Followers

Friday, September 3, 2010

Mengejar malam Lailatul Qadar

Salam semua..di harap semua reader dalam keadaan sihat dalam mengharungi saat-saat akhir ramadhan kali ni..diharapkan aku juga begitu...cuma akhir-akhir ne batuk tak baik-baik lagi..hampir 3 minggu rasanya batuk berpanjangan ne..mungkin kekurangan daya imun badan dengan layanan tegukakan ais serta air sejuk yang sentiase mangiurkan masa berbuka tu kan??baru telan ubat batuk dua sudu tadi..ne tengah hampir-hampir lalok r ne...hehehhe..

aku nak share something, bukan atas alasan riak mahupun menunjuk-nunjuk tapi sebagai berkongsi apa yang aku dengar petang tadi dalam ceramah Al-Kulliyah yang dibicarakan oleh Prof.Datuk Dr Harun Din.

Alhamdullilah kita telah pun memasuki 10 malam terakhir ramadhan untuk di sambut dengan segala amal ibadat. Telah dimaklumkan oleh nabi Muhammad kita bahawa 10 malam terakhir itu akan terdapatnya 1 malam di mana apabila kita beribadat di satu malam yang bertuah itu adalah sama dengan beribadat 1000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan. Indahkan????

seperti yang kita ketahui, 83 tahun itu merupakan umur minimum bagi setiap umat Muhammad. Jadi, kepada sesiapa yang mampu mengecapi malam tersebut, dia merupakan seorang umat Muhammad yang cukup bertuah.

Namun, Nabi Muhammad sendiri telah merahsiakan bilakah tarikh malam Lailatu Qadar itu, beliau hanya menyatakan beribadahlah kamu di 10 malam terakhir agar peroleh 1 malam yang sangat bermakna iaitu Lailatul Qadar. Ada juga hint-hint yang menyatakan di saat 10 malam terakhir itu, berkemungkinan ketika malam gajil berlakunya malam tersebut di mana malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.



tapi bagi aku, kalo seseorang tu ikhlas ingin mengejar Lailatul Qadar, insyaAllah ALLAH akan mempermudahkan hambanya itu dan memberi rezeki buat mereka untuk terserempak dengan Malam yang bersamaan dengan 1000 bulan tu. Haa..tu perkara yang aku baru belajar akhir-akhir ne..jika seseorang hamba itu bangun malam untuk beribadat, itu merupakan rezeki yang diturunkan oleh ALLAH baginya untuk mampu terjaga dari tidur beribadat kepadaNYA. Mean, kalo katakan korang memang kes tidur mati r..susah giler nak bangun malam buat tahjud, mean memang dah tersirat takdir korang tak memperoleh rezeki untuk bangun dan beribadat.

beribadat yang dimaksudkan adalah mendekatkan diri pada yang ESA seperti beristifar,bertasbih, membuat solat-solat sunat contohnya tarawih, tasbih, taubat, hajat, tahajud dan segala solat sunat serta membaca Al-quran. Tempoh beribadat ini adalah dari terbenamnya matahari sehingga terbitnya matahari pada pagi keesokkannya. Jadi after berbuka puase je, kita sedang makan itu adalah merupakan salah satu ibadat sehingga segala ibadat yang disebutkan diatas itu merupakan pahala ibadat kita sehingga pagi keesokkannya bersamaan ibadat kita untuk 83 tahun 4 bulan. *jika malam kita beribadat itu terkena pada malam Lailatul Qadar.

Tapi apa yang aku tertarik r, malam itu adalah merupakan malam turunnya kesemua malaikat termasuk malaikat Jibril A.S ke bumi ALLAH ini untuk mengaminkan segala doa-doa yang dipanjatkan oleh hamba ALLAH di muka bumi ini. SubhanAllah, bersyukrnya jika saat itu di perolehi. Dan yang paling seronok aku dengar dia cakap, jika seseorang hamba itu memang sentiasa dekat dengan ALLAH, dia dapat mendengar suara para malaikat bertasbih di malam Lailatul Qadar itu.

Ramai yang bertanya apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu??? Namun Datuk menjawab tiada tanda-tanda yang mampu dikenalpasti bilakah malam itu menjelama, hanya keesokan harinya kita dapat lihat cahaya matahari redup dan malap dari terbitnya matahari sehingga berkemungkinan ke tengahari. Dan keadaan pagi itu damai dan tenang...Indahnyanye ya ALLAH...

so kalo korang terdengar ada yang nyatakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu contohnya air membeku atau pokok-pokok bersujud, mungkin hanya omogan kosong sahaja kerana apa yang kita tahu, carilah Lailatul Qadar itu dengan hati bukan dengan mata kasar.

maaf jika ada kesalahan penjelasan di sini, jika para pembaca yang ada perkara-perkara mengenai malam Lailatu Qadar ini yang ingin di tambah atau ingin memperbetulkan penjelasan aku, dengan hati terbuka aku sedia menerima teguran itu.

mata aku dah start malap-malap ni mungkin effect ubat batuk tu..tak larat rasanya..kepada semua, mari kita bersungguh-sungguh mengejar malam itu, dengan hati yang ikhlas jika terserempak Alhamdulillah dan jika terlepas, memohonlah agar kita di panjangkan umur untuk Ramadhan akan datang bagi mengejar malam yang begitu bermakna itu..InsyaAllah..

5 comments:

  1. sedih sbb bendera merah dah berkibar..huu..

    ReplyDelete
  2. ciput..even bendera naik pun..awk still bole menyambut kedatangan malam tu...

    bertasbih di sepanjang malam walaupun tak dpt solat ngan baca quran pun dah dikira ibadat jugak tau..

    sediakan orang2 berpuase makanan berbuka pun dah dikira ibadat juga..

    so..jangan risau ngan sedey tau..(",)

    ReplyDelete
  3. bendera merah tu knape??ade kaitan ngn lailatul qadar ek??

    ReplyDelete
  4. semoga kita diketemukan dengan malam tersebut.. amin

    ReplyDelete
  5. semoga kita sama2 dpt bertemu dgn malam lailatul qadar...insya'Allah... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    LELAKI ITU

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails