Followers

Saturday, October 30, 2010

Bagai pinang di belah Dua....

Rasanya tak terlalu lewat nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat dua insan ini Datuk Dr.Sheikh Muszaphar dan Datin Dr.Harlina...


sangat-sangat seronok pas tengok clip video majlis pernikahan beliau kat facebook...kelihatan Dr.Harlina sangat-sangat gembira setelah bergelar isteri kepada angkasawan pertama Malaysia..
Tak kurang jugak Dr.Muszaphar yang dapat memiliki gadis dan juga wanita yang diidam-idamkan...

aku buat blogwalking sume..ramai gadis-gadis blogger kat luar yang sedang berkecai hati menyaksikan pernikahan mereka berdua...di harap semuanya bertenang dan bertendang yer..hehehhe...dan jodoh mereka berdua..telah tersurat dan tersirat lagi...tapi aku tak termasuk di antara insan-insan yang perlu bertenang sebab..aku sangat-sangat suke mereka disatukan..sebab sangat-sangat sesuai bagai pinang di belah dua..dua-dua Doktor..sorang Doktor Ortopedik sorang lagi Doktor Bius..yang paling-paling penting..kedua-duanya sama cantik dan sama padan...*amek..byk giler sangat-sangat aku kan..heeeeee~~


pernikahan mereka pada tanggal 10/10 di ambil pada tarikh yang sama 3 tahun lepas Dr.muszaphar berlepas ke angkasa. Setelah 8 tahun bersulam kasih..hanya dengan sekali lafaz selepas menerima nikah dari ayah Dr.Harlina..mereka selamat di ijab kabulkan di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya...aku dapat bayangkan betapa indahnya masjid tu..sebab pernah solat kat situ dengan seseorang..

Dengan mas kawin sebanyak RM80 serta Dr.Harlina turut menyerahkan 11 dulang hantaran di balas dengan 7 dulang hantaran dari Dr.Muszaphar yang terdiri dari kelengkapan diri masing-masing seperti cincin, minyak wangi, rantai, jam tangan dan sebagainya.

Majlis mereka yang gilang gemilang ini adalah bertemakan "Pahlawan Melayu di istana Kayangan" merupakan Majlis perkahwinan terulung dekad ini yang di adakan di Putrajaya International Convention Centre..iklan..*penah sampai kat sini jugak..hehehhe..tapi rugi time Dr berdua ni kawen tak g...huhuhuhu~~

pic pertunangan mereka berdua pada Januari lalu

so kat sini aku nak bitau beberapa info mengenai majlis pernikahan inspirasi Malaysia ne...
  • lebih 1000 tetamu hadir untuk majlis akad nikah manakala 1500 tetamu pila hadir memeriahkan majlis persandingan ini.
  • Busana indah pernikahan dan persandingan adalah ideal pereka Putra dari Butik Cosry manakala baju upacara memotong kek pula adalah bertemakan futuristik hasil kolaborasi pengantin dan Datuk Bernand Chandran.
  • Gara-gara tidak menyedari terdapat sebuah kolam air di sebelah tempat berlangsung akad nikah menyebabkan 6 orang termasuk seorang angkasawan luar negara terjatuh ke dalamnya. *hehehhe..kelakar..
  • Majlis ini turut dihadiri oleh 80 orang angkasawan dari 35 buah negara. *syok giler..80 orang ok..bayangkan 80 orang tu dah pernah keluar dari bumi..dan terawang-awang kat angkasa lepas tu..pasti pengalaman indah bagi diorang kn?kn?kn??
  • Paling best..tengok 80 orang angkasawan luar negara dan pasangannya tu hadir ke majlis perkahwinan ni lengkap dengan persalinan baju Melayu dan baju kurung...hehehhe~~
  • Seramai 20 finalis Pencarian Lelaki maskulin dari majalah Maskulin terbitan kumpulan media karangkraf bertugas sebagai "hulubalang" membawa dulang hantaran dalam majlis akad nikah ngan persandingan...*peh dapat tak bayangkan...dikelilingi oleh jejaka-jejaka yang hensem dan macho...teeeheee~~~
  • Kek replika roket Soyuz TMA-11 seberat 30kg itu adalah disediakan untuk upacara memotong kek dalam majlis persandingan ni...*peh..bayangkan penangan angkasawan Malaysia ne..kek kawen pun bentuk roket..hehehhehe...
...................................................................................


last..pic diorang berdua...hehehhehe...pic diorang pakai baju nikah ok...

......................................................

...........................

..........

.....

..
cantik dan romantikkan???sweetnye....



source: Mingguan Wanita 22-26 okt 2010.

5 comments:

  1. cantikkkkk nyeee!! but dr harlina tu kasar sikit kan?

    ReplyDelete
  2. memang bagi pinang di belah dua....semoga berbahagia keakhir hayat...

    ReplyDelete
  3. Oh.aku tak amik kesah pun.tp lawa jugak tgk dr harlina tu. .Hoho

    ReplyDelete
  4. owh teruja.so suwit....2o finalis maskulin???oke lebih teruja.hak2

    ReplyDelete
  5. amira..hehehhe..dina pun teruja sama ok..hulubalang macho gitu...

    kak pah..yap..mmg dr harlina itu kasar..tapi sesuai r dgn dr muszaphar yang lemah lembut tu..kene kontra kn..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails