Followers

Friday, August 3, 2012

Buat pemilik tulang rusukku...

Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak di didekati..
oleh insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda dan ramah,
melayan kata-kata mesra dari awak dulu,
mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
Jika saya tidak bercakap dengan nada yang lembut,
dengan awak dulu,
mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
kerana jatuh hati kepada awak,
dan telah membuatkan awak jatuh hati kepada saya juga...

Maafkan saya,
Jika lembut dan mesra tutur bicara saya,
manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas,
chatting di facebook & perbualan suara melalui telefon...
buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya...

Maafkan saya,
kerana dah buat kita bergelumang dalam dosa selama ini...

Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan dalam perpisahan ini...
bukan ada niat untuk berselindung,
tapi..hanya untuk mengapai kembali redhanya...

Saya bersyukur diperkenalkan dan dipertemukan dengan awak...
mengenali awak buat saya yakin,
di dunia ini masih ada lelaki yang baik...
Awak sentiasa baik dengan saya...
Awak banyak bersabar dengan karenah saya...
Awak sentiasa berusaha mengembirakan saya...
walaupun mood saya ketika itu...................

Perasaan kasih dan sayang pada awak,
merupakan satu anugerah yang tak ternilai bagi diri saya...

Tapi malangnya,
kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tidak tepat...

Andai awak memang menyayangi diri ini...
Jumpalah kedua ibu dan bapa saya...
Pinanglah saya,
dan jadikan saya milik awak yang halal,
yang sah di sisi agama....

Kemudian,
kita sambung kembali kisah percintaan kita...
di dalam hubungan yang sah dan halal bagi-NYA....
saya pasti hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu...

Andai saya merupakan tulang rusuk awak,
saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi,
antara satu sama lain...
Tapi andai kata....
saya bukan wanita yang di takdirkan untuk menjadi jodoh awak...
saya redha dan saya doakan...
awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik...
berbanding diri saya...
InsyaAllah awak...

" Tak perlulah kita mencari pemilik tulang rusuk ini kerana pemilik itu sendiri akan mencari tulang rusuknya sendiri..."

Wednesday, July 18, 2012

Empat Golongan Lelaki Yang Dibawa Wanita ke Neraka


Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel bicara agama ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.

2. Suaminya

Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, korang wajib untuk membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan korang. Bantu mereka cari calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Wednesday, April 25, 2012

Secretaries' Week 2012 "Afternoon Of Elegance"

Salam to all readers,

Maaf lama sangat tak update, mood mengapdate blog ilang di bawa oleh rama-rama purple..hehe..

just want to share something..

1st time dalam sejarah hidup meraikan  Minggu setiausaha dengan semua setiausaha-setiausaha syarikat di seluruh Malaysia & Singapore..But not at all r, just sebahagian company yang menghantar setiausaha mereka. Sungguh bermurah hati bos-bos kami menghantar insan-insan seperti kami dengan penuh penghargaan..hoho..Shukurlah..tuah badan..kikiki..jom belek-belek..biarkan gambar-gambar ini berbicara...


Venue : Tanjung Puteri Hall, Level 3, Persada Johor International Convention Center
Date :  10 April 2012
Time : 12.30 P.M

Hehehe..saje nak mengedix dengan Dato' Siti..sebenarnya nak lepaskan gian tak dapat bergambar dengan Dato Siti..makanya..poster pun cukuplah..yang penting dapat tengok performance dia yang sangat-sangat mantap. To be honest, Dato Siti memang seorang yang sangat-sangat lemah lembut dan sopan santun..dan yang paling penting..suaranya yang mantap...TERBAEK!!!


Paling seronok dan terpesona adalah bila Dato Siti nyanyikan lagu "Bukan Cinta Biasa"..suka sangat dengan lagu tu..lagipun lagu tu dah lama..tak silap time SPM dulu kot...tapi sungguh lagu tu menusuk kalbu..rasa macam lagu tu di tujukan pada aku seorang je ok...hahaha..perasan sungguh ye kamu...

Tapi tak banyak sangat lagu yang dia sampaikan..antaranya Falling in Love, Bukan Cinta Biasa, Move like Jagger...serta dia ada bawak artis jemptan Kak Ramlah Ram..berduet nyanyi lagi "Kau kunci cintaku"..kalolah kak Ramlah Ram tu nyanyikan lagu baru dia kan best.."Sesaat kau datang"..tapi malangnya tiada pun..maybe sebab takde Sleeq kot..kikiki...Dia orang berdua juga turut sampaikan lagu "Ombak Rindu"..Sungguh..suara mereka berdua sangat-sangat mantop...thump up!!!

Jemput makan jemput-jemput...tet!!!

Kami turut di jamu dengan menu-menu yang telah di tetapkan..


So..ni sume kami-kami yang terlibat..booking 2 table..1 table 10 orang..sebenarnya warna tema majlis ne Merah + Hitam, tapi kami suma harus berkhidmat untuk negara dulu sebelum bergembira..pakailah baju uniform join event ne..kesian kami tak dapat melaram VOUGE...kuikuikui...

Last but not least...


Here we are..this gentleman is my boss..Capt America...hehehe..Capt ARO...

Ok then..Arious amigos...Nite!!!

Monday, February 6, 2012

~LAGU~

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu


Wednesday, January 11, 2012

Beard Papa's - World's Best Cream Puffs"

Assalamualaikum to all reader...=)

Semoga berbahagia berganjak ke tahun 2012 dan pertambahan usia setahun lagi guys...

Sebenarnya saat ini, aku pun masih tak tau kenapa aku masih aktif berjaga sedangkan jam hampir menunjukkan jam 12 malam dan esok merupakan hari berkerja..tapi terasa macam gian nak menaip blog sebab dah lame tak update..dan terasa..kalo aku tak update blog malam ne..aku tak nyenyak tidur..see..smpai macam tu giannya...

bukan ape..sesibuk mana pun hidup ne..pasti jiwa akan meronta-ronta nak curi sedikit masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kita suka..atau lebih jelas minat/hobi..

sekali kalo korang dapat laksanakan..korang akan rasa tersangat puas dan gembira sesangat... oh..ok..sangat menyampah bila pendahuluan aku sangat berjela..sorry r yer.. sila abaikan kalo meluat..sekian~

eh..nanti dulu..jangan keluar dulu kalo tak habis baca intipati blog entry kali ne yer..tapi bengang gak r kan..kalo tajuk lain cite ko menyempang lain..tibe-tibe rasa nak bagi penampo laju-laju kn?? hahaha...

emm...ok...

aku baru nak mulakan cita ne...

semenjak dua menjak ne.. dah mula jatuh cinta kat makanan-makanan yang boleh menambah lemak serta menepukan kolestrol dalam badan tibe-tibe.. haish..kurang btol... aku dah mula berkenan makan "cream puff"... kerana...creamnya yang mampu buat korang jilat-jilat sampai ke titisan terakhir... serius...

macam jemput-jemput bersalut tak?? hahaha....

emmm...ok..tu pic introduction untuk korang dulu..tak r berapa syahdu sangat ok.. tp mungin bole buat korang tengok dan tanya balik r... emmm...sedap ke ek????

aku pun mula-mula tengok macam tu gak.. sebab puff die macam biase je kn??

tapi...bile korang dapat je beli..dan kat depan korang die pum cream tu masuk dalam puff tu..korang akan tengok je..dan dah mula tergerak... eh...macam sedap r pulakkan????

peh..cream die tu...!!!

Cube korang tengok cream die..syahdu tak??cream die melting ok.. nampak macam susu fresh kan?? tapi kalo korang tak pernah rasa mesti cakap kalo makan tu muak..

tapi percayalah.. takkan muak langsung ok...sebab cream die tu custard.. mcm rasa vanila..kepada sesiapa yang "hantu" vanila sila-silalah rasa...pasti menjilat jari...

For your info, cream puff ne bukan just terdapat perisa vanilla jer..tapi macam-macam r..ada coklat, strawberry dan paling baru aku tengok ada perisa durian..huhuhu...padai orang Jepun makan durian kn??hehehhe...

Cream Puff ne mula promote kat Jepun oleh Yuji Hirota...

Then seterusnya ia dikembangkan penjualannya ke serata dunia..hebat wooo... antarannya ke...
  • China
  • Hong Kong
  • Taiwan
  • Indonesia
  • Australia
  • Singapore
  • Thailand
  • Filipina
  • Malaysia
  • United Kingdom
  • United State
  • Russia
  • Canada
Dah nama pun "World Best Cream Puffs" kn?kn?kn?????

Em..Pada sesiapa yang teringin nak makan..kat Malaysia ada beberapa tempat je yang ada Beard Papa's ne... antaranya kat:-
  • One Utama Shopping Center Outlet
  • Mid Valley Megamall Outlet
  • Pavillion Kuala Lumpur Outlet
  • Johor Bahru City Square Outlet

Penutup... Sebenarnya macam-macam bentuk lagi korang boleh pilih kalo nak try yg lain-lain.. ada bentuk buluh lompang r.. ada betuk donat r.. dan sebagainya.. tapi harga die pun best r kalo korang nak try yang lain-lain lagi.. aku just advice yang cream puff ne je..sebab ne je yang murah kalo korang nak menikmati cream die tu ok...

Last but not least.. Aku mampu cakap.. rasa die macam makan pencuci mulut or askim McD yang tengah melting tu.. maybe sedap lagi kot..berserta puff die yang rangup selepas kuat ketuhar...hehehe...

Ok guys..adius amigos..Nite!!

Sunday, December 11, 2011

10 Thing I hate about You...

1) I hate the way you talk to me & the way you cut your hair...
2) I hate the way you drive my car...
3) I hate it when you stare..
4) I hate your big dumb combat booth & the way you read my mind..
5) I hate you so much its make me sick..it even make me rhyme..
6) I hate the way you are always right..
7) I hate it when you lie..
8) I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry..
9) I hate it when you are not around & a the fact that you didn'n call..


10) But mostly, I hate the way I don't hate you, not even close, not even a little bit, not even at all....




source: 10 thing i hate about you...

Dia..dia..dia...

"DIA" by Aremeer Sofazr



Dia...
yang membuatku berubah...
Dia...
yang terindahkan..
Dia...
selalu bersamaku..
hanya pada dia..
bukti cintaku...

ku inginkan dia...
temani aku selalulah...
Oh tuhan tolonglah aku...
agar aku bisa...
milikinya..
Oh tuhan sampaikan inginku...
setiap nafasku hanya untuk dirinya...

Kini...
tak pernah tuk berhenti...
kini..selalu di sini...

kini....
cintaku meninggi..
tak pernah berubah buat selamanya..

ku inginkan dia...
temani aku selalulah...
Oh tuhan tolonglah aku...
agar aku bisa memilinya...

Oh Tuhan sampaikan inginku..
setiap nafasku..hanyalah untuk dirinya...

Oh tuhan tolonglah aku...
agar aku bisa..memilikinya...
oh tuhan sampikan inginku...
setiap nafasku..hanyalah untuk dirinya...

Oh tuhan tolonglah aku..
agar aku bisa..memilikinya...
Oh tuhan sampaikan inginku...
setiap nafasku..hanyalah untuk dirinya...



Related Posts with Thumbnails