Followers

Thursday, March 24, 2011

Andainya lelaki tahu perasaan ini...

Andai lelaki tahu
dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi
ada rasa ingin di beri perhatian
ada rasa untuk di dengar keluh kesahnya
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andai lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan harus didengari
gembira seorang perempuan ingin di kongsi

Andai lelaki tahu
di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk di tatang bagai minyak yang penuh
bukan juga untuk di manjai
hanya memerlukan sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terus wujud
walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu
hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan
wujudkah cinta itu di hati lelaki
bila saat jauh tanpa perkhabaran
sebagaimana mekarnya cinta itu

tetapi di hati perempuan
biarpun berkali ombak menghempas
tak sekali pantai hati itu berubah



3 comments:

  1. aini suka entry ni.. kalo bagi kat org lelaki baca mesti dia faham kn?? hehe..

    ReplyDelete
  2. hmmm...menarik n3 ni..terkesan pada lelaki2 yang suka menyakitkan hati perempuan...memang hati perempuan adalah ibarat kaca yang mudah pecah serta hancur...sekiranya dijaga rapi..hati itu akan sekuat berlian yang sukar dirosakkan...

    jom pakat ke blog abg fen plak...ada citer menarik di sana...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails