Followers

Saturday, April 16, 2011

8 tips Elakkan skandal...

Selamat malam reader..

takda pape nak borak sangat malam ne..tapi just nak share something yang aku baca siket kat Mingguan wanita bulan lepas tak silap r..jom baca~

rasanya cukup berguna tips-tips ne buat pasangan yang sedang hangat bercinta dan pasangan suami-isteri yang sedang berbunga-bunga kembangnya..hehe..
  • Jaga batas pergaulan. Khas buat insan-insan yang memang ramai dan kerap bergaul dengan sahabat yang berlawanan jenis. Kalo memang korang ne dah ada bestfriend lain jenis misalnya, memang korang rapat before kenal ngan si dia lagi, ada orang memang pegang istilah kawan akan tetap kawan sampai bila-bila, sila-sila r jaga batas pergaulan korang walaupun berurusan ngan kawan baik ker, kawan sekolah ker, jiran sebelah umah ker. Jangan r mind tu pikir open sangat sampai seronok bertepuk-tampar yer. mungkin bagi korang "dah biase" dah..tapi pandangan pasangan kene r jaga. Kalo dia nampak cmne??mesti dia kecik hati.."bukan main mesra lagi awek/pakwe aku ne main tepuk-tampar ngan kawan dia ne". Mungkin dia rasa, takde istimewanya kemesraan aku ngan dia..sebab sume orang dia layan sama jer.
  • Jangan kongsi masalah perhubungan dengan lawan jenis. Sementara belum kawen ne, belajar-belajar laa simpan rahsia pasangan dalam-dalam yer. Biar dah kawen senang nanti. Keaiban dan rahsia si isteri/ si suami itu adalah atas tanggungjawab kita untuk di simpan. Biar kite sorang je tau..tak perlu orang lain tau. Paling penting biasanya time gaduh r..kalo korang sakit hati sangat, jangan r dok bercerita ngan kawan lain jenis korang yer, sebab berkemungkinan besar, kawan berlainan jenis tu tahu kelemahan perhubungan kalian dan mungkin minat nak masuk daun or lebih lagi nak memporak purandakan hubungan korang. Kesimpulan kalo sakit hati, cer cite ngan bestfriend sama jenis yer. sebab mungkin mereka lebih paham dan takkan amek kesempatan...melainkan kawan sama jenis tu homeseksual r..hohoho...
  • Jangan memberi harapan atau perhatian yang lebih kepada rakan lawan jenis. Haa..yang ni aku memang sangat setuju, kalo katakan ada kawan-kawan baru nak berkenal-kenalan, bolehnya boleh..tapi jangan r layan lebih-lebih yer..just biase-biase jer. Layan sume orang kat keliling tu sama rata ok..tapi sila-sila r layan si dia sehabis baik..sebab hati kamu memang dah melekat kat si dia..harus ke nak layan or buang masa ngan orang lain??baik layan pasangan sendiri kan??
  • Usah terhutang budi. Hal ne biasanya berlaku pada insan-insan yang memang dah admire ngan kita. Contohnya si lelaki ne memang ada pempuan admire kat dia, tiap-tiap hari g keje, membe opis ne dok bawak masakan sedap-sedap soh rase or jamah. Yang si lelaki ne lak, seronok sakan r dapat makan free kan??girlfriend lak jauh berbatu-batu. So dari sini akan wujudnya membe opis itu berbudi ngan si lelaki. Begitu gak ngan si perempuan, boyfriend jauh..kete lak rosak, datang mamat muke tembok ne "jom saya hantar, office kita kan 1 bangunan jer..dapat je pempuan tu layan, mesti gelak puas dalam hati si mamat muke tembok ne..By the way...Jangan terhutang budi ok??nanti terhutang Body...ops!
  • Sentiasa ingatkan diri tentang status anda. Ne khas buat insan-insan yang memang dah ada ikatan dalam perhubungan r, misalnya telah di risik ke, telah di tunangkan ker..paling-paling penting telah dinikahkan. Nak bergaul tu boleh jer..takde orang yang mampu hidup sorang-sorangkan?or dalam dunia ne just ada dia ngan pasangan jer. Tapi tolong lah tanam dalam mind ne.."Aku dah ada someone yang paling penting dalam hidup ni.." si pasangan dah memberi kepercayaan 100% untuk jaga hati masing-masing & jangan berubah hati. Jagalah kepercayaan itu sebaik-baiknya yer. Wujudnya cinta itu dari kepercayaan. InsyaAllah kukuh hubungan tersebut...
  • Bersyukur dengan pasangan dan jangan rambang mata. Bersyukurlah dalam hati, tiada insan lain yang boleh melengkapi anda selain dari dia. Pasti ada sebabnya kenapa korang masih bersama pasangan korang walaupun dah banyak kali selisih faham, gaduh, makan hati tapi masih boleh memaafkan dan bertolak ansur. Jangan Rambang mata..yang ne lak of course jangan dok cari yang cun melecun dan macho-macho serta kaya-raya yer. Kadang-kadang fizikal tu indah sangat untuk di pandang, tapi hakikatnya or peribadinya..macam hampeh...oh jangan lah yer..kang dok kejar yang kat sana..then dok kejar yang kat sinun..last-last..sume tak dapat..
  • Sentiasa berkomuniasi dengan pasangan dan eratkan hubungan agar tiada ruang untuk orang ketiga. Berborak dan luahkanlah apa yang terbuku kat dalam hati tu, jangan simpan-simpan yer. Anggaplah pasangan korang tu bestfriend korang, sume yang jadi hari ni, kongsi dan beritahulah..pegang je kata-kata.."tiada rahsia antara kami". Serta cubalah bermacam-macam cara sekalipun untuk tidak mewujudkan ruangan langsung bagi orang ketiga untuk masuk daun yer.
  • Berdoalah agar ALLAH memelihara kehormatan dan kebahagiaan anda dan pasangan. Hakikatnya, walau macam mana korang cuba untuk elak di duakan, or berubah hati tapi tiada pegangan dan keberkatan dalam perhubungan tu, tak guna jugak kan??berdoalah agar dia akan sentiasa menjadi milik kamu..Jodoh itu, ALLAH je yang tau. dia tau apa yang terbaik buat kita. Kalo memang dah jodoh kita dengan dia, puting-beliung lalu pun..insyaAllah dia akan tetap jadi milik kita..InsyaAllah..tapi kalo memang dah tertulis si dia bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita mencuba, sehabis baik kita menjaganya..sume tu cume selisih jer..maknanya, kita cume terserempak kejap je untuk berkongsi kebahagiaan ngan si dia, tapi bukan selamanya..
"jangan terlalu mudah memberikan cintamu kepada insan lain sedangkan kata hatimu mengatakan si dia yang terbaik"

2 comments:

Related Posts with Thumbnails