Followers

Tuesday, August 3, 2010

Once a Mariner Always a Mariner

salam reader..=) wink* wink**
hari yang ceria..sebab aku suka hari selase..setiap malam selasa r nak ngedate ngan abang-abang vampire..minggu lepas terlepas tengok lak vampire diary sebab terengganu takde 8tv..tapi takpe..this week sambung ngedate lagi yer..hehehhe...suke!suke!suke!!

aku sudah selamat kembali ke kampung halaman jumaat lepas..sampai je..lengkap sudah penghijrahan aku dari Kota Tinggi ke Kuala Terengganu sepanjang 4 tahun menaiki bus "sibling"..hehehe...maklumlah membesar dalam bus..

arini takde pape nak kongsi sangat pun..just beberapa pic aku dengan kapal..4 tahun serba sikit mengenai kapal secara teori..dan beberapa praktikal or bermain-main dengan playground kapal..dari tak minat..mula berbunganya minat yang mendalam..maklumlah..tak knal maka tak cinta kan??dan aku merasakan aku merupakan insan yang cukup bertuah dapat bermain-main dan mempelajari bab kapal dari dekat..sebab tak semua orang melaluinya...so..jom usha pic-pic aku ngan kapal..=)


kapal peronda Jabatan Laut Wilayah Selatan

1st lawatan sambil belajar ke Johor dari Kuala Terengganu..even aku orang johor pun aku tak penah umur sampai Jabatan Laut Wilayah selatan kat Gelang Patah ne..sangat seronok..sebab kitorang di beri penghormatan beramai-ramai menaiki kapal peronda Jabatan Laut lama jugak la..dalam sejam gitu..dari atas tu kitorang melalui Port of Tanjung Pelepas..Tanjung Piai and also Tanjung Bin Power Plant..kitorang merayap dalam kapal tu dari bahagian engine kapal sampai ke deck..seronok!!sebab baru belajar kan???



pembuatan deck kapal kat Grand Bank


salah satu kapal mewah yang telah siap di Grand Bank


with Aji, Syaz and Kak Esah

ketiga-tiga pic kat atas ne time kami buat lawatan ke Grand Bank Yachts Sdn Bhd. Company ne adalah company pembuatan kapal mewah kat Pasir Gudang dan mereka juga ada menawarkan kemahiran praktikal kepada sesiapa yang berminat dalam menyiapkan perabot-perabot kapal dari segi pintu, steering, kerusi kayu..dan segala macam...kesemua kapal-kapal mewah yang di buat di Grand Bank ni akan di import ke luar negara..maybe orang luar negara je yang mampu..mahal sangat kapal-kapalnya ok..

tapi aku ada gak tanam impian nak honeymoon kat cruse ship ngan nak memiliki sebuah kapal mewah yang di parking kat Pulau Tioman..hahahha...tinggi sungguh angan-angan tahi ayam aku kan??


one of the Boat Explorer boat


one of the kayak made by Boat Explorer

lepas merayau-rayau area Johor..Lawatan kami ke Melaka pulak..Melaka bandaraya bersejarah. Kami ke Boat Explorer Sdn. Bhd. Sebuah kilang pembinaan boat mengunakan component fiberglass dan composite. Seronoknya kat sini, terdapatnya sebuah restoran yang berkonsepkan kapal. Restoran tu di namakan The Seafarer Restaurant. Pic kat kayak tu adalah salah satu daripada pemeran hasil pembuatan dari Boat Explorer. Menarik kan??


MV Inai Terasik

Background belakang aku tu adalah salah satu daripada kapal yang dalam pembinaan oleh Mset Shipbuilding Corporation Sdn.Bhd yang bertempat di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. MV Inai Terasik ne adalah sebuah Water Injection Vessel Plough Dredger atau nak senang faham sebuah kapal pengorekkan dan penambakan laut. Time ne masih dalam pembinaan lagi, tapi kitorang dah dibenarkan naik ke atas kapal tu untuk melihat pembinaannya.

Aku ingat lagi time ne, kapal tu still atas tanah lagi, dan kami dibenarkan untuk menaiki tangga sampai kat atas tu. Aku panjat-panjat jugak tangga tu tapi aku langsung tak tengok pun kat bawah, gayat punya pasal. Sampai je kat atas kapal tu aku dapat rasekan betapa mengigilnya kaki aku..serius bergetar kepala lutut semua..hahahaha...

kitorang naik time launch hour, so sume pekerja berhenti rehat untuk makan tengahari. Lepas je merayau-rayau atas kapal tu habis je kitorang kene selisih dengan pekerja. Mean kitorang di minta turun dan pekerja naik atas kapal untuk sambung keje diorang. Before turun tu aku stay lagi atas kapal, tengok r para pekerja naik tangga..betapa relex diorang naik sampai kat atas kapal tu sambil borak-borak lagi..hahahaha..Gelak kat diri sendiri sebab panjat kapal sampai mengigil kepala lutut..Kenangan paling kelakar time tu..AKU MEMANG GAYAT TINGGI..sekian~


with Capt Sallehuddin

This pic is about my practical training. Time ne aku kat atas Offshore Saffeena. Sebuah accommodation vessel untuk kakitangan oil rig (planta minyak). Sangat luas ye kapal baru tu. Kitorang dibenarkan meraya-rayau kat atas kapal tu sambil di berikan beberapa lecture oleh Capt.Salehuddin. Paling seronok kitorang dapat makan kat galley (dapur) Saffeena. Capt tu cakap "u all bole makan je pape pun makanan yang ada kat galley ne"..wah sungguh berbunga-bunga cinta ok..hambek sume makanan kitorang belasah..tapi yang paling aku ingat adalah dapat menikmati jus jambu batu yang paling sedap dalam dunia..sampai arini dapat rase lagi nikmat jus jambu batu tu..pekat+manis+dan segala kenikmatan r..hahaha..

once a mariner always a mariner

Ni pulak kenangan dekat lab kejuruteraan perkapalan Politeknik Ungku Omar. Sauh ne sangat-sangat bermakna bagi aku..Lab ne jugak yang mampu melahirkan orang-orang yang boleh baiki enjin kapal. Kat Lab ne kitorang buat praktikal mengenai sume machinery yang ada kat kapal tapi ada kat Lab sini. Contohnya Turbine, Boiler, Purifier, Oily Water Separator dan macam-macam lagi..so time ne r kitorang dapat tengok secara dekat dan perhatikan operation macam dalam kapal. Sangat-sangat letih time siapkan lab dan lab report kat sana, tapi ianya sangat-sangat berbaloi..Wonderful experience...dan semua lecturer yang ajar kami merupakan ex-mariner..10 sampai 20 tahun pengalaman belayar dan duduk dalam enjin kapal.

ok..finish..sebenarnya banyak lagi pic-pic dengan kapal..cume tak mampu je nak tepek kat sini sumenya..hehehhe..4 tahun in Maritime Technology courses was meaningful for me..so pada adik-adik yang memang dari sekolah lagi dah minat kat kapal..teruskan lah..sebab sekarang banyak sangat pendedahan or course untuk belayar..

GOOD LUCK kepada sesiapa yang berminat.


9 comments:

  1. selalu berangan naik cruise..
    erkk..! tiba2.. =P

    ReplyDelete
  2. ne mesti naik cruse macam titanic kan??
    "if u jump..i jump too"...hehehhee"

    ReplyDelete
  3. wahh. macam gempak je blaja kapal eh?

    ReplyDelete
  4. owhhh.. org marine gak???
    sama la... student kustem k???

    ReplyDelete
  5. tak gempak mane pun sbnrnye..cume sgt2 seronok tiap kali dapat pengetahuan baru kan??

    ye kak..student kustem jugak..akak student maritime management ke???wah....

    akak senior r ne yer???hehehhe..

    ReplyDelete
  6. hehhee.. yezz.. akak pun student maritime management... tp bkn di kustem...
    tp sgt2 la familiar dgn kustem.. dh study sealiran...

    hrp dina, dpt pekerjaan y gempaq nanti yer.. kalo kat johor tu.. ada harapan.. sbb sana kn ada port n byk shipping company..

    ReplyDelete
  7. akak student dip renaco ker??
    dina bukan maritime management kak..

    dina maritime technology..
    yap..johor mmg banyak peluang..
    tp skrg ne..sume nak masuk kene ada link..
    doakan dina cepat dapat keje ye kak..=)

    keep in touch k..

    ReplyDelete
  8. owh.. itulah alkisahnye.. menarik :)
    skrg keja ktne?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails