Followers

Sunday, March 21, 2010

~Orang yang Mencintai kamu~

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
  18. Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

12 comments:

  1. mesti masa baca ne teringatkan sorang kan. hehee

    ReplyDelete
  2. selalu rasa nak bg ayat nih dekat org yang cikhel sayang.biar dia tahu.hehe

    tapi tu lah..

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu..
    for me lak, urm ade jer 1 mystery guy yg begitu..
    where i went..
    who i met..
    almost he noe evrything..

    badly, i xkenal die pon..
    conclusion??
    not lover perhaps he's stalker..
    muahahaha

    ReplyDelete
  4. Billet-DOux: cmne tau ne??hehehe..yap someone yg nun jauh dari mata..rindu sgt-sgt kat die...

    cik hel:biar org yang syg kita..dari org yang syg kita tu r..kita akan bantu diri kita untuk cuba menyayangi dia..itu lagi bermakna sbnrnya..namo sedey2 tau...

    nadia:agak ngeri kalo tak knal..tp die tau everything ttng kite...semoga dia tak membuang masa dgn buat sume tu..hehehe~~

    ReplyDelete
  5. semua readers
    org yg kamu cintai, berada dlm kepala tym bace entry ni..kan3?

    ReplyDelete
  6. didie~
    terlalu ngeri..
    nk g mane2 n buat aper pon takut nie...

    fahimalin~
    owh, teringat sape yg penah bt macam nie jer k i..hihihi

    ReplyDelete
  7. ouh. sah dah epal cintakan die. uhuk..epal's no 2.. berbahagia melihat dia bahagia bersama si dia. tsk.

    ReplyDelete
  8. fahimalin : sepoloh markah buat kamu...hihihi..

    nadia : buat-buat berani..ngan buat-buat bodoh jer..die letih kang..senyap+bosan r tu..

    epalejau : menjadi yang kedua itu terlalu menyakitkan..bebaskan dia..kerana ada sesorang yang mampu buat hidup kamu lebih bermakna daripada segala penderitaan ini..

    ReplyDelete
  9. prob nyer, he didnt even bored pon nie..
    duish..

    ReplyDelete
  10. uhuuuu..benar. sedang cuba utk membebaskan diri sndiri..:) tapi masih sakit..T_T

    ReplyDelete
  11. tgh mcri2..sape yg mahu myintai sy..hak2

    ReplyDelete
  12. sugar@ kapas: sabar yer..akan tiba saat dan ketikanya bahawa si dia akan muncul utk mebahagiakan kamu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails