Followers

Friday, March 25, 2011

Semakin Obses dengan blouse online...

Salam dan selamat sejahtera buat sume reader yang datang menjengah. Jom tengok blouse cute-cute kat sini..heeeee~~ (",)


eh..sila jangan tekan butang keluar dulu, sebab entry kali ni bukan sebab aku nak jual blouse yer..tapi seronak ngan teruja lak nak share blouse ape yang aku beli akhir-akhir ne. hehehehe~

sebenarnya nak di jadikan cerita, dah duduk skudai dalam 5 bulan ne..dekat lak ngan kak aina pemilik butik online Koleksi Citera Aainaa makanya, tanpa dirancang aku dah semakin menjadi regular customer cik aina..hehehe...tapi nak buat camne, dah baju-baju blouse yang cik aina jual cute-cute ngan sweet-sweet sumenya. Rasa berbaloi kot beli. Cube bayangkan 5 bulan kat sini, dah 4 pasang baju yang aku borong. Hahaha...ini bermakna, dalam masa sebulan gaji, aku pasti borong sehelai baju cik aina. emmm...cuma bulan terakhir ne..poket "terkering" lak sebab perbelanjaan di sekat kepada roadtax tamat tempoh arini..gegegege..


meh sini meh..nak kongsi ngan korang sume rupa-rupa baju yang aku beli..hehehe...dah sebut rupa macam buruk lak kan..fasion-fasion blouse yang aku beli dari koleksi citera Aainaa..


blouse kat atas ne for the 2nd time aku beli r after yang warna coklat kat atas tu. Yang coklat kat atas tu 1st time aku tengok gambo jer dah terus jatuh cinta ok. sebab bunga dia kecik-kecik, nampak sweet je bila pakai. smpai cik bos kuar ngedate ngan aku siap cakap lagi.."awk cantik r pakai baju coklat ne, kite nak amek satu jugak r..hahahha..see pelanggan boleh menarik cik bos untuk turut serta memborong yer.

then aku beli lak yang 2nd Blouse warna turquoise. saiz L jugak sama macam saiz yang coklat tu. sangat-sangat selesa dan bila pakai kain dia sejuk jer serta yang paling aku berpuas hati adalah warna dia memang susah nak pudar. maksudnya, korang dah pakai sekali then terus basuh warna dia still lagi terserlah. memang terbaik ok. *serius..sy tak berminat mengampu..hahahaha~


the nice pinky ne lak, for the latest one yang aku amek lagi. Masih lagi minat bunga kecik-kecik. Orang selalu cakap ape? "gadis-gadis lagi manis kalo pakai baju match ngan bunga kecik-kecik." Tapi memang aku minat pun, baju kat atas ne design dia ala-ala baju punjabi. Tapi dia pendek siket dari punjabi yang kebiasaannya paras lutut. Lengan dia tak bercekak tapi sedikit terbelah smpai ke siku. Baju yang ne menarik kalo di matchkan dengan seluar warna hitam & tudung warna hot pink. *maaf sy jadi perunding imej lak kan..bidang terjun..harap maklum.


for the last..hehehe...nak senyum dulu...0________________0

senyum lebar nampak kan??untuk bulan ne..sy amek 2 terus sebab terfikir-fikir pasne kalo nak amek lagi dah jauh lak kan..dan nak jumpe ngan cik bos Aainaa memakan perbelanjaan dan masa pulak. Makanya, sy terus merembat sekali dua pasang tanpa memikirkan orang lain..hahaha..takpe..hadiah untuk diri sendiri..bukannya selalu. =P

yang last ne kemeja T. Smart giler bile pakai ngan seluar warna putih dan tudung warna purple+pink. And still mengekalkan bunga kecil-kecil dia. Tapi sebenarnya yang buatkan die smart adalah potongan dia & poketnya. Yang pasti memang cantik r. Ne dia baru tunjuk dalam gambar, cube tengok real, mesti berkenan tau.

tapi kat sini aku nak ngaku, aku memang susah siket nak percaya pada barangan online ne. Sebab kadang-kadang kita tengok dalam gambar cantik giler. Tapi bile dah beli je,then dia hantar kat rumah tak berpuas hati pulak. So untuk beli online yang ini, dah cik bos yang cute-miut ne datang hantar terus tanpa ada penghantaran pos. So memang berbaloi r sebab boleh belek-belek dulu, bole pilih-pilih dulu baru amek. Seronok btol.

emm..untuk maklumat tambahan pada sesiapa yang berminat sila add facebook online cik Aainaa yer. Kat situ lagi banyak pilihan tau, tapi kalo nak cuci-cuci mata pun bole. Cik Aainaa cakap tiada paksaan dalam membeli. Dan keseluruhan blouse-blouse ni adalah made from Indonesia. Susah nak dapat tau. Kebanyakkan kalo blouse-blouse yang korang jumpe kat supermarket tu made from Thailand. Bestnya Indon made kalo compare ngan Thai made ne, kain dia. Yang Indon punya kain dia lebih tebal dan selesa berbanding yang Thai punya lebih nipis dan jarang. Tapi pada sesiapa yang memang berminat pada Thai made punya terpulang. Tapi biarlah harga berbaloi ngan keselesaannya kan.

last but not least, harga dia....sungguh berpatutan. Memang layanan yang mesra pelanggan akan di berikan oleh Cik Bos kepada sesiapa sahaja yang merupakan Regular Costumer beliau. Hehehehe...Around RM30 smpai RM45 r termasuk postage yer. Depend pada jenis baju yang korang ambil.



p/s: Cik Aainaa...sila bagi saya potongan 20% sebab telah promote butik online awk. Hehehehe... Gurau jer..wink* wink**

4 comments:

Related Posts with Thumbnails