Followers

Tuesday, June 15, 2010

KEBAIKAN BULAN REJAB

REJAB bulan menabur benih
SYABAAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badan
SYABAAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat
SYABAAN bulan muhibah
RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan

  1. Kelebihan bulan Rejab daripada segala bulan seperti kelebihan al-Quran atas segala kalam.
  2. Berpuasa pada awal bulan Rejab pertengahan bulan Rejab, pahalanya adalah seperti puasa sebulan.
  3. Orang yang tidak mampu berpuasa pada bulan Rejab, hendaklah bersedakah setiap hari sekurang-kurangnya sebijik roti.
  4. Berpuasa pada setiap sehari di bulan Rejab dan bersedekah seperti beribadat seribu Haji dan Umrah.
  5. Bersedekah pada bulan Rejab seperti bersedekah seribu dina, ditulis kepadanya setiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebaikan, di angkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan daripada dirinya.
  6. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab iaitu bulan ALLAH.
  7. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada ALLAH pagi dan petang sebanyak 70 kali ataupun 100 kali pada bulan Rejab, maka diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  8. ALLAH jadikan di belakang Bukit Jabal Qar Bumi, yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji perhimpunan pada setiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. ALLAH berkata, "telah aku ampunkan mereka!"
  9. Sesiapa yang berpuasa selama sebulan di bulan Rejab, ALLAH berseru kepadanya, "Telah wajib hanya ke atasKU, maka mintalah olehmu kepadaKU, demi ketinggianKu dan kebesaranKu tidak aku tolakkan hajatmu, engkau adalah jiranKu di bawah ArashKu, engkau kekasihKu daripada segala mahlukKu, engkau terlebih mulia di atasKu. Sukakanlah kamu kerana tiada dinding di antara Ku dan antara kau."
  10. Berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab akan dikurniakan kepada ALLAH mahligai yang besar dalam syurga Firdaus. Siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dan beribadat pada malamnya, seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (sewaktu Al-Quran dinaikkan dan melalui Titi Siratal-Mustakim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails