Followers

Thursday, April 21, 2011

Manfaat Pergerakan dalam Solat

Salam reader..

Entry kali ni aku nak kongsi mengenai beberapa manfaat pergerakan dalam solat yang aku perolehi dalam Metro Ahad bertarikh 17 April 2011. Semoga memberi informasi berguna buat anda semua yer..

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"


Posisi Pertama: Berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas.
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi Kedua: Berdiri betul serta mebaca al-Fatihah dan surah
Menimbulkan konsentrasi minda serta meehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, kusyuk dan tawaduk.

dalam bacaan, hampir kesemuanya bunyi dalam bahasa Arab yang dituturkan, mengerakakan dan menyeletakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U meransang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

posisi ketiga : Rukuk

Posisi Ketiga: Rukuk
Meregangkan otot bahagian bawah belakang, peha dan betis. Darah di pam ke atas badan. Melembutkan otot perut dan pinggang. Lama kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi Keempat: ikhtidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan yang tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketengangan.

posisi kelima: sujud

Posisi Kelima: Sujud
lutut terbentuk sudut tepat mebangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menabah alairan darah ke atas badan, khususnya kepala(termasuk mata, telinga, dan hidung) serta paru-paru. "Mental Toksin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudkan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi.

Menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada ALLAH. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadah solat.

posisi keenam : Duduk di antara dua sujud

Posisi Keenam: Duduk di antara dua sujud
Tumit lelaki kanan meluntur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita mebiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

Posisi Ketujuh: Sujud kedua
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf menjadi seimbang.

Posisi Kelapan: Bangun semula daripada sujud
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini mebantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan pergerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan meberi rehat yang selesa serta pergerakan ini mebantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.


renung-renungkan dan selamat beramal....Wink* Wink** ^_^

1 comment:

  1. hmmm..info yg menarik....semoga kita mendapat manfaat yg sempurna ketika mennunaikan solat.t..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails