Followers

Thursday, December 1, 2011

Ucapan "Happy E-Day" buat kamu-kamu tersayang..

Assalamualaikum semua..

Sungguh lama tak bersua..#Senyum...

Last entry pun pertengahan July lepas..maaf untuk itu..tapi minat menulis dan meluahkan sesuatu dalam blog ne masih lagi tersemat dalam diri ni..

Emm..jam dah kul11 lebey kan..mata dah denyut-denyut bitau "dia" dah letih, tapi tibe-tibe rasa nak menaip lak malam ne..atas kekangan masa yang melampau kot terpaksa pendam kan dulu sume idea coretan dalam kepala ne..

Tapi arini terpaksa jugak buat ucapan panjang lebar pada insan-insan tersayang yang tidur sebantal, mandi sebilik air (pas ko masuk aku pulak) dan berkongsi hartamu hartaku juga time study dulu..hehe..insan-insan serumahtangga..haish...


Dulu kami bersembilan..namun setelah melepasi setahun bergraduasi..sorang-sorang telah melenyapkan status single kepada suatu kehidupan yang lebih advance iaitu berdua..hehe..sorang-sorang dah ada title single but not available dan si ina kecik lebih advance dah tamatkan zaman bujang kepada bersuami..hehehe...tapi takpe..kitorang dulukan yang lebih tua bagi makan nasi minyak dulu..kikikiki~~

Ingat dulu, kitorang deal reramai..sape kawen dulu dapat hadiah peti ais dari Lot 15879..haha.. Tapi, tak dapat nak nolong r..sebelum ina kawen lagi..peti ais tu dah selamat dikekahkan pada penyewa seterusnya..hahaha...kelakar kalo dok fikir-fikir balik..

Emm..ok, namo bebel panjang-panjang..nak bagi tengok pic jer.. kat sini saya ada paste pic-pic pertunangan korang yang pose die sungguh hampir sama...haha..dah nama pun E-day..dok sarung-sarung cincin..at least adalah bukti..korang dah tak single dah..dah takleh mengatal macam kami-kami yang single ne..hohoho..

majlis pertunangan Kak Esah, Azie & Ina

seterusnya...

Majlis pertunangan Wani & Ajie..

Yer...sume pose harus menghulurkan jari manis masing-masing..hehe..buat azie, Ina & wani..maafkan didi tak dapat hadir majlis korang...Tapi InsyaAllah korang nikah didi sampai ok..

Last but not least, SELAMAT BERTUNANG dan menjadi TUNANGAN orang..jaga perhubungan pertunangan itu sebaik mungkin, alam pertunangan merupakan waktu-waktu diuji..Semoga semunya adalah seperti yang dirancang dan hingga ke jinjang pelamin dan..“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”.. InsyaAllah..

Sesungguhnya Allah akan sentiasa meredhai dan memakburkan niat kamu yang ikhlas ye kamu-kamu tersayang..Tahniah...^_^

Emm..tolong jangan tanya status saya sekarang yer..assume je kehidupan saya baik-baik je ok..yang pasti.."Saya sedang berbahagia dengan kehidupan saya untuk fasa baru iaitu ALAM PEKERJAAN..ianya baru sahaja bermula..terlalu banyak lagi yang mahu di kejar dan di gapai..Tolong doakan segalanya di permudahkan untuk dilalui yer kamu-kamu tersayang..

Saya dahulukan kalian, sebab kalian dah mula dulu mencari nafkah berbanding saya..haha..ayat tak boleh bla dan..ayat nak cover line..ok...gegege..


Oh..ok sumpah..saya sangat-sangat merindui saat ini..Kami ber-10...Eh???hehehe...

Friday, July 15, 2011

Jangan Ungkapkan Cinta Pada Hati Lembutnya

Ada sebuah kisah klasik di antara kita para anak manusia…
Adam dan hawa, begitulah kecenderungan manusia pada setiap lawan jenisnya…
Ada ikhwan akhwat, akhi ukhti, qais laila, romeo juliet, dan begitulah seterusnya…
Sudahlah kebiasaan, jika cinta itu diungkapkan seorang pemuda pada kekasihnya…
Diungkapkan seorang ikhwan kepada akhwat..
.
Jujur, itu bukanlah perkara biasa…
Tetapi sungguh luar biasa…
Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”
Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…
Terbungkus harapan dan janji-janji manis…
.
Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…
Mungkin ada dari kalian yang punya hati sekuat keluli, lali akan kata-kata itu…
Tetapi banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus…
Betapa tak kuasanya…
Lembutnya hati si hawa…
.
Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??
Dengan kerapuhan dan kelembutan…
Atau mungkin kebodohannya…
.
Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.
Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…
Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.
Renungkanlah…
.
Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…
Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…
Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,
Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…
Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…
.
Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…
Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…
Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…
Sabarlah dan tuntutlah ilmu…
Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…
Jika memang sudah tak boleh,
Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…
Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…
Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…
.
Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…
Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…
Dan sebaliknya…
Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya
Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…



Sumber: Jangan Ungkapkan Cinta Pada Hati Lembutnya | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-ungkapkan-cinta-pada-hati-lembutnya/#ixzz1SBgrwX8f

Tuesday, May 17, 2011

Rasanya tak berpanjangan manalah kebahagiaan hidup itu..Jika kau bahagia di atas penderitaan orang lain...

Hidup ini memang aku akui adanya hukum "KARMA"..di mana..jika "begitulah" kau buat kat orang..bakal "begitulah" hidup kau kelak..

mungkin bukan kau sendiri yang mengalaminya..tapi, mungkin bakal...adik, anak atau mungkin orang-orang yang kau sayang turut mengalami apa yang telah kau lakukan...Tuhan tu adil..

atau mungkin...kau hampir lupa perlakuan kau terhadap seseorang tu..saat kau jatuh tersungkur...dikecewakan..atau tak mampu untuk berpaut..selepas kau imbas kembali apa yang pernah kau lakukan..baru penyesalan tu wujud..tanpa di paksa...

orang jahat..di balas jahat...orang yang baik..TUHAN janji akan dibalasnya dengan baik..

sesuangguhnya DIA tau apa yang berlaku dalam setiap sesuatu itu...

ada orang menipu..untuk melepaskan diri..ada orang menipu untuk menjadikan sesuatu perkara itu seperti sedia kala...ada orang menipu..untuk membalas dendam..

tapi berbalik pada karma semula..

apa yang telah kamu berikan itulah yang bakal kamu perolehi..sekali kamu menyakiti hati seseorang yang teraniya..InsyaAllah..bakal ada pembalasan yang setimpal buat kamu..hal itu rasanya tak usahlah di pertikaikan..DIA lagi tau apa yang terbaik..

seorang sahabat ada mengingatkan...

"You can fool all the people some of the time, and you can fool some of people all the time..but..you cannot fool all the people all the time.."


sekadar berkongsi..keadaan seorang kawan..di saat dia di tinggalkan cinta..hati bagaikan retak seribu..segala yang di lakukan sebelum ne umpama sia-sia..dia jujur dengan pasangannya..namun pasangannya itu tak r sejujur mana..saat menerima kad jemputan kawen dari tunang sendiri..ALLAH je tau hatinya bagai remuk berkecai..

saat tidur..mata tak kering daripada air mata..baru nak terlena..bila terpikirkan kecurangan tu..dia sedar semula dari lena tidur..dan sambung kembali menangis..di depan orang awam dia seolah-olah kuat bagaikan pahlawan...

namun saat dia keseorangan dia bagaikan cukup permurah dengan tangisan..

sungguh memakan masa yang lama untuk sembuh dari kesakitan itu..kesakitan yang langsung tidak terlihat di alam fizikal dan nyata tetapi lebih kepada kesakitan dalaman..badan semakin hari semakin cengkung...selera makan berkurang..tidur tak senyeyak mana..segalanya bagai serba tak kena..mulut mungkin boleh menyatakan.."aku memaafkan kamu"..namun..fikiran tidak mampu melupakannya..

dengan kesakitan yang mendalam itu..sehingga Doktor boleh mengisytiharkan semamangnya ada kesan luka dalam hati dia..


NOTA KAKI: coretan ini bukan pengalaman penulis..tetapi lebih kepada pertukaran fikiran dari seorang sahabat..Jangan sesekali melukakan hati orang lain kerana ia boleh melukakan hati sendiri..

Monday, May 9, 2011

TUHAN lebih tahu...

Bila engkau memandang segalanya dari tuhan yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sebab sakitnya hatimu,
yang membuat keinginan mu terhalang,
serta yang menyusah-nyusahkanmu,
pasti akan damai hatimu...
kerana
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu...

tapi mungkin itulah yang DIA mahu..
kerana DIA tahu,
hati yang sebegini yang selalunya lunak...
dan mudah untuk dekat...
dan akrab dengan NYA...

p/s: KATA-KATA INI MEMBUATKAN AKU CUKUP KUAT..JIKA AKU MERASAKAN BESAR DAN BERATNYA DUGAAN HIDUP INI...thanks kawan..

Thursday, April 21, 2011

Manfaat Pergerakan dalam Solat

Salam reader..

Entry kali ni aku nak kongsi mengenai beberapa manfaat pergerakan dalam solat yang aku perolehi dalam Metro Ahad bertarikh 17 April 2011. Semoga memberi informasi berguna buat anda semua yer..

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"


Posisi Pertama: Berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas.
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi Kedua: Berdiri betul serta mebaca al-Fatihah dan surah
Menimbulkan konsentrasi minda serta meehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, kusyuk dan tawaduk.

dalam bacaan, hampir kesemuanya bunyi dalam bahasa Arab yang dituturkan, mengerakakan dan menyeletakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U meransang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

posisi ketiga : Rukuk

Posisi Ketiga: Rukuk
Meregangkan otot bahagian bawah belakang, peha dan betis. Darah di pam ke atas badan. Melembutkan otot perut dan pinggang. Lama kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi Keempat: ikhtidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan yang tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketengangan.

posisi kelima: sujud

Posisi Kelima: Sujud
lutut terbentuk sudut tepat mebangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menabah alairan darah ke atas badan, khususnya kepala(termasuk mata, telinga, dan hidung) serta paru-paru. "Mental Toksin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudkan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi.

Menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada ALLAH. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadah solat.

posisi keenam : Duduk di antara dua sujud

Posisi Keenam: Duduk di antara dua sujud
Tumit lelaki kanan meluntur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita mebiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

Posisi Ketujuh: Sujud kedua
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf menjadi seimbang.

Posisi Kelapan: Bangun semula daripada sujud
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini mebantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan pergerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan meberi rehat yang selesa serta pergerakan ini mebantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.


renung-renungkan dan selamat beramal....Wink* Wink** ^_^

Saturday, April 16, 2011

8 tips Elakkan skandal...

Selamat malam reader..

takda pape nak borak sangat malam ne..tapi just nak share something yang aku baca siket kat Mingguan wanita bulan lepas tak silap r..jom baca~

rasanya cukup berguna tips-tips ne buat pasangan yang sedang hangat bercinta dan pasangan suami-isteri yang sedang berbunga-bunga kembangnya..hehe..
  • Jaga batas pergaulan. Khas buat insan-insan yang memang ramai dan kerap bergaul dengan sahabat yang berlawanan jenis. Kalo memang korang ne dah ada bestfriend lain jenis misalnya, memang korang rapat before kenal ngan si dia lagi, ada orang memang pegang istilah kawan akan tetap kawan sampai bila-bila, sila-sila r jaga batas pergaulan korang walaupun berurusan ngan kawan baik ker, kawan sekolah ker, jiran sebelah umah ker. Jangan r mind tu pikir open sangat sampai seronok bertepuk-tampar yer. mungkin bagi korang "dah biase" dah..tapi pandangan pasangan kene r jaga. Kalo dia nampak cmne??mesti dia kecik hati.."bukan main mesra lagi awek/pakwe aku ne main tepuk-tampar ngan kawan dia ne". Mungkin dia rasa, takde istimewanya kemesraan aku ngan dia..sebab sume orang dia layan sama jer.
  • Jangan kongsi masalah perhubungan dengan lawan jenis. Sementara belum kawen ne, belajar-belajar laa simpan rahsia pasangan dalam-dalam yer. Biar dah kawen senang nanti. Keaiban dan rahsia si isteri/ si suami itu adalah atas tanggungjawab kita untuk di simpan. Biar kite sorang je tau..tak perlu orang lain tau. Paling penting biasanya time gaduh r..kalo korang sakit hati sangat, jangan r dok bercerita ngan kawan lain jenis korang yer, sebab berkemungkinan besar, kawan berlainan jenis tu tahu kelemahan perhubungan kalian dan mungkin minat nak masuk daun or lebih lagi nak memporak purandakan hubungan korang. Kesimpulan kalo sakit hati, cer cite ngan bestfriend sama jenis yer. sebab mungkin mereka lebih paham dan takkan amek kesempatan...melainkan kawan sama jenis tu homeseksual r..hohoho...
  • Jangan memberi harapan atau perhatian yang lebih kepada rakan lawan jenis. Haa..yang ni aku memang sangat setuju, kalo katakan ada kawan-kawan baru nak berkenal-kenalan, bolehnya boleh..tapi jangan r layan lebih-lebih yer..just biase-biase jer. Layan sume orang kat keliling tu sama rata ok..tapi sila-sila r layan si dia sehabis baik..sebab hati kamu memang dah melekat kat si dia..harus ke nak layan or buang masa ngan orang lain??baik layan pasangan sendiri kan??
  • Usah terhutang budi. Hal ne biasanya berlaku pada insan-insan yang memang dah admire ngan kita. Contohnya si lelaki ne memang ada pempuan admire kat dia, tiap-tiap hari g keje, membe opis ne dok bawak masakan sedap-sedap soh rase or jamah. Yang si lelaki ne lak, seronok sakan r dapat makan free kan??girlfriend lak jauh berbatu-batu. So dari sini akan wujudnya membe opis itu berbudi ngan si lelaki. Begitu gak ngan si perempuan, boyfriend jauh..kete lak rosak, datang mamat muke tembok ne "jom saya hantar, office kita kan 1 bangunan jer..dapat je pempuan tu layan, mesti gelak puas dalam hati si mamat muke tembok ne..By the way...Jangan terhutang budi ok??nanti terhutang Body...ops!
  • Sentiasa ingatkan diri tentang status anda. Ne khas buat insan-insan yang memang dah ada ikatan dalam perhubungan r, misalnya telah di risik ke, telah di tunangkan ker..paling-paling penting telah dinikahkan. Nak bergaul tu boleh jer..takde orang yang mampu hidup sorang-sorangkan?or dalam dunia ne just ada dia ngan pasangan jer. Tapi tolong lah tanam dalam mind ne.."Aku dah ada someone yang paling penting dalam hidup ni.." si pasangan dah memberi kepercayaan 100% untuk jaga hati masing-masing & jangan berubah hati. Jagalah kepercayaan itu sebaik-baiknya yer. Wujudnya cinta itu dari kepercayaan. InsyaAllah kukuh hubungan tersebut...
  • Bersyukur dengan pasangan dan jangan rambang mata. Bersyukurlah dalam hati, tiada insan lain yang boleh melengkapi anda selain dari dia. Pasti ada sebabnya kenapa korang masih bersama pasangan korang walaupun dah banyak kali selisih faham, gaduh, makan hati tapi masih boleh memaafkan dan bertolak ansur. Jangan Rambang mata..yang ne lak of course jangan dok cari yang cun melecun dan macho-macho serta kaya-raya yer. Kadang-kadang fizikal tu indah sangat untuk di pandang, tapi hakikatnya or peribadinya..macam hampeh...oh jangan lah yer..kang dok kejar yang kat sana..then dok kejar yang kat sinun..last-last..sume tak dapat..
  • Sentiasa berkomuniasi dengan pasangan dan eratkan hubungan agar tiada ruang untuk orang ketiga. Berborak dan luahkanlah apa yang terbuku kat dalam hati tu, jangan simpan-simpan yer. Anggaplah pasangan korang tu bestfriend korang, sume yang jadi hari ni, kongsi dan beritahulah..pegang je kata-kata.."tiada rahsia antara kami". Serta cubalah bermacam-macam cara sekalipun untuk tidak mewujudkan ruangan langsung bagi orang ketiga untuk masuk daun yer.
  • Berdoalah agar ALLAH memelihara kehormatan dan kebahagiaan anda dan pasangan. Hakikatnya, walau macam mana korang cuba untuk elak di duakan, or berubah hati tapi tiada pegangan dan keberkatan dalam perhubungan tu, tak guna jugak kan??berdoalah agar dia akan sentiasa menjadi milik kamu..Jodoh itu, ALLAH je yang tau. dia tau apa yang terbaik buat kita. Kalo memang dah jodoh kita dengan dia, puting-beliung lalu pun..insyaAllah dia akan tetap jadi milik kita..InsyaAllah..tapi kalo memang dah tertulis si dia bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita mencuba, sehabis baik kita menjaganya..sume tu cume selisih jer..maknanya, kita cume terserempak kejap je untuk berkongsi kebahagiaan ngan si dia, tapi bukan selamanya..
"jangan terlalu mudah memberikan cintamu kepada insan lain sedangkan kata hatimu mengatakan si dia yang terbaik"

Tuesday, April 12, 2011

Putera-putera single tuu....

Selamat pagi semua..arini 12 April 2011 dan jam menunjukkan tepat 8.25 pagi..GooD Morning~~

emm...pada semua gadis-gadis yang pernah r terpengaruh nak jadi Cinderella..mesti korang menghitung-hitung..sapekah anak raja bujang yang bole matchkan ngan korang kan??geggee~~

kalo cite zaman dulu-dulu tu memang r ada yer..macam cite bawang putih bawang merah..main buai kat dalam hutan pun, anak raja bole jumpe then ajak jadi permaisuri istana..tapi sekarang..angan-angan kosong r nampaknya yer..camne lagu dia??

laju-laju.... buaiku laju...
pohon beringin tegaknya tinggi..
kalau rendah..menyapu bunyi..
penghibur aku..menolong aku..
bertiuplah oh angin bayu..
laju-laju..buaiku laju...

akulah anak yatim piatu...

laju-laju...
buaiku laju...

pohon beringin daunya rendang...
akar berjalur jejeak ke bumi..
hatiku ingin hidup gembira..
nasib malang suratan diri..
hidup aku..tidak beribu..
akulah anak yatim piatu...


ok fine..kat sini aku nak tunjuk ngan korang 5 pic putera-putera eropah yang masih single and available lagi ok..wink* wink**..so..ada peluang keemasan siket mungkin..cume mereka kene jelajah lautan..hutan belentara..ngan gunung ganang untuk cari korang kat Malaysia ne..paling senang naik kapal terbang r..mean tak dapat r korang merasa putera raja korang datang naik kudu masuk hutan cari korang main buai sambil nyanyi yer..gegegge...*ok aku memang kuat merapu..

Prince Andrea of Monaco
sempoi je kan..simple..di lahirkan pada 8 june 1984


Prince phillippos of Greece & Denmark
yer..kelihatan die sangat skema kan??di lahirkan pada 26 April 1986.


Prince Carl Philip of Sweden
waa...si dia ni..menarik..macam pelakon pun ada..di lahirkan pada 13 may 1979.


Prince Guillaume of Luxembourg
emmm...putera raja yang ne lak memang btol-btol style bangsawan zaman dulu-dulu kan??di lahirkan pada 1 may 1963


Prince Harry of Wales
hohohoho...setelah kakandamu telah berpunya..baru nampak yang si dia ini macho giler..tapi serius..antara ramai-ramai ne..dia yang paling macho aku rasa..di lahirkan pada 15 september 1984.


emmmmm...


tapi rasanya kan..takyah r nak g oversea bagai cari putera-putera macho-macho ngan hensem-hensem ni. jap ek..nak tunjuk..


.........................


..........................


.........................


.........................


.........................


..................................


............................


...........................


PUTERA MAHKOTA JOHOR


............................


...........................


DYAM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail

Si dia ni lagi hensem dari yang lain-lain tadi..mata coklat ok, melayu+islam lagi,yang iras-iras antara aku ngan dia ialah BUGIS...dekat pun dah dekat kat Johor jer....TET!!!

hehehhe...(",)

Related Posts with Thumbnails