Followers

Monday, March 1, 2010

~Water Survival~

Lame dah tak update blog..sumenya sebab kekangan daripada kesibukan sbg student di saat-saat akhir ne..untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai student final year kat UMT ne..

aku nak nikmati setiap saat itu dgn sesuatu yang boleh dibuat kenangan sampai bila-bila..sama ada kenangan manis mahupun pahit..semua itu aku kumpul sebagai pengajaran untuk mengenali erti kedewasaan dan erti kehidupan sebenar...


bangga memakai baju kebanggan masing-masing...hehehe..

ops..emo semacam ek??hehehe..saje nak layan feeling..tapi bukan tu sbnrnya nak cite dalam entry kali ni..aku nak cite something yang menyeronokkan..iaitu...KAMI MAIN AIR...(dipaksa dan terpaksa)...sekian...

eh..takkan cpt sgt nak hbs cite..sbnrnya lum start lagi lor..ok..cmne..tanggal 24hb aritu bersamaan hari rabu..aku dan satu course telah menjalankan latihan amali kat Institut Latihan Perikanan Malaysia, Cendering...latihan amali ini bagi subjek "seamanship"...dan bertujuan untuk memberi latihan intro r katakan untuk menyelamatkan diri apabila kapal yang kita naiki mengalami situasi distress (capsize, burnt...grounding) ..

"mayday...mayday...mayday..."

so..dalam keadaan cmtu..korg di beri pilihan..antara nak mati terbakar dalam kapal ker..or korg nak mati kene ratah ngan jerung?????haaaaaaa...(semuanya terletak di tangan anda) hehehehe....tak r..antara nak terus hidup dan berenang-renang ke muara...

so..aktivitinya..kitorg start panjat papan anjal tu..yang setinggi 10 meter dari muka bumi..dan kemudiannya terjun dgn jayanya dalam keadaan kaki yang lurus dan bersilang..zoom....smpai ke pemukaan air..dan tenggelam ke dalam swiming pool sedalam 4 meter..


paksa rela berlaku di sini..hehehe...(KETAQ)



keeebussss...selamat tenggelam dalam air...

apabila smpi..kitorg kene berenang-renang..sehingga sampai ke liferaft..ketua kumpulan akan menegakkan liferaft yang dalam keadaan telangkup tu kepada bentuk yang sewajarnya..(mean terapung)..then..bantu setiap ahli kumpulan naik atas liferaft..


rupa bentuk liferaft - tq pakcik google

liferaft ne ala-ala mcm khemah kat atas permukaan air..hehehe..tak r..atau..sebagai tempat perlindungan kepada mangsa distress serta sbg tempat berteduh..sehingga mendapat bantuan daripada pihak berkuasa..ok..dalam liferaft tu mcm-mcm ada..antaranya...
  • lifejackets
  • whistles (untuk mebuat signal bunyi minta bantuan)
  • ELT (emergency locator trasmitter) - alat bagi mengesan kedudukan liferaft tersebut untuk menerima bantuan.
  • ubat-ubatan.
  • makanan dan minuman (bg makanan ne..ada terdapat biskut yang sgt mampat+tawar+mkn siket pun dah kenyang serta air dalam peket..utk 2,3 teguk gitu)
  • serta mcm-mcm lagi..
so..after that..kitorg kene naik ke tebing..bagi group seterusnya meneruskan perjuangan..huhuhu..aku group 3rd..berenang dalam air mmg aku tak kisah..tapi aku sgt-sgt kisah bile kene terjun dari papan anjal yang tinggi tu..subhanAllah..ngucap panjang-panjang..even dah 6kali terjun cubaan yang kat peringkat rendah pun..aku still kecut lagi nak terjun dari papan anjal yang 10 meter tu..gayat+kecut+takut...

tapi kerana disebabkan markah amali 10 markah..aku memberanikan diri juga untuk terjun..dan aku merupakan wanita terakhir yang terjun..serta 2nd last yang terjun..Terima Kasih..

budak-budak ne punya r seronok main air+berenang-renang kat bawah..tapi aku tgh terketaq-ketaq kat ujung papan anjal tu..hahahahaha...gelak untuk diri sendiri...


selepas semua berjaya terjun..."taraaa...bulatan yg tak berapa bulat"

tapi akhirnya aku berjaya juga...see..budak maritim kene kuat dan mampu mengharungi cubaan air walau apa pun jadi...HIDUP MARITIM...HEHEHEHE...motif???aku pun tak tau..

yang pastinya..aku berjanji..seumur hidup..cukup r sekali ne je aku terjun mcm ne..tidak akan lagi...tapi kalo terpaksa..dalam keadaan mmg aku atas kapal..takde makna gayatnya..aku terjun jgk.."tanpa berfikir panjang"...hehehe...mmpu nak mati rentung..TIDAK....

pas semunya selesai..kitorg diberi keizinan untuk berpesta serta mempraktikkan cara-cara renang masing-masing..hehehe..mandi bersama-sama..tenggelam sama-sama..mcm-mcm style renang ada..


style renang berirama...hehehe...



saksikan "air pancut semulajadi" di sini...


so..cukup setakat ni...kita kembali ke sri pentas...(nada suara Zakiah Anas)...



p/s : thanks korg..aku syg korg sgt-sgt...muuuuuah...

3 comments:

Related Posts with Thumbnails