Followers

Wednesday, August 18, 2010

Karakter Seseorang Melalui Tulisan


salam readers...
arini aku nak kongsi something..pas belek-belek Berita Harian tadi..then terjumpe info ne..Sume orang yang g sekolah pandai tulis gun tangan kan??tapi teknologi sekarang makin maju bila dah tak perlu penulisan tangan tetapi penulisan komputer pulak...just tekan-tekan keypad je..sume tulisan spesen je kn..

So kat sini terdapat beberapa aspek atau kriteria boleh dilihat bagi menentukan personaliti seseorang melalui tulisannya. Berikut adalah antara ciri-ciri yang boleh dikenal pasti..let's check it out......

1. Tekanan
  • Tekanan kuat - seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas memiliki kesihatan tubuh badan yang sihat, cerdas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan - seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan serta tidak berbekas memiliki kesihatan tubuh yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
2. Bentuk tulisan
  • Tulisan yang bulat-bulat. Semua huruf yang ditulis dengan membulat. - Merupakan seorang yang emosional, prihatin, pengasih, penyayang, mempunyai kepekaan yang tinggi dan banyak menggunakan otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam. - Rasional, berkerja dengan sistematik dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logik)
3. Kecondongan
  • Condong ke kanan - "EXTROVERT" merupakan seseorang yang suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani serta seorang yang pemurah.
  • Condong ke kiri - "INTROVERT" merupakan seorang penyimpan rahsia, agak pemalu, tidak sukakan perubahan, amat setia kepada kekasih+keluarga+organisasi+negara tetapi tidak suka bercampur dengan orang dan agak pasif orangnya.
  • Tegak - "SYSTEMATIK" merupakan seseorang yang mudah mengawal diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan yang mencarinya, tidak suka bergaduh serta suka mengambil jalan tengah.
  • Campur-campur - Emosi yang tidak tetap seperti remaja yang belum matang.
4. Kerapatan
  • Jarang-jarang - tidak suka bercampur dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
  • Rapat-rapat - Suka bercampur dengan orang, amat bergantung kepada orang lain, seorang yang jimat dan kedekut.
5. Pada huruf J,G,Y,Z
  • Ada ekor besar, panjang dan sempurna - tahap emosi yang dipamerkan itu jelas, pengasih dan penyanyang, pemurah, mudah kasihan, mempamerkan tahap kerajinan.
  • Kecil, pendek dan tidak sempurna - Tidak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tidak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sebenarnya perasaan itu banyak dalam diri.
6. Pada palang huruf "T"
  • Tinggi - tahap aspirasi tinggi.
  • Rendah - Mudah berpuas hati, bercita-cita rendah
  • Tengah-tengah - Usaha dan pencapaian itu di tahap sederhana.

nota kaki : tulisan itu mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan untuk mengubah peribadi serta personaliti dengan sengaja supaya lebih cemerlang dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails