Followers

Saturday, November 6, 2010

~Doa buat Insan-Insan yang sedang BERCINTA~


Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku..Tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah...
Ya Tuhan yang maha pengasih...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan...
Dia bukan milikku..
bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah..ya tuhan yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
melontar bayangannya jauh ke dada langit...
kemudian hilang bersama senja nan merah...
agar aku bahagia...
walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkan kembali yang telah patah...
walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkan aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
adalah yang terbaik buat ku...
kerana Engkau maha mengetahui..
segala yang terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
janganlah engkau biarkan aku bersendirian...
di dunia mahupun di akhirat...
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
maka...
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
ke jalan yang kau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Amin..Ya Rabbal A'lamin...

2 comments:

  1. yer..pada sesiapa yang curi tu...silelah pulangkan semula..hehehhe~~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails