Followers

Saturday, October 20, 2012

Langkahan untuk menjadi seorang aku..

Salam Reader...

Lama sangat tak conteng-conteng kat sini..tapi tadi belek-belek pic-pic lama..dan kemudian add on pulak sesuatu kat blog ne..hitungan hari-hari indah sebagai seorang hamba ALLAH kat dunia ne..terdetik untuk berkongsi sesuatu..Kronologi pengalamanku untuk mencari duit yang halal dan berkat..hehe..ayat tak macam skema pulakkan..

Ok..back to normal..Kronologi pengalaman hidup selepas habis belajar..hehe..jom belek pic-pic ne..sebab biasa r aku..dari gambar hasilnya cerita..sebab aku memang tak kretif..dari cerita nak buat gambaran..

Si gadis sunquick..

Lebih terperinci dari link ne..keje weekend jer,sabtu dan ahad..bancur air dan bagi testing kat pelanggan untuk promote air ne..then kalo dapat customer yang rasa sedapnya..diorang akan terus beli..tapi time ne memang sangat comel dengan pakai skirt sunquick tu..kalo lelaki memang tak sesuai nak promote..tu r..untung jadi perempuan kan??kikiki....

Gadis Pizza Cheesy..

Memang time study lagi dulu..teringin sangat nak pakai baju pizza hut yang line-line merah ne..haha..akhirnya dapat jugak..siap kene pakai baju "steng" cheese dan apron short cheese tu lagi..amek..hanya digunakan di dalam restoran je ok..haha..ko kalo nak kuar dari pizza pakai menda ne..confirm orang dok gelakkan golek-golek..haha..sekali pandang dah mcm spongebob pulak..baju kuning lubang-lubang...

UTM Staff

kemudian berhenti pizza hut sebab dapat offer jadi Lecturer kat RANACO..tapi..lain yang pergi interview..lain yang di daftar diri..haha..keje dengan seorang profesor kapal buat projek untuk MISC..kat UTM..Time keje yang sangat-sangat flexible dan tiada punch card..nak datang keje bole..tak datang keje pun boleh..yang pasti kerja mesti siap.. End of the day, dapat jugak menjejakkan kaki ke Bangunan Dayabumi untuk datang interview.. namun, rezekinya bukan di situ..At least tau r..Pejabat MISC tu macam mana..Alhamdulillah..hadiah berharga pada hari lahirku yang ke 24 Tahun...

Be a Mariner

Jika orang lain ungkapkan..hidup ini masih panjang untuk dilalui..dan aku tau itu..Namun, tak salah rasanya untuk aku membelek kembali segala pengalaman kerja aku dari keje kat Supermarket..kepada kerja yang mungkin boleh di pandang orang..

Ingat lagi macam mana di tindas sebagai seorang yang tiada pendidikan..gaji di deduct sesuka hati, faedah pekerjaan yang boleh di bawa main oleh majikan, di beri amaran berhenti, segalanya cukup-cukup memberi pengalaman berharga..Namun aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi saat ini..

Bukan untuk bermegah..Cuma mahu mengukuhkan kembali pegangan hidup, Di sebalik kesukaran itu..akan ada kesenangan yang bakal menjelma...

Sebuah pencapaian dan kebahagiaan itu akan lebih bermakna setelah penat lelah dan kesedihan..

Last Word...

TABAH...SABAR..DAN JANGAN PERNAH MENGALAH..

Tuesday, October 16, 2012

MV Clipper Century

"Experience is the best Teacher...."

Thursday, October 4, 2012

Friday, August 3, 2012

Buat pemilik tulang rusukku...

Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak di didekati..
oleh insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda dan ramah,
melayan kata-kata mesra dari awak dulu,
mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
Jika saya tidak bercakap dengan nada yang lembut,
dengan awak dulu,
mungkin semua ini takkan terjadi...

Maafkan saya,
kerana jatuh hati kepada awak,
dan telah membuatkan awak jatuh hati kepada saya juga...

Maafkan saya,
Jika lembut dan mesra tutur bicara saya,
manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas,
chatting di facebook & perbualan suara melalui telefon...
buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya...

Maafkan saya,
kerana dah buat kita bergelumang dalam dosa selama ini...

Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan dalam perpisahan ini...
bukan ada niat untuk berselindung,
tapi..hanya untuk mengapai kembali redhanya...

Saya bersyukur diperkenalkan dan dipertemukan dengan awak...
mengenali awak buat saya yakin,
di dunia ini masih ada lelaki yang baik...
Awak sentiasa baik dengan saya...
Awak banyak bersabar dengan karenah saya...
Awak sentiasa berusaha mengembirakan saya...
walaupun mood saya ketika itu...................

Perasaan kasih dan sayang pada awak,
merupakan satu anugerah yang tak ternilai bagi diri saya...

Tapi malangnya,
kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tidak tepat...

Andai awak memang menyayangi diri ini...
Jumpalah kedua ibu dