan??haha..

Yap, Cuba lakukan apa yang kamu suka dan cinta..Ia pasti membuatkan kamu terlalu gembira dalam hidup ne. Lagipun, hidup ini terlalu singkat untuk di tangisi dan menyesalkan..yang lepas biarkan ia berlalu..dan cuba hargai apa yang di lalui sekarang..

Emm..Cuma nak kongsi mengenai Majlis Pedoman Jcorp 2013 baru-baru ini, yang berlangsung pada 21 Jan 2013. Majlis ne memang setiap awal tahun akan diadakan bagi pembentangan segala macam isu-isu mengenai Jcorp & anak-anak syarikatnya serta hari kenaikan pangkat & penghargaan bagi semua pekerja. Hari ni jugak sebagai ucapan Selamat Datang kepada ahli pekerja baru. 

Tahun lepas aku yang kene naik pentas, sebab junior lah katakan..Siap kene angkat sumpah lagi ok..So,tahun ne..aku jadi sedikit "otai" sebab jadi penonton setia..heeee..duduk gelakkan budak-budak baru beratur atas pentas angkat sumpah pulak..

Tak silap, hampir 76 orang pekerja baru tahun ne dan tahun ne jugak pecah rekod hampir 1300 tetamu hadir sejak 1985 majlis pedoman ne diadakan. Ramai tak?ramai tak?

Date: 21 Jan 2013
Venue: Tanjung Puteri Hall, (301 & 303), Persada Johor

Bukan budak Junior je r yang bole naik pentas, heee..Akak-akak senior ne pun boleh gak r naik pentas, dengan karpet merah dan siap buat "Peace" lagi..tapi lepas majlis r..hehehe..Baju kene sepesen r yer..sebab semua Syarikat Jcorp ada uniform masing-masing dan uniform masing-masing mestilah "batik". So, time ne r akan tengok macam-macam baju uniform berkumpulan.

Dan setiap kali majlis pedoman akan dapat "voucher KFC/Ayamas/Pizza Hut" serta saguhati daripada Kulim  Berhad seorang sebiji "Nenas Madu"..peh memang terbaik r..manis giler..

Baiklah, kesengalan saya pasti ada walau se-formal mana saya berada..kikiki..

Cukup entry pada hari ini, mau tidur sebab esok hari Jumaat, Hari bekerja..Nak cuti hari Jumaat ne tak berbaloi sebab waktu kerja yang sangat-sangat singkat kan..ok..Mari tidur..

SELAMAT MALAM SEMUA...

Love & Hug...XOXO...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails