Followers

Wednesday, March 31, 2010

Tiba-tiba terasa...dugaan itu indah sebenarnya...(di luar kawalan)

Jam telah menunjukkan pukul 9:54 pagi...
bebudak ne semua dengan pintu bilik yang masih tertutup lagi...
malam tadi dah penat makan-makan+terlalak-lalak+lepak-lepak+gelak-gelak..
so diorang tidur lewat malam tadi setelah meraikan
kehabis menjawab paper degree untuk seumur hidup mereka...

dan kini..hanya tinggal aku untuk meneruskan perjuangan..
untuk mengelakkn diri terawan-awang..
serta turut merasa yang aku juga dah habis paper degree..
makanya..aku telah terbang untuk berkampung ke Library Sultanah Nur Zahirah yer..

namun..
ketika mereka sedang nyenyak di buai mimpi..
aku telahpun menghabiskan seketul chicken wing KFC dan sepotong Brownies Walnut...
hahahahahha (gelak kenyang)

esok paper last untuk "Maritime Signal"
Capt tu leh lak cakap..
awak takyah tension-tension sangat..
jawab relex-relex jer..
hayoo....aku punya perut dah siap kecut kebang..kecut kembang dah...
tapi die leh soh aku relex-relex jer..
mane taknya..dah die lecturernya..
tak perlu jawab exam dah..
sebab die yang bagi soalan..

ok..
hari ini punya perancangan..
sila ingatkan kembali segala ColReg72 Rule dari 1-19..
Sila hafal segala macam distress Signal dan gambarnya...
sila baca dan ingatkan balik responsibility of Watchkeeping Officer untuk no 18 dan 31
serta..
sila ingat balik segala macam boya yang ada kat laluan kapal yer..

dan dengar cite..
ada 10 soalan yang perlu di jawab semuanya sekali..
berbahagialah aku untuk menggorengnya esok yer..
dengan angka giliran 496...

hohohohohohohohohohoho....
SEMOGA BERJAYA....

WINK* WINK*



nota kaki: kad UNO telah memanggil-manggil aku untuk jadi peserta "game peringkat dunia" ne...
~TUNGGU~~~~~~~

Sunday, March 28, 2010

suddenly laugh on this moment


nothing to say....
a big apologize because doesn't updated my blog lately..
quite busy for make a revision on final examination this Tuesday..
wish me luck ok..
enjoy this clip video..
maybe it will make all of u laugh...


.....take care everybody.....



foot note: sorry..my English is quite "becelaru"
hehehehehehe...trying is the best way to improve??

Sunday, March 21, 2010

~Orang yang Mencintai kamu~

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
  18. Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

~Nite of The Thousand voyage 2010~

First of all,thanks to junior coz dah menjayakan malam yang amat-amat bermakna buat para-para senior..tak sangka malam tadi merupakn malam last aku menghadiri dinner sebagai seorang student..dan malam tadi amat seronok serta gilang-gemilang bagi kami...nice job my junior..

majlis di jayakan di Gem Beach Resort,Batu Rakit..open air gitu..dengan angin malam yang sejuk dan sangat selesa..serta sangat-sangat enjoy berbanding dinner tahun lepas yang agak formal..sebabnya dekan dan KJ tak dapat hadir..hehehehe...tu yang meriah tu..huhuhu~~

yang bertemakan glamor...malam ne r kami nak jadi ala-ala artis gitu..dan aim aku just nak jadi sorang princess..tp takde crown r..hehehehe...

so ada beberapa pic untuk di huraikan satu per satu..lets take a look...wink* wink*...


before gerak..

hehe..touch up sendiri yer..sorry r coz tak mampu nak sewa mak andam berjaya buat g dinner kali ne..so..ada sikit-sikit bakat terpendam tu..just tonyoh jer muka ngan makeup-makeup yang ada..dan hasilnya seperti di atas..hehehe..pulun je r labu...kikikiki...

sorry gak coz takde blink* blink* yang nak tunjukkan glamor tu..tak sempat nak cekau mane-mane batu-batu permata nak lekatkan..sibuk presentationnya lagi..tapi alhamdulillah..semuanya berakhir dan selesai dengan jayanya..presentation settle..dinner pun settel...

barisan gadis-gadis jelita...

