Followers

Tuesday, May 25, 2010

Terapi Medan Elektrostatik- Apa pendapat korang ye??

setelah hampir dua bulan menetap di perkampungan sendiri ni..hari-hari yang aku lalui adalah melayan ibuku tersayang..shian kat die..lame dah aku tinggalkan dia sebab g belajar kat negeri orang..so skrg ne, kat tempat aku sibuk memperkatakan tentang rawatan terapi secara percuma yang sedang di promosikan oleh Cosmic Healthcare Centre. Tak silap aku kat mana-mana pun ada rawatan ne..Syarikat ne tak menjual product tetapi memberi percubaan kepada para pelanggan untuk merasa sendiri perubahan pada diri selepas berkali-kali menjalankan rawatan di sini...

Cosmic healthcare centre

haa..ne aku nak cite serba sedikit pasal rawatan ne..sebab setakat ne baru 2 kali aku try..sebab join ibundaku tercinta...hehehhe...

1st time buat rawatan dia je aku dah kene "karen"..just menggunakan kerusi plastik,kemudian terdapat pelapik sebagai kusyen kat kerusi tu yang mempu menjanakan elektrik kepada setiap orang yang duduk..alat tu di namakan Pro Nature, yang mempunyai keupayaan elektrik 9000V dan mampu memberikan 60 getaran dalam sesaat kepada individu-individu yang menerima rawatan.

menurut pembacaan aku kat lampiran dia,rawatan ne mampu mengubati pelbagai penyakit seperti:
  • darah tinggi
  • kelostrol tinggi
  • stroke
  • masalh kulit
  • katarak (terdapatnya selaput di bahagian mata)
  • resdong
  • gout
  • batu karang
  • asma
  • lemah syahwat

dan sebagainya..segala-gala penyakit koronik boleh di ubati dengan Pro Nature ne..Namun di ingatkan, rawatan ini dikecualikan kepada individu-individu yang telah disahkan mengidap penyakit kanser yang kronik, perempuan mengandung serta individu yang memakai jantung eletronik (ala yang dia gune jantung letak bateri tu untuk berdenyut)...haa..ke tiga-tiga individu yang ini di larang sebab jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini akan mempengaruhi kepercayaan sesiapa sahaja yang menerima rawatan..

contohnya..kalau akak yang pregnant ne tibe-tibe dia buat rawatan dia nak termuntah sebab morning sickness katakan..tibe-tibe dia muntah jer..dah orang kat sebelah dia was-was..pempuan ne muntah sebab dapat rawatan terapi ne ker???haaa..kan jadi kes lak.."seorang perempuan muntah-muntah ketika menjalani terapi elektrik"..padahal semua orang tak tau pun yang pempuan tu mengalami alahan morning sickness...

kaedah rawatanya yer...

ok..just datang ke tepat terapi ne..then korang akan di biarkan duduk kat atas kerusi yang di alirkankan elektrik tu..selama 20 hingga 30 minit. Di samping duduk tu..korang akan diberikan nasihat kesihatan. Namun sepanjang 20 minit tu..korang just duduk relax jer..JANGAN MENYENTUH ORANG YANG BERADA DI HADAPAN ATAUPUN DI BELAKANG ANDA..sebab setiap aliran kerusi elektrik ini berbeza-beza..akan berlaku kejutan elektrik jika korg ne degil tau.."zzzzeeettt"..cmtu bunyi kejutan dia..

segala perubahan akan di alami setelah 5 kali ke atas membuat rawatan. aku pun tak pasti sebab aku baru 2 kali buat rawatan..tak terasa perubahan lagi r..sebab aku agak was-was dengan rawatan ne...

dia ada beritahu jugak, ada pelbagai side effect after buat rawatan ne..salah satu yang aku alami adalah keletihan,kehausan+kelaparan serta mengantuk tahap cipan setelah rawatan. Maybe tu side effect aku r..orang lain aku tak tau yer..so..pintu hati aku tak terbukak lagi nak teruskan rawatan ne..hehehhehe....

so siapa-siapa yang berminat di alu-alukan membuat rawatan kat sini yer..sebabnya adalah "PERCUMA"..di tanggung seumur hidup..

aku takut nak cakap banyak r..just korg pergi rawatan ne secara consistent dan rasai perubahanya sendiri..




p/s : aku tak percaya sebab kenapa rawatan ne tak di buat kat hospital or klinik-klinik swasta yer??kenapa mesti sendirian berhad..aku tak percaya jugak sebab tiada doktor yang terlibat...mungkin kepercayaan aku akan kuat bila ada someone yang background perubatan yang suggestkan utk aku soh buat rawatan ne..

5 comments:

  1. erkk.. baik gi klinik jumpa doktor bertauliah...=)

    ReplyDelete
  2. salam dear..
    di hospital ampang ada mesin pro nature ni tapi hospital caj sikit lah tak lah free.. khas utk kami yg menjalankan rawatan physiotherapy di hospital ampang ni.

    mcm ni je..
    punca sakit sebenarnya darah, jika darah bersih insyaallah senang nutrient nak sampai kat bahagian2 tu.. jika darah kotor pelbagai masalah timbul. jadinya getaran yg diberi dari mesin pro nature ni menggetarkan saluran darah kita utk bersihkan kotoran yg melekat yg boleh buatkan salur darah kita sempit.

    Jika dulu kita makan ubi kayu rebus skrg kita makan potato chip, jika dulu kita berjoging utk pengaliran darah skrg teknologi terkini beri kita peluang berterapi utk pengaliran darah kita.. Jika makanan bertambah advance jadi cara utk penjagaan kesihatan pun perlulah seiring dgn perubahan skrg.. gitu lah..

    ReplyDelete
  3. salam, betul jgk kata saudri,kena ada org yg bertauliah dulu,bru kita akn percaya...tpi kat hospitl pun ada guna jga msin nie n mmg ada keberkesnn trhdp pesakit bila mrka mnggunakn mesin nie...tpi, yg pling penting ialah mengamalkn pemakann yg seimbng..x slh utk mencuba cara perubtn tknlgi yg terbaru,tmbh2 lg klo ia dpt membntu kita...:)

    ReplyDelete

  4. Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness dengan menggunakan kaedah terapi medan elektrostatik. Masalah morning sickness ini juga harus dirawat dengan teliti kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails