Followers

Sunday, June 27, 2010

~Pertengkaran Yang Lembut~

aku dapat dari someone...
but no idea where..sesiape yang menulis ne..thanks a lot coz make me better then yesterday..




.....................................................

Dalam sesuatu perhubungan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati pasangannya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan serta mahupun persahabatan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

di sini terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam perhubungan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini. (yang part ne aku setuju..sebab aku memang cmtu..huhuu...)

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan. (yap..sy kurang profesional.. dan cuba untuk berubah)

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh. (ada bukti yang kukuh aku bertindak sedemikian..namun..ADA KAU KESAH ke???)

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah. (its my pleasure if u want to discuss.. im still waiting...)

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, "BANGSAT", “tak guna”, “menyesal aku bagi benda tu kat kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam perhubungan, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

........................................................

9 comments:

  1. yer??
    i will do my best..

    tapi kalo tak boleh nak di baik pulih...

    life must move on kn???
    thanks...=)

    ReplyDelete
  2. i want to move it la, bukan move on.

    " I want to move it move it... I want to move it it... I want to... MOVE IT..."

    (lagu citer Madagascar...=D)

    apapun, kata P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula SUAMI ISTERI" dalam citer 3 ABDUL..

    (erkk... SUAMI ISTERI tu abaikan... ambik yg depan jer...=p)

    ReplyDelete
  3. life must go on btol kn???
    hahahahha...

    suami isteri??i loike!!!..
    geggegege...

    ReplyDelete
  4. nape sedey sgt ne cik hel??
    tapi kalo dah pergaduhan tu langsung tak boleh diselesaikan..

    better putuskan je perhubungan tu dari terus menderita kn??

    percintaan itu sepatutnya bg kita ketenangan..bukan penderitaan..(",)

    ReplyDelete
  5. jika dah tak ada keserasian bagaimana? mengalah atau lepaskan?

    ReplyDelete
  6. kalau saya marah saya diam jek :(

    ReplyDelete
  7. same r kite yer..
    diam bukan bereti kita mengalah kn??

    just..give some space to ourselves and him..=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails