Followers

Tuesday, August 10, 2010

it was my BIG day...=)

before masuk dewan..


with Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah


glad to be me..


before naik pentas..with shah, syuk and pejal


pic kenangan dengan kak esah, khaira & syaz..kelam kabut siket time ne..hehe..


with my lovely family



ANUGERAH- dari kumpulan koir UMT


setelah sekian lamanya
menuntut dan berusaha
kini aku melangkah, dengan penuh gembira
membanggakan keluarga

berkat doa ibu bapa
juga tenaga pengajar

kini aku berjaya mencapai matlamatnya
menjadi insan mulia

ibu...
hari ini ku buktikan
segala pengorbananmu
tidak ku persiakan.
ayah...
kau pembakar semangatku..
menumpuhi segala
rintangan yang menghalang.
dariku yang mengapai anugerah ini..

SAJAK -setelah sekian lamanya..
menuntut dan berusaha..
kini aku melangkah..
dengan penuh gembira..
membanggakan keluarga..

SAJAK- berkat doa ibu bapa..
jua tenaga pengajar..
kini aku berjaya..
mencapai matlamatnya
menjadi insan mulia..

SAJAK- ibu..
hari ini aku buktikan segala pengorbananmu..
tidak aku siakan..
ayah..
kau pembakar semangatku
menempuhi segala rintangan yang menghalang..
dariku yang mengapai anugerah ini..


Monday, August 9, 2010

Ketika Allah Memilihmu untukku...


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

Anugerah Dekan July/Dis 2009

salam reader..(",)
emm..muncul arini sebab nak story-mory pasal anugerah dekan aku 2 minggu lepas..lame dah aku simpan cite ne buat belacan..hahaha..
tapi takde r lame sangat kan??mood nak update blog tu tak muncul-muncul..tibe-tibe arini dia muncul lak yer..taraa~~

ok..start..before convo aritu..fakulti aku ada buat majlis anugerah dekan buat semua pelajar fakulti yang berjaya memperolehi anugerah dekan bagi sem lepas July/Disember 2009.

dan buat pertama kalinya dalam hidup aku sebagai mahasiswi kat UMT tu..ne kali pertama aku di jemput sebagai salah seorang penerima anugerah..dengan pointer akhir 3.65..tahniah buat diri sendiri.. di ulangi bukan CGPA ok..tapi CPA sem last..hehehhe..


penyampaian anugerah

sebelum ne..tiap kali housemate g event ne..baju aku je yang g join..tapi tuan pemilik baju tak pernah pun join..tak sangka pulak..di saat-saat akhir habis belajar ne..kejutan berlaku..jemputan dari UMT sebab aku salah seorang penerima anugerah..berbunga-bunga saat tu..sebab memang tak jangka..=)

sebenarnya perkara yang membuatkan aku teruja untuk join anugerah dekan ne adalah..Impian untuk bergambar dengan insan yang paling-paling aku kagumi..Dekan fakulti aku Dato. Shaharuddin b. Dato Abdul Rahim. tercapai jugak..

with my dean..

entry kali ne juga adalah untuk memberi ucapan terima kasih buat semua tenaga pengajar sepanjang 4 tahun aku di Uni..di sini beberapa pic meraka yang banyak memberi tunjuk ajar kepada diriku yang malas lagi lambat nak faham ne..sehingga mengubah diri aku daripada tak tahu kepada tahu..peh..memang ucapan penerima anugerah skrin ok..hahaha..

Tuesday, August 3, 2010

Once a Mariner Always a Mariner

salam reader..=) wink* wink**
hari yang ceria..sebab aku suka hari selase..setiap malam selasa r nak ngedate ngan abang-abang vampire..minggu lepas terlepas tengok lak vampire diary sebab terengganu takde 8tv..tapi takpe..this week sambung ngedate lagi yer..hehehhe...suke!suke!suke!!

aku sudah selamat kembali ke kampung halaman jumaat lepas..sampai je..lengkap sudah penghijrahan aku dari Kota Tinggi ke Kuala Terengganu sepanjang 4 tahun menaiki bus "sibling"..hehehe...maklumlah membesar dalam bus..

