Followers

Saturday, May 15, 2010

Baik..Perkahwinan itu Tanggungjawab....

matlamat kepada percintaan adalah perkahwinan...
semua orang tau tu...
tapi ada gak manusia yang takde matlamat dalam percintaan dia...
dan ada jugak manusia yang terlalu teruja untuk berkahwin...
serta ada jugak manusia yang melambat-lambatkan kahwin...
dan...ada gak manusia yang terdesak nak kawin...

ape aku merapu bab kawin malam-malam buta ne???
adoi..mental btol...

pape je..aku just taip apa yang terlintas...

tq pakcik google


hukum perkahwinan tu ada lima perkara...di mana:-

  1. Harus - iaitu merupakan hukum asal perkahwinan
  2. Sunat - Bagi yang berkemampuan serta ada keinginan untuk berkahwin
  3. Wajib - Bagi seseorang yang yakin serta bimbang akan terjerumus ke lembah maksiat iaitu zina serta muqadimmahnya
  4. Makruh - bagi yang tidak gemar berkahwin disebabkan penyakit atau tua atau perkahwinan menghalang ia daripada melakukan ibadat kepada Allah.
  5. Haram - Sekiranya seseorang itu bimbang serta yakin akan berlaku zalim kepada isteri serta mendatangkan mudarat terhadapnya disebabkan ia seorang yang lemah dan tidak mampu menunaikan hak-hak perkahwinan

aku tau tanggungjawab jika berkahwin. Memang kadang-kadang mulut aku cabul nak kawin..tapi kalo tengok pada hukum-hukum ne..aku tak harus kawin lagi sebab tak berkemampuan..

so takyah r percaya sangat kalau aku cakap aku dah nak kawin yer...

banyak lagi benda yang aku belum capai dalam hidup ne...

dah kukuhkan tempat aku berpijak (sumber pendapatan)..insyaAllah..jodoh itu akan segera mendekat dengan aku...

bukan tu je r..dah bijak segalanya termasuk bab-bab perkawinan, agama, harta, pengetahuan berumah tangga..aku akan mendirikan rumahtangga ketika itu...

takde r berlakunya...
  • suami mati kebulur.
  • anak-anak main pasir ngan comot-comot
  • umah macam tongkang pecah
  • piring ngan kuali terbang merata-rata
  • baju nak basuh dengan pingan mangkuk menggunung
  • bil-bil api air hutang
kadang-kadang..belajar sampai PHD pun bila masuk hal rumahtangga OUT...Pak Imam pun bercerai beraikan???

Persiapkan aspek MENTAL, FIZIKAL dan EMOSI baru nak bincang pasal kawin yer...tu je kot...adius...




mood - TERTEKAN...gegeggegege....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails