Followers

Thursday, December 1, 2011

Ucapan "Happy E-Day" buat kamu-kamu tersayang..

Assalamualaikum semua..

Sungguh lama tak bersua..#Senyum...

Last entry pun pertengahan July lepas..maaf untuk itu..tapi minat menulis dan meluahkan sesuatu dalam blog ne masih lagi tersemat dalam diri ni..

Emm..jam dah kul11 lebey kan..mata dah denyut-denyut bitau "dia" dah letih, tapi tibe-tibe rasa nak menaip lak malam ne..atas kekangan masa yang melampau kot terpaksa pendam kan dulu sume idea coretan dalam kepala ne..

Tapi arini terpaksa jugak buat ucapan panjang lebar pada insan-insan tersayang yang tidur sebantal, mandi sebilik air (pas ko masuk aku pulak) dan berkongsi hartamu hartaku juga time study dulu..hehe..insan-insan serumahtangga..haish...


Dulu kami bersembilan..namun setelah melepasi setahun bergraduasi..sorang-sorang telah melenyapkan status single kepada suatu kehidupan yang lebih advance iaitu berdua..hehe..sorang-sorang dah ada title single but not available dan si ina kecik lebih advance dah tamatkan zaman bujang kepada bersuami..hehehe...tapi takpe..kitorang dulukan yang lebih tua bagi makan nasi minyak dulu..kikikiki~~

Ingat dulu, kitorang deal reramai..sape kawen dulu dapat hadiah peti ais dari Lot 15879..haha.. Tapi, tak dapat nak nolong r..sebelum ina kawen lagi..peti ais tu dah selamat dikekahkan pada penyewa seterusnya..hahaha...kelakar kalo dok fikir-fikir balik..

Emm..ok, namo bebel panjang-panjang..nak bagi tengok pic jer.. kat sini saya ada paste pic-pic pertunangan korang yang pose die sungguh hampir sama...haha..dah nama pun E-day..dok sarung-sarung cincin..at least adalah bukti..korang dah tak single dah..dah takleh mengatal macam kami-kami yang single ne..hohoho..

majlis pertunangan Kak Esah, Azie & Ina

seterusnya...

Majlis pertunangan Wani & Ajie..

Yer...sume pose harus menghulurkan jari manis masing-masing..hehe..buat azie, Ina & wani..maafkan didi tak dapat hadir majlis korang...Tapi InsyaAllah korang nikah didi sampai ok..

Last but not least, SELAMAT BERTUNANG dan menjadi TUNANGAN orang..jaga perhubungan pertunangan itu sebaik mungkin, alam pertunangan merupakan waktu-waktu diuji..Semoga semunya adalah seperti yang dirancang dan hingga ke jinjang pelamin dan..“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”.. InsyaAllah..

Sesungguhnya Allah akan sentiasa meredhai dan memakburkan niat kamu yang ikhlas ye kamu-kamu tersayang..Tahniah...^_^

Emm..tolong jangan tanya status saya sekarang yer..assume je kehidupan saya baik-baik je ok..yang pasti.."Saya sedang berbahagia dengan kehidupan saya untuk fasa baru iaitu ALAM PEKERJAAN..ianya baru sahaja bermula..terlalu banyak lagi yang mahu di kejar dan di gapai..Tolong doakan segalanya di permudahkan untuk dilalui yer kamu-kamu tersayang..

Saya dahulukan kalian, sebab kalian dah mula dulu mencari nafkah berbanding saya..haha..ayat tak boleh bla dan..ayat nak cover line..ok...gegege..


Oh..ok sumpah..saya sangat-sangat merindui saat ini..Kami ber-10...Eh???hehehe...

3 comments:

Related Posts with Thumbnails