arini takde pape nak kongsi sangat pun..just beberapa pic aku dengan kapal..4 tahun serba sikit mengenai kapal secara teori..dan beberapa praktikal or bermain-main dengan playground kapal..dari tak minat..mula berbunganya minat yang mendalam..maklumlah..tak knal maka tak cinta kan??dan aku merasakan aku merupakan insan yang cukup bertuah dapat bermain-main dan mempelajari bab kapal dari dekat..sebab tak semua orang melaluinya...so..jom usha pic-pic aku ngan kapal..=)


kapal peronda Jabatan Laut Wilayah Selatan

1st lawatan sambil belajar ke Johor dari Kuala Terengganu..even aku orang johor pun aku tak penah umur sampai Jabatan Laut Wilayah selatan kat Gelang Patah ne..sangat seronok..sebab kitorang di beri penghormatan beramai-ramai menaiki kapal peronda Jabatan Laut lama jugak la..dalam sejam gitu..dari atas tu kitorang melalui Port of Tanjung Pelepas..Tanjung Piai and also Tanjung Bin Power Plant..kitorang merayap dalam kapal tu dari bahagian engine kapal sampai ke deck..seronok!!sebab baru belajar kan???



pembuatan deck kapal kat Grand Bank


salah satu kapal mewah yang telah siap di Grand Bank


with Aji, Syaz and Kak Esah

ketiga-tiga pic kat atas ne time kami buat lawatan ke Grand Bank Yachts Sdn Bhd. Company ne adalah company pembuatan kapal mewah kat Pasir Gudang dan mereka juga ada menawarkan kemahiran praktikal kepada sesiapa yang berminat dalam menyiapkan perabot-perabot kapal dari segi pintu, steering, kerusi kayu..dan segala macam...kesemua kapal-kapal mewah yang di buat di Grand Bank ni akan di import ke luar negara..maybe orang luar negara je yang mampu..mahal sangat kapal-kapalnya ok..

tapi aku ada gak tanam impian nak honeymoon kat cruse ship ngan nak memiliki sebuah kapal mewah yang di parking kat Pulau Tioman..hahahha...tinggi sungguh angan-angan tahi ayam aku kan??


one of the Boat Explorer boat


one of the kayak made by Boat Explorer

lepas merayau-rayau area Johor..Lawatan kami ke Melaka pulak..Melaka bandaraya bersejarah. Kami ke Boat Explorer Sdn. Bhd. Sebuah kilang pembinaan boat mengunakan component fiberglass dan composite. Seronoknya kat sini, terdapatnya sebuah restoran yang berkonsepkan kapal. Restoran tu di namakan The Seafarer Restaurant. Pic kat kayak tu adalah salah satu daripada pemeran hasil pembuatan dari Boat Explorer. Menarik kan??


MV Inai Terasik

Background belakang aku tu adalah salah satu daripada kapal yang dalam pembinaan oleh Mset Shipbuilding Corporation Sdn.Bhd yang bertempat di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. MV Inai Terasik ne adalah sebuah Water Injection Vessel Plough Dredger atau nak senang faham sebuah kapal pengorekkan dan penambakan laut. Time ne masih dalam pembinaan lagi, tapi kitorang dah dibenarkan naik ke atas kapal tu untuk melihat pembinaannya.

Aku ingat lagi time ne, kapal tu still atas tanah lagi, dan kami dibenarkan untuk menaiki tangga sampai kat atas tu. Aku panjat-panjat jugak tangga tu tapi aku langsung tak tengok pun kat bawah, gayat punya pasal. Sampai je kat atas kapal tu aku dapat rasekan betapa mengigilnya kaki aku..serius bergetar kepala lutut semua..hahahaha...

kitorang naik time launch hour, so sume pekerja berhenti rehat untuk makan tengahari. Lepas je merayau-rayau atas kapal tu habis je kitorang kene selisih dengan pekerja. Mean kitorang di minta turun dan pekerja naik atas kapal untuk sambung keje diorang. Before turun tu aku stay lagi atas kapal, tengok r para pekerja naik tangga..betapa relex diorang naik sampai kat atas kapal tu sambil borak-borak lagi..hahahaha..Gelak kat diri sendiri sebab panjat kapal sampai mengigil kepala lutut..Kenangan paling kelakar time tu..AKU MEMANG GAYAT TINGGI..sekian~


with Capt Sallehuddin

This pic is about my practical training. Time ne aku kat atas Offshore Saffeena. Sebuah accommodation vessel untuk kakitangan oil rig (planta minyak). Sangat luas ye kapal baru tu. Kitorang dibenarkan meraya-rayau kat atas kapal tu sambil di berikan beberapa lecture oleh Capt.Salehuddin. Paling seronok kitorang dapat makan kat galley (dapur) Saffeena. Capt tu cakap "u all bole makan je pape pun makanan yang ada kat galley ne"..wah sungguh berbunga-bunga cinta ok..hambek sume makanan kitorang belasah..tapi yang paling aku ingat adalah dapat menikmati jus jambu batu yang paling sedap dalam dunia..sampai arini dapat rase lagi nikmat jus jambu batu tu..pekat+manis+dan segala kenikmatan r..hahaha..

once a mariner always a mariner

Ni pulak kenangan dekat lab kejuruteraan perkapalan Politeknik Ungku Omar. Sauh ne sangat-sangat bermakna bagi aku..Lab ne jugak yang mampu melahirkan orang-orang yang boleh baiki enjin kapal. Kat Lab ne kitorang buat praktikal mengenai sume machinery yang ada kat kapal tapi ada kat Lab sini. Contohnya Turbine, Boiler, Purifier, Oily Water Separator dan macam-macam lagi..so time ne r kitorang dapat tengok secara dekat dan perhatikan operation macam dalam kapal. Sangat-sangat letih time siapkan lab dan lab report kat sana, tapi ianya sangat-sangat berbaloi..Wonderful experience...dan semua lecturer yang ajar kami merupakan ex-mariner..10 sampai 20 tahun pengalaman belayar dan duduk dalam enjin kapal.

ok..finish..sebenarnya banyak lagi pic-pic dengan kapal..cume tak mampu je nak tepek kat sini sumenya..hehehhe..4 tahun in Maritime Technology courses was meaningful for me..so pada adik-adik yang memang dari sekolah lagi dah minat kat kapal..teruskan lah..sebab sekarang banyak sangat pendedahan or course untuk belayar..

GOOD LUCK kepada sesiapa yang berminat.


Friday, July 23, 2010

akhirnya ada idea nak tulis...

nak mengeluh sekejap bole tak??FUH......

bukan mengeluh ape pun..tapi just mengeluh dengan hidup yang terase begitu sesak kat dada ne..
apekah nasib ini dah tersirat???aku terima jer..

kenapalah akhir-akhir ne..encik ibrahim ngan puan norpiah tak pernah nak sokong pape pun yang aku buat??smpai bila nak macam ne??maybe smpai bila-bila kot??or maybe smpai mereka tau anak dia ne dah bole fikir sendiri...haaa...kalo tak mengizinkan..aku tak kn mampu berfikir ngan sendirinya...entah r..


..........................................................................


namo sedey-sedey r cik didie yer..mereka masih lagi membayangkan yang kau ne anak bongsu mereka yang masih di bawah tanggungan mereka..serta segala tindakan perlu diperhatikan..mungkin aku dah keje nanti baru mereka membiarkan kau buat keputusan sendiri..

think positive in this moment...

emm...

syuh...syuh..syuh....!!!!


sebenarnya bukan ne aku nak bebelkan..bukan aku nak ngeluh panjang lebar r..
aku nak kongsi something pas blogwalking tadi...dan..baru ku tahu bahawasanya...kat page..
www.yahoo.com tu ada something yang tersembunyi..berzaman rasenye ngadap tenet ne..tapi baru arini ku ketahui..*ayat skema kuar dah...hoi..hoi...

tapi tak tau r kalo korang dah tau kot..




look kat logo tu ada tulis yahoo! kan???

cube korang yang tak tau ne try click kat tanda seru yahoo tu..ada sound yang boleh buatkan hari-hari *mengeluh korang jadi best sangat..

hehehehhehe....seronok..

ok..nak siap-siap sume..baju dah pack dah..i'm going to terengganu about a week...

tata sume.....

SEE YAAAAA~~~~~

Thursday, July 22, 2010

High Heel Is a Part of me~~




semakin teruja kumpul this thing..huhuhu..tak tau r kenapa ek..sape kata orang tinggi tak leh pakai??yang aku tau orang lelaki je tak leh pakai..hehehhe..

dengan ketinggian 1.67m..tambah lak ngan 3 inci..gegegge..cube bayangkan betapa "kemetot" nye saya ok..hahaha

bile umur dah meningkat..mind pun dah berubah..maintenance pun turut sama ok..hayooo..

ne lum keje lagi ne..dah keje kang lagi up-up die punya keperluan..nak dress yang cmne r..nak tudung cmne r..nak handbeg cmne r..hambik..macam-macam lagi yer..sape r nak daftar diri jadi sugerdaddy i ne..oh gedix sungguh..

selalunya kalo aku nak something tu mean untuk dibeli r..aku lagi suka aim dulu..tak kisah r sejak kurun ke berapa pun..yang pasti..aku akan dapatkan jugak benda tu..

sekarang dah kumpul 4 jenis..please..kepada mak ngan ayah..tolong jangan bising yer..anak dara kamu ini sudah semakin addict with this thing..

next aim is....


the gladiator heel

Wednesday, July 14, 2010

Konvo Hampir Tiba~~Yahoo!!!

Lame dah tak mencoretkan sesuatu..sebenarnye bengang ngan gengblogger sebab tak bole sign in..berzaman dah rasenye..so agak kecewa sebab tak bole nak "ping pong"..mean akan kurang blogger yang akan berkunjung ke blog picisan aku ni...ape nak buat..mybe sebab tak bayar yuran kot..entah r..sedey je nak cite...

tak kisah r..sape nak dtg jenguk di alu-alukan yer..tp aku dah takleh nak war-warkn kat gengblogger lagi dah..

arini nak cite berita gumbira...23hb mlm ne dah nak g terengganu semula..nak menyelesaikan perkara yang masih tak selesai lagi...penghujungan kepada 4 tahun berhempas pulas..yap..my convocation day is around the corner...

tak sabar nak jumpe gadis-gadis cantik dan comey dari lot 15879 serta jejaka-jejaka ensem jalan inai..hehehehe...(itu tambahan menjaga hati semata-mata ok)

so dalam portal UMT, susunan majlis konvokesyen bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) adalah pada sesi pertama iaitu 25hb July dan perarakan bermula jam 8 pagi..makanya kami kene berarak sepanjang-panjangnya bermula pada jam 7.30 pagi.


semakan nama siswazah

Tapi dalam jadual untuk fakulti aku...last sekali bagi sesi pertama..around 12 maybe..wah..mau aku merayap-rayap dulu kat pesta konvo tu sebelum nama di panggil..or membebel sampai air liur kering..lame dah tak jumpe mereka..RINDU!!!

harap semunya berjalan lancar..aku maybe g awal siket dari family aku sebab tempat penginapan booking 24hb baru leh masuk..and that date..24hb pagi tu aku ada raptai lak..dengan jubah lum amek lagi..wah..wah..wah..konvo ini bikin aku haru-biru siket...maklumlah JOHOR ke TERENGGANU tu jauh yer..lagipun mamang langsung takde sedara-mara kat sana nak tumpang tempat penginapan or pengangkutan..habis je belajar aritu..langsung takde tinggal sisa-sisa pengangkutan+penginapan+buah hati yang bole bergantung harap kat sana+mak or bapak angkat...kikikikiki...Rugi btol 4 tahun tu tak menggunakan peluang sebaik mungkin...(ops..sorry sebab dah mula merapu+merungut+menyesal dan sebagainya setelah apa yg dah jadi...kuikuikui)

so..any convocation pic akan di update after convo nanti yer..insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar..dan seperti yang di rancang..Amin~~

Related Posts with Thumbnails