maaf..saya yang tertinggi di antara mereka..tinggi asal 167cm..tapi setelah di tambah dengan 2inci heel..sorry r ek..cakap nak glamor..takkan nak pakai selipar made from jepun kot??awek-awek chinese tu sume seksi-seksi yer..so saya tak terlalu menonjol malam tu..hehehe..


cabutan bertuah & cenderamata

sangat bertuah malam tu sebab no aku 136 jadi salah satu daripada nombor yang bertuah ..hehehe..so dapat r sekotak hadiah..serta mug dan sudu comey sebagai cenderahati bagi setiap hadirin yang hadir...mug pic teddy bear..hehehe...like it..


sekuntum tisu..

serta aku dapat sekuntum bunga tisu dari sorang juniorku..sweet kuntuman bunga ne..tapi dia taknak tegak sangat sebab tisu tu lembut...hehehehe..tapi takpe...thanks buat junior ku yang memiliki bakat terpendam itu...hehehe..

banyak persembahan yang berlangsung antaranya adalah geselan viola dari student tahun tiga, persembahan akustik dari student tahun 3 jugak..gurindam..karoke..yang paling kelakar kami senior-senior kene lalakkan sebuah lagu beramai-ramai..kami pilih lagu seiring dan sejalan..agak klasik gitu...hehehehe...

tak sangka..pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku bermastautin kat Terengganu..dan menuntut ilmu kat sini...sebuah negari yang indah dan memiliki pantai yang amat memukau..

so buat adik-adik juniorku..berusahalah selama 4tahun kat sini yer..semoga tercapai kejayaan yang di idam-idamkan..

trimas....

Monday, March 15, 2010

Apa Nak Jadik Ne Didie Oii???

call free dari celcom still ada lagi ne..tapi tak tau nak kol sape..saat ne..terase nak borak-borak dengan seseorang yang boleh bagi aku inspirasi untuk teruskan lagi 40% PSM aku...subhanAllah..mane ilangnya semangat nak buat economical ne????kembalikannya..tolong r...

agak menakutkan r..sebab luse dah nak kene present akhir PSM dan aku merupakan 1st presenter..tapi analisis data still tak lengkap lagi..hayoo..apa nak jadik ne???

semuanya bercampur baur serentak..dengan ketakutan nak presentnya,ketakutan nak grad tahun ne jugak..dan dalam masa yang sama..berderet-deret lak manusia-manusia yang aku rindu..hayoo...

orang-orang tu tak merindui aku pun..tapi aku lak ngan muka tak malu merindui mereka...huhuhu...

time-time cmne r nak rindu kan Nor kat UTM..alahai..teringat time susah-susah nak g jumpe sorang lecture kat UTM untuk bantu bagi tunjuk ajar buat PSM..bilik nor r jadi kawasan persinggahan aku..duduk r dalam 2,3 hari..tidur bilik dia..agak-agak tension jer,bawak die jejalan kat taman U..g tgk wayang ker,g usha-usha baju ker,berfoya-foya r senang cite..hehehe..sib baik aku bukan belajar kat UTM tapi kat UMT..kalo tak mesti bankrup parent aku...kuikuikui...

pastu dapat lak rumate die Maz yang syok kalo layan..time study,serius semacam tu..tapi kalo start time sengal die..kitorg asik gelak jer..ada je modal dia buat lawak...macam seronok r pulak budak berdua tu sambung master..pung pang pung pang time siang jer kat Lab..pastu balik bilik..yang si Nor ne akan mengadap segala jenis movie korea mahupun CD..yang si Maz ne lak mengadap game cucuk tanam die "farmville" ngan bagi orang-orang makan "Cafe World"..



me and Nor

bebudak umah aku pun sume dah sibuk plan nak sambung master...hayoo...

aku menyerah dulu yer..tidak mampu rasanya nak memerah otak..

tak larat..aku ne bukan seseorang yang bercita-cita tinggi nak belajar sampai master yer..lepas degree ne pun cukup r..pastu....

nak keje!

nak keje!

nak keje!

namo ngadap buku dah....

namo nak buat tesis dah...

namo..namo..namo....dah....

dah terasa nak keje,nak pakai duit sendiri...nak shopping bebanyak..nak bayar utang keliling pinggang...hehehehehhe


oooooooooooooo...........ok.........

sila sambung keje seperti sedia kala yer...

petang tadi g jumpe En.Azlan...supervisor kesayangan aku...dia dok bebel-bebel tak prepair lagi nak present rabu ne..

tibe-tibe je aku dengan muke selumbenya..

"en.lan...luluskan je r PSM saya ne..takkan nak tgk muka saya lagi sem depan kot???saya dah tak larat dah nak ngadap PSM ne...." die sengih jer...


En.Supervisor aku time konvo master dia

maybe dalam hati dia..dah semakin parah anak buah aku ne..berusaha je r sehabis baik yer...insyaAllah..kejayaan itu milik kamu....AMIN...

ceh..aku je yang menabah...dah die cakap dalam hati...mana r aku nak dengar...penipu btol...

see..time konvo dia pun aku sanggup g UTM tu..terel tak tahap mengampu aku???hahahaha..

mampu nak ngampu..aku g cari bahan kat sana time tu..kebetulan time konvo kat UTM..so turut serta r..


ok,thats all for today...sila sambung lagi 4o% tu yer..serta slide yang lengkap dan bermutu..untuk memukau ke enam-enam mata panel yang terlibat...

~wish me LUCK everybody~




p/s: saya turut merindui si dia yang jauh kat negara orang sekarang ne..awk,balik jangan lupa bawakkan gajah untuk saya yer..kuikuikui...

~Selamat Bertunang~

mar & la

kebosanan melanda diriku..kahkahkah..(gelak sakan)..sedangkan data analisis aku tengah joget-joget soh siapkan..hayoo..apakah nak jadi ngan anak dara Pak Berahim ne...

tengah dok tension-tension ngadap minatang yang di sayangi itu..rumah sewaku di gamatkan oleh riuh rendah..apakah yang telah berlaku???

agak terkejut ngan salah seorang budak course aku yang hanya seramai 34 orang ne..salah seorangnya telah menjadi milik seseorang...see....diam-diam ubi berisi tu..takde kecoh-kecoh dok couple bagai nak rak..tup-tup..tah bile tarikhnya dia buat majlis pertunangan..tau-tau dah upload pic ngan tunang dia ek...

hangin je bebudak ne..bukan nak ajak pun g kenduri...kalo tak boleh g makan free kat kelantan...wawawawawa....itulah motif utama sebenarnya...sorry la....

tapi pape pun..insyaAllah bulan 4 ne kami grad bersama-sama..so wajar rasanya masing-masing nak memegang tanggungjawab yang lain selain dari jadi tukang belajar kn???tahniah kepada beliau..bersama dengan tunangnya yang baru habis STPM tu..

ucapan penaja...

"semoga pertunangan ini berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin..dah nak sampai pelamin kalo tak jempun jugak...confirm-confirm aku hamun..hehehehehe..."


nota kaki: sangat comey+ayu mek tu kn??

Thursday, March 11, 2010

~KEHEBATAN CINTA FEBRUARY~

Sebagai renungan insan yang bernama manusia....

adik cuma nak tanya ibu,kenapa begini jadinya??


ibu,adik cuma nak tanya...
rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya..
ibu masih ingat tanggal 14 February tak???
malam tu ibu ada temu janji ibu jumpe jejaka tu
ibu kata dia cintakan ibu


benarkah ibu???





dia puji dan puja ibu
dia rayu dan belai ibu
katanya
cintanya hanya untuk ibu


benarkah ibu????





ibu terkhayal dengan pujukkannya
ibu terbuai dalam bicaranya
ibu terlena oleh bisikkannya


benarkah ibu????





ibu tak kisah dia peluk ibu
ibu izinkan dia sentuh seluruh jasad ibu

ibu puas dapat buktikan kesetiaan ibu
macam dia katakan...
mahu bukti cinta ibu


tapi..benarkah ibu????





masa berlalu hari ni,lepas 9 bulan 10 hari
pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
hari ini buah cinta kalian telah terzahir
,
bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir



tapi,benarkah ibu????





kenapa dia tak sama-sama menyambut adik??
kemana dia telah pergi tak tolong azankan adik??

mengapa ibu pun bencikan adik??
sedangkan inilah tanda cinta kalian...


mengapa ibu????





tak terasakah sakit dan peritnya
tak berbakikah kasih dan sayang ibu
dah tiada pegangan..
ibu dah tidak berTuhan



benarkah ibu???
benarkah begitu??






adik cuma nak tanya je ibu..


.


p/s: Tolong kasihani mereka..haiwan pun pandai sayangkan anak....
Related Posts with Thumbnails