Followers

Saturday, September 11, 2010

nak bebel siket bole???oh..ok..bole...

huh..kalo ikut dalam kelender arini adalah hari raya yang kedua bagi umat islam kat Malaysia..namun kalo ikut kelender aku..arini spesen je mcm hari-hari biase..semalam je kot rasenya mood raya tu wujud...arini sepanjang hari duduk lepak umah, kemas umah..dan untuk pengetahuan sume arini baru masukkan kuih raya dalam balang kuih raya..betapa tak update langsung tentang raya yer aku ne..."saya sangat tak teruja dengan raya...sekian~~"

arini bukan nak bebel pasal raya...kalo nak tengok pic raya..tengok r minggu depan or minggu depan lagi baru aku upload...huh..ada ke orang nak usha pic raya aku???oh perasaan sungguh diriku ini..

semalam aku linkkan lagu KIMIA-Melda Ahmad kat blog ne..tapi rasenya takde sape pun yang perasaan kot..sebab aku dah pun meng-removekannya sebab tak tahan dengan lagu tu yang menganggu konsentrasi aku nak baca pape pun yang tertulis kat blog ne..huhuhu...lagi-lagi autoplay pulak kan??masuk je blog terus bunyi lagu tu "melalak"...peh...mau tak berdengung pale otak aku..lagi pun time mula-mula aku aku daftar blogspot ne..banyak gak tip aku baca kat blogger-blogger otai...tolong r jangan letak lagu autoplay kat blog korang yer...sebab memang menganggu konsentrasi...baik-baik ada orang nak datang jengah blog korang...sekali klik jer..lagu terjerit-jerit..dari mood nak baca terus click cancel...huhuhu...ne bukan aku rase r..tapi memang pun..kalo nak letak lagu pun..letak r..kene klik play baru die berbunyi..sebab tak semua orang sukakan kebisingan nak membaca or nak study kan????

tapi kebiasaannya...kalo aku jengah kat blog orang lain..dan ada lagu sedap autoplay yang di dengar...aku akan biarkan je blog diorang tu terbuka di samping aku bukak blog orang lain untuk baca kat new tab...sebab time tu tengah nak layan lagu kan???so pada sesape yang nak letak lagu kat blog tu..boleh jer..takde yang melarang..aku pun tak larang..cuma letak r lagu yang mendamaikan yer???pesanan dari cik didi...kikikiki....


lagi satu aku nak bebel pasal membe yang add korang kat facebook....what u guys think about it??? korang ne jenis cmne ek??? adakah korang ne jenis meng-approve je sume insan-insan yang add korang ek?? or korang akan buat proses tapisan dulu baru approve???dok belek info die dulu..tengok pic dulu..or dari nama korang dah knal orang tu membe time sekolah korang???

peh..tak macam banyak pulak soalan aku ek??tapi nak tanya pendapat korang r...

sebab situasi ne dari pengalaman aku r kan...kalo misalan orang cakap yang aku ne tak friendly..sume tu bohong belaka r..sebab aku memang sorang yang friendly kalo korang jumpe aku depan-depan..tapi kalo kat alam maya ne...prinsip aku..."I DON'T TRUST ANYBODY"...

peh statement tak macam berlagak pulak kan???kuikuikui....

tapi tu r..sebenarnya...kat alam maya ne macam-macam bole jadi..orang menyamar jadi orang lain r...sebenarnya die pempuan kat fb bole tukar jantina jadi lelaki r..perempuan bertudung litup kat fb bole jadi pempuan yang ala-ala pelacur r..dan banyak lagi r...macam-macam bole jadi kat alam siber ne...

penah sekali tu ada sorang hamba Allah ne..sanggup gune nick name tah ape-ape tah.."damai rimba" r..."sambal ikan bilis" r...add aku semata-mata nak tau perkembangan aku dengan pakwe die..oh..mengapa sehingga begitu jadinya???dengan primary photonya gambo kartun cute-cute...langsung takde pic manusia tulen...motifnya satu jer.....nak tengok kat wall aku..nak tengok kat collection photo-photo aku ada tak pic boyfriend die...adoi...korang rase bole diterima akal tak aktiviti-aktiviti ni???

kepada insan-insan yang bergelar wanita yang mempunyai banyak masa terluang serta sanggup menyamar menjadi orang lain untuk mengetahui aktiviti-aktiviti aku...korang silap...aku tak akan sama sekali mengapprove korang yer...lagi pun AKU BUKAN PEMPUAN YANG SUKA GANGGU BOYFRIEND ORANG....mekasih untuk maklumat semua...

aku memang ramai kawan lelaki..tapi bagi aku lelaki yang teristimewa itu cuma seorang jer..dan sebelum aku terima die menjadi yang teristimewa...aku telah pun memastikan si dia bukan milik sesiape...mekasih...


insan yang add aku ne...aku pun tak berapa pasti kenapa dia boleh terpikir name samaran "sambal ikan bilis" ne ek....maybe sebab suka makan sambal ikan bilis kot..huhuhu...dah r friendlist dia just 5 orang je...dan kelima-lima mereka adalah membe aku yang memang tren main approve je sesape yang add diorang...emmm..suka hati korang r kan...aidan nadia bitau..orang yang suka menyamar ne di panggil stalker...hate stalker so much...

kalo btol-btol nak kawan ngan aku...sila r berterus terang yer...jangan r sampai menyamar bagai..dari aku minat nak berkawan terus jadi meluat r pulak....sorry bebanyak yer...

by the way...kalo tak silap aku..arini date of birthday, one of my stalker...11 september...HAPPY BIRTHDAY to u yer...have a happy birthday on 2nd day of hari raya...semoga berbahagia..Maaf Zahir dan batin..dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... nak wish secara direct of course die tak layan....so wish je r kat sini...public gitu...lagi pun aku tau die selalu update ape yang aku tulis kat blog ne...hehehehhe....kantoi sudah yer kamu...

kepada sesiapa yang menyamar tu...i'm almost welcome to those yang btol-btol nak bersahabat ngan aku...tapi aku sangat-sangat tak suka kepada insan-insan yang suka melanggar privacy aku...mekasih buat semua yang terlibat yer....salam...

Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir & Batin..

ucapan khas buat semua mahluk yang berakal dan bernafas di bumi ini...


buat semua insan-insan, sahabat handai serta saudara yang mengenali insan yang tidak seglemor mana ne...

buat semua rakan taulan blogger yang sudi menjengah blog picisan ini..serta semua follower...thanks a lot..

semoga berbahagia berhari raya bersama insan-insan yang disayangi..

time raya ne..sila-sila r berpantang bagi sesiapa yang ada penyakit berangkai tu..kencing manis+darah tinggi+jantung...jangan main belasah je makan musim raya ne..dengan air bergasnya, manis, rendang..serta makanan-makanan berlemak tu..

raya-raya jugak..kesihatan perlu diutamakan..mentang-mentang dah sebulan puase bole back-up balik..

jaga diri baik-baik...perkara yang paling berbahagia dalam hidup ne adalah kesihatan yang baik serta di samping insan-insan yang tersayang..

yang memandu pulang ke kampung halaman..pandu cermat..jiwa selamat..

salam sayang dari blogger yang pura-pura nak jadi DOKTOR tak betauliah ne...

hehehehhehe...

kata-kata akhir..

SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

atas segala ketelanjuran kata yang segaja mahupun tak disengajakan ne...
sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari hambanya ini..

Friday, September 3, 2010

Mengejar malam Lailatul Qadar

Salam semua..di harap semua reader dalam keadaan sihat dalam mengharungi saat-saat akhir ramadhan kali ni..diharapkan aku juga begitu...cuma akhir-akhir ne batuk tak baik-baik lagi..hampir 3 minggu rasanya batuk berpanjangan ne..mungkin kekurangan daya imun badan dengan layanan tegukakan ais serta air sejuk yang sentiase mangiurkan masa berbuka tu kan??baru telan ubat batuk dua sudu tadi..ne tengah hampir-hampir lalok r ne...hehehhe..

aku nak share something, bukan atas alasan riak mahupun menunjuk-nunjuk tapi sebagai berkongsi apa yang aku dengar petang tadi dalam ceramah Al-Kulliyah yang dibicarakan oleh Prof.Datuk Dr Harun Din.

Alhamdullilah kita telah pun memasuki 10 malam terakhir ramadhan untuk di sambut dengan segala amal ibadat. Telah dimaklumkan oleh nabi Muhammad kita bahawa 10 malam terakhir itu akan terdapatnya 1 malam di mana apabila kita beribadat di satu malam yang bertuah itu adalah sama dengan beribadat 1000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan. Indahkan????

seperti yang kita ketahui, 83 tahun itu merupakan umur minimum bagi setiap umat Muhammad. Jadi, kepada sesiapa yang mampu mengecapi malam tersebut, dia merupakan seorang umat Muhammad yang cukup bertuah.

Namun, Nabi Muhammad sendiri telah merahsiakan bilakah tarikh malam Lailatu Qadar itu, beliau hanya menyatakan beribadahlah kamu di 10 malam terakhir agar peroleh 1 malam yang sangat bermakna iaitu Lailatul Qadar. Ada juga hint-hint yang menyatakan di saat 10 malam terakhir itu, berkemungkinan ketika malam gajil berlakunya malam tersebut di mana malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.



tapi bagi aku, kalo seseorang tu ikhlas ingin mengejar Lailatul Qadar, insyaAllah ALLAH akan mempermudahkan hambanya itu dan memberi rezeki buat mereka untuk terserempak dengan Malam yang bersamaan dengan 1000 bulan tu. Haa..tu perkara yang aku baru belajar akhir-akhir ne..jika seseorang hamba itu bangun malam untuk beribadat, itu merupakan rezeki yang diturunkan oleh ALLAH baginya untuk mampu terjaga dari tidur beribadat kepadaNYA. Mean, kalo katakan korang memang kes tidur mati r..susah giler nak bangun malam buat tahjud, mean memang dah tersirat takdir korang tak memperoleh rezeki untuk bangun dan beribadat.

beribadat yang dimaksudkan adalah mendekatkan diri pada yang ESA seperti beristifar,bertasbih, membuat solat-solat sunat contohnya tarawih, tasbih, taubat, hajat, tahajud dan segala solat sunat serta membaca Al-quran. Tempoh beribadat ini adalah dari terbenamnya matahari sehingga terbitnya matahari pada pagi keesokkannya. Jadi after berbuka puase je, kita sedang makan itu adalah merupakan salah satu ibadat sehingga segala ibadat yang disebutkan diatas itu merupakan pahala ibadat kita sehingga pagi keesokkannya bersamaan ibadat kita untuk 83 tahun 4 bulan. *jika malam kita beribadat itu terkena pada malam Lailatul Qadar.

Tapi apa yang aku tertarik r, malam itu adalah merupakan malam turunnya kesemua malaikat termasuk malaikat Jibril A.S ke bumi ALLAH ini untuk mengaminkan segala doa-doa yang dipanjatkan oleh hamba ALLAH di muka bumi ini. SubhanAllah, bersyukrnya jika saat itu di perolehi. Dan yang paling seronok aku dengar dia cakap, jika seseorang hamba itu memang sentiasa dekat dengan ALLAH, dia dapat mendengar suara para malaikat bertasbih di malam Lailatul Qadar itu.

Ramai yang bertanya apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu??? Namun Datuk menjawab tiada tanda-tanda yang mampu dikenalpasti bilakah malam itu menjelama, hanya keesokan harinya kita dapat lihat cahaya matahari redup dan malap dari terbitnya matahari sehingga berkemungkinan ke tengahari. Dan keadaan pagi itu damai dan tenang...Indahnyanye ya ALLAH...

so kalo korang terdengar ada yang nyatakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu contohnya air membeku atau pokok-pokok bersujud, mungkin hanya omogan kosong sahaja kerana apa yang kita tahu, carilah Lailatul Qadar itu dengan hati bukan dengan mata kasar.

maaf jika ada kesalahan penjelasan di sini, jika para pembaca yang ada perkara-perkara mengenai malam Lailatu Qadar ini yang ingin di tambah atau ingin memperbetulkan penjelasan aku, dengan hati terbuka aku sedia menerima teguran itu.

mata aku dah start malap-malap ni mungkin effect ubat batuk tu..tak larat rasanya..kepada semua, mari kita bersungguh-sungguh mengejar malam itu, dengan hati yang ikhlas jika terserempak Alhamdulillah dan jika terlepas, memohonlah agar kita di panjangkan umur untuk Ramadhan akan datang bagi mengejar malam yang begitu bermakna itu..InsyaAllah..

Wednesday, September 1, 2010

~Jika Cinta Dia~

Geisha – Jika Cinta Dia

Terlampau sering kau buat air mataku

Tak pernah kau tahu dalamnya rasa cintaku
Tak banyak inginku jangan kau ulangi
Menyakiti aku sesuka kelakuanmu
Ku bukan manusia yang tidak berfikir
Berulang kali kau lakukan itu padaku

Reff:

Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti

Teramat sering kau membuat patah hatiku

Kau datang padanya tak pernah kutahu
Kau tinggalkan aku disaat ku butuh kan mu
Cinta tak begini selama ku tahu
Tetapi ku lemah karena cintaku padamu

*

Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti
Mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku

Back to * 2x

Lirik lagu Geisha – Jika Cinta Dia ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 terbaru.

Monday, August 30, 2010

happy turned 53rd MALAYSIA..

salam kemerdekaan buat semua...
aku sebagai salah seorang blogger yang berjiwa patriotik hanya mampu mengibarkan bendera Malaysia kat blog ne je..(hujung sebelah kanan atas yang sentiase berkibar even takde angin) nak tunjuk or buktikan yg saya menyayangi tanah air yang tercinta ini...

serta mampu menepek "Kempen 1 blog 1 Bendera"...hehehehe...

esok takde pun sambut kat padang bagai..huhuhuhu..insyaAllah tengok kat dalam TV je kot sambutan kemerdekaan kat stadium tertutup bukit jalil...nak g jauh sangat r pulak kn..even toyol tak dikenakan bayaran..hehehehe...

pape pun...HAPPY BUFDAY+HAPPY INDEPENDANT DAY Malaysia...

proud to be Malaysian...(",)

Saturday, August 21, 2010

Mengeluh sambil confuse...

Dalam umur aku yang begini...dan keadaan aku yang begini..serta kehidupan aku yang begini..membuatkan aku berfikir untuk menjadi begini...

haa...korg paham tak ape yang aku maksudkan??
mesti tak pahamkan??sebab aku sorang je yang paham..

meh..meh sini aku pahamkan korang ek..

umur aku dah 23tahun dah..takde maknenye aku nak rahsia-rahsia umur aku berapa yer...sebab aku bukan artis pun...*takut nmpak tua...

keadaan aku adalah mengalami sindrom pengangguran dengan jayanya..duduk umah tanam anggur..nak cakap manje taknak keje part time tak jugak r..nak je aku keje kat McD ke...KFC ke..Marrybrown ke..*amboi sume nak restoran makanan ringan ok..motif??? sebab bole ngecek bawak balik..hahahaha...tapi sebenarnya bukan manje pun..dalam pale memilih nak keje dalam opis..iaitu keje dalam keadaan duduk sambil mengunakaan otak untuk berfikir sebaik mungkin..

dengan kelayakan kos pembelajaan yang aku amek base on marine..membuatkan aku untuk keje dalam sektor yang bersesuaian yang qualification aku..*lebih kepada terlalu memilihkan??kalo orang lain memang cakap cmtu..tapi aku tak kisah pun korang nak cakap ape..aku ada alasan yang tersendiri..tu je rasenya ilmu yang aku ada..tak kisah r keje macam mana pun yang aku dapat tapi tolong r yang berkaitan ngan kapal....(kalo keje kat kilang kopi kapal api???nak tak??...korang memang melampau..tapi kalo kilang tu still ada import export kopi tu naik kapal...aku tak kisah bro...Ok..aku dah start merapu)

membuat aku berfikir...otak aku terpikir macam nak berkeliaran je kat area Pasir Gudang or Port Kelang ke..dari satu syarikat ke satu syarikat...nak sebar-sebarkan resume.."Encik..ada keje kosong tak??ne resume saya..jadi *kuli batak pekerja sepenuh masa tepat encik pun saya tak kisah...

haaa...harus ke begitu??tapi orang cakap r kan...nak buat sesuatu tu kene ada plan...jangan nak buat membabi buta jer...ok..



kita bukak yellow pages..kita belek satu-satu nama-nama shipping company..pastu kita call..then tanya ada keje kosong tak..kalo rezekinye diorang cakap ada..ok..sila hantar resume ada menerusi email ataupun alamat mereka..tak r membazir minyak..wang ringgit tambang teksi/bus/LRT...serta waktu..yang pada hakikatnya memang tak busy mane pun..hehehehe...

tapi tu r yang aku lalui sekarang...dalam hati nak keje..tapi dalam masa yang sama..*aku tak bersedia lagi nak keje...takut..takut dengan dunia pekerjaan yang macam mana keadaanya sebenarnya...but..i'm must to move to the other stage..MUST!!!

onestly aku ngaku..sape yang duduk umah memerap je ne..otak korang makin lame makin tumpul kan??langsung tak berkembang..tibe-tibe terpikir...shian mak aku...macam ne r keadaan dia setiap hari duduk umah...ye r..duduk umah ne kerjanya banyak dan tak akan habis sampai bila-bila..dan ape yang aku lihat kat mak aku..macam-macam dia buat kat umah ne untuk membahgiakan diri dia...

ideal dia..."mak rase nak tambah umah depan tu r....mak rase nak tukar langsir ne gune bunga-bunga besar..warne kuning...or..mak rase nak beli kursi jati yang siap ngan meja tu...kita letak kat hall tu cantik tak????"....hahahha...aku yang dengar ne pun BOTAK kepala..lagi r bapak aku...tapi tu r cara dia...hakikatnya..setiap masa nak kemas umah sebab bersepah dari luar ke dalam...dalam kata lain "tukang menyepahnya RAMAI...tukang kemasnya SORANG je.."

ok..takpe mak your assistant "DOMESTIC ENGINEER" ne sedia membantu...teeeheee....

sape kata aku blom di iktiraf jadi ENGINEER lagi???

hahahhahaha......*


p/s : enjoy the little things for one day, u may look back and realize they were big things.
Related Posts with Thumbnails