Followers

Saturday, February 6, 2010

~Kata-kata untuk Diri Sendiri~

Hidup kita ne nasibnya tak sama,sekurang-kurangnya kita patut bersyukur kerana kita ne taklah sesusah mana.Tidak menderita seperti orang lain .Ramai kat luar sana yang lebih menderita dan lebih tersiksa hidup diorang.

Apabila berlaku sesuatu,ada sebab dan akibatnya yang kita sendiri tak nampak pasti ada hikmah di sebaliknya. Terimalah segalanya dengan redha kerana kita tidak boleh hidup dalam rasa sakit hati yang berpanjangan.

Tak semua yang kita impikan akan dapat kita nikmati dan kecapi,yang kita minta datang ke kaki. Ramai orang berjaya dan bahagia sekarang melalui kehidupan yang sukar sebelumnya. Nabi Muhammad sendiri mengalami kesukaran dalam menyebarkan agama islam. Walt Disney pun terpaksa duduk di dalam stor sebelum program kartunya diterima oleh penduduk dunia. Segala yang terjadi dalam hidup kita ni memang dah dalam ketentuanNya.

Adakalanya semakin kita mempertahankan sesuatu, semakin dia jauh daripada kita. Makin kita kejar makin dia lari. Kita lantas tertanya-tanya kenapa ia terjadi??. Kita marahkan diri kita, kita marahkan perkara yang terjadi itu. Kita menuduh semua orang tak adil bahkan adakalanya kita menyalahkan suratan takdir yang menimpa kita. Tapi sebenarnya, kita sendiri yang tak adil pada diri kita sendiri.

Sebab kita masih mahu membiarkan keadaan yang dah berlaku menghantui diri kita. Kita biarkan diri kita hanyut dengan perasaan. Kita biarkan diri kita tenggelam dalam kesedihan yang panjang sehingga bertahun-tahun masih sukar untuk dihilangkan. Bukankah itu tidak adil pada diri sendiri??

Tapi kadangkala kita tidak dapat melupakan perkara buruk itu.

Itu kerana fikiran kita sendiri mengatakan ia tidak boleh di hilangkan. kalau hari-hari kita cakap dengan diri kita sendiri ia boleh di lupakan, InsyaAllah...perasaan kita akan kembali tenang..

Ketika zaman Nazi dulu, orang Yahudi teruk di dera oleh tentera Hitler,untuk mengurangkan kesakitan, mereka menggunakan imaginasi. Mereka membayangkan diri mereka berada di pantai,bergembira dengan anak-anak, mengadakan hubungan seks dengan isteri. Hanya dengan cara begitu sahajalah mereka dapat hidup dengan melupakan segala kesakitan yang di tanggung. Jadi apa yang berlaku. Lupakan serta merta di sini (sambil menunjukkan jari telunjuk di kepala @ lebih jelas lagi minda)

OUR MIND CONTROL EVERYTHING........


1 comment:

  1. our mind control everything...setuju dengan tu..mind ni macam pemimipin,kalau pemimpin dah baraii..dah negatif..memg yg lain apatah lagi.hoho

    bermonolog bagus untuk kesihatan..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails