- solekannya
- pelaminya
- pakaian pengantinya
- bilik tidur
- akad nikah yang mendamaikan
- kelihatan cantik berseri-seri
- hantaran yang tersusun rapi
- kelengkapan ahli keluarga (cukup semua ahli keluarga untuk kongsi kebahagiaan)
- dan sebagainya r..kalo nak senaraikan tak tidur aku...
Sunday, May 30, 2010
"shutterspeak"...INDAHNYA...Weeee~~~
Saturday, May 29, 2010
Marimelaram,saya nak baju FREE dari Indonesia.
jom join contest dari link marimelaram jom????
ne contest yang kedua aku join sepanjang menyertai blogger...
syarat penyertaan mcm contest lain gak...
To All blogger:
- sape yang nak join kene buat entry dengan title "Marimelaram, saya nak baju FREE dari Indonesia."
- Upload pose wajib yang diberikan dan link ke http://merimelaram.blogspot.com
- kemudian, korang link http://marimelaram.blogspot.com ke sidebar blog korang
- menjadi follower adalah tidak wajib bagi korang tapi di alu-alukan...sebab ikut suka hati korang r yer...
ne pose wajib yang perlu ada untuk menyertai....MARIMELARAM
- korang kene upload pic yang paling kreatif dengan insan-insan yang korang sayang...macam family ke..membe kamcing ker...encik jejaka ke...
- then..korang kene lengkapkan slogan ne...marimelaram patut bagi saya baju kurung/kebaya indonesia free kerana................................(tak melebihi 25 patah perkataan ok)
- tarikh tutup penyertaan : 7 july 2010
- "2 orang pemenang" akan terpilih untuk menerima hadiah yang berbaloi-baloi ok...gegegege....
so..ne penyertaan dina...
Friday, May 28, 2010
Tahniah kerana Bergelar Suami Orang
"Dikala tangan tok kadi bertemu tangan si jejaka, bukan sahaja wanita itu menjadi miliknya.. tetapi bahkan pahala dosanya, hala tuju hidupnya, kesetiaan dan kebergantungannya terletak di bahumu..itulah yang ditakuti ketika berakad... Namun Allah akan meringankan beban di bahumu itu..."
Wednesday, May 26, 2010
Cinta Sejati Langit dan Laut
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran. (PUTRI)
Tuesday, May 25, 2010
Terapi Medan Elektrostatik- Apa pendapat korang ye??
- darah tinggi
- kelostrol tinggi
- stroke
- masalh kulit
- katarak (terdapatnya selaput di bahagian mata)
- resdong
- gout
- batu karang
- asma
- lemah syahwat
Friday, May 21, 2010
~ZaMan KitE~~
- Kat Sekolah ada salesman jual buku cerita. Arini bagi list esok mintak duit. Beli walaupun cerita kat buku tu kita dah tau. Kalo Salesman susu ngan vitagen pun macam tu gak..
- Kat library memang tempat budak-budak baca buku. Tapi tau r budak-budak just tengok gambar je. Bila ada program Nilam, Sibuk semua nak baca buku sebab siap ada lagi, siapa baca buku terbanyak boleh dapat hadiah..so, bersungguh-sungguh buat sinopsisnya..
- makanan RMT kat sekolah tak best. Untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Tapi yang berduit pun nak join makan..tak paham maybe sebab makanan free kn..huhu..
- pakai pensil box yang boleh bukak depan belakang. Pastu ada sharpener kat tengah-tengah dia.
- Main lawan pemadam. Sayang nak gune untuk padam, padah tu fungsi sebenarnya untuk padam.
- Pakai pembaris yang bergerigi kat site satu lagi, pastu kat tengah-tengah dia ada air, kalo goncang-goncang ada benda berkilat terapung-apung dalam air tu.
- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang dia kat tengah-tengah. Cikgu pengang pun kalau nak buat garis lurus kat papan hitam.
- Setiap hari kene update hari dan tarikh..kalo siapa yang jadi penolong tu.Tugasnya adalah siapkan garis lurus kat kiri papan hitam berserta tarik dan hari. Kadang-kadang siap ada "AJK Papan Hitam" lagi.
- Bulu ayam boleh jadi ramping sebab selalu pegang untuk jadikan rotan.
- Time Pedidikan Seni..seronok sangat belajar mengayam tikar gune kertas lukisan ngan kertas warna. Kalo dah jadi je tikar..rasa seronok sangat sebab cantik.
- Jam tangan "Boy London" jadi idaman. sebab boleh tukar-tukar colour bila perubahan suhu ngan cuaca.
- Takut time injection BCG. Tapi lepas Inject, poyo je lebih.
- Balik sekolah beli Jojo tak pun Dendang
- "TORA" pun best jugak. Beli semata-mata nak mainan je. Yang coklat dia tak makan pun..buang-buang je sebab tak sedap mana pun.
- kasut berlampu kat tapak dia..kalo pijak je nanti lip lap lip lap lampu dia nyala..bangga kalo time malam pakai kasut ne.
- Siri kartun kegemaran..Power Ranger, Ultraman, Transformer, Ninja Turtle, Dragon Ball, kalo weekend je sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak tengok tv..
Tuesday, May 18, 2010
EMO sekejap....
Saturday, May 15, 2010
Baik..Perkahwinan itu Tanggungjawab....
- Harus - iaitu merupakan hukum asal perkahwinan
- Sunat - Bagi yang berkemampuan serta ada keinginan untuk berkahwin
- Wajib - Bagi seseorang yang yakin serta bimbang akan terjerumus ke lembah maksiat iaitu zina serta muqadimmahnya
- Makruh - bagi yang tidak gemar berkahwin disebabkan penyakit atau tua atau perkahwinan menghalang ia daripada melakukan ibadat kepada Allah.
- Haram - Sekiranya seseorang itu bimbang serta yakin akan berlaku zalim kepada isteri serta mendatangkan mudarat terhadapnya disebabkan ia seorang yang lemah dan tidak mampu menunaikan hak-hak perkahwinan
- suami mati kebulur.
- anak-anak main pasir ngan comot-comot
- umah macam tongkang pecah
- piring ngan kuali terbang merata-rata
- baju nak basuh dengan pingan mangkuk menggunung
- bil-bil api air hutang
mood - TERTEKAN...gegeggegege....
Thursday, May 13, 2010
Jangan Bersedih, Tanya Dirimu sendiri tentang Hari ini, Kelmarin dan Esok...
- Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takutkan hari esok atau kerana harapan kebun yang indah esok hari?
- Apakah saya akan menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan hal-hal yang terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?
- Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk mengunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke depan?
- Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?
- Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? Esok? Atau, Hari ini??
Saturday, May 1, 2010
Jom Layan Pic baby-baby cute ne..Tomey..
aku kebosanan..ada lak jumpe pic-pic cute ne dalam koleksi aku...so nak share ngan korg..mesti korang suka kan???sebab mereka tersangat r cutenye..
nak mintak seorang dari encik abg..tapi die cakap..takpe nak semua pun takpe...amboi..nakal btol jawapannye yer..piat kang tinge tu kasi putus..
jom tengok gelagat mereka..soooo...comey...tiut..miut..suke..suke..suke..
lembu ke kerbau ke aku tak pasti..kerbau kot..
butterfly...haiwan yang paling aku suke...
ladybird..terbang smbil melompat-lompat...
rasanya macam harimau putih..[harimau albino]
huhuhu..saya r seekor gorilla..
monyet yang tembam...tergaru-garu lak die...
auuummm..saya r seekor buaya..
Mengimbau Kembali Kenangan Lalu
mula r tau sejauh mana perkembangan kawan-kawan kita..ada yang dah tunang, nikah..beranak-pinak serta beranak-cucu [oh mengarut sungguh..sila abaikan]..so..gunakanlah facebook itu sebaik mungkin yer.. dari pesanan penaja...kuikuikui...
aku nak buat album zaman persekolah kat entry kali ne..sila layan jika mahu..dan sila tinggalkan jika tidak berminat..hehehe..takde r..di alu-alukan untuk menziarah ye rakan-rakan mayaku..

2 jaya
ne pic aku time muda sekali..time darjah 2..tahun 1995...ramaikan??seronok tengok..semua muka kanak-kanak ribena yang tak matang lagi..pic formal pun leh jadi pic main-main.. kedudukan aku yang kat tengah-tengah tu..belakang Cikgu Rosnah..aku memang terkenal dengan ketunjanganku..so setiap kali gambar..mesti aku di tengah-tengah yer.. ingat lagi time ne..aku baru pandai membaca sebab aku buta huruf sikit..hahahaha...tapi skrg dah excellent..gegegge... ne je r satu-satunya pic aku time sekolah rendah...comey aku ketika ini kan??kikikiki...perasaan...
3 Bistari 3
time ne..rest hour jer..budak-budak ne sibuk bukak buku study..aku g merewang kat kelas sains 2 yer..hahahha..seronok sangat time tu..budak-budak sekolah semua confuse aku budak kelas mane..bersepah-sepah je merayau..tapi,Alhamdulillah..sebab study ngan budak-budak ne r..SPM aku tak r seteruk mane..di paksa study..sebab semua kene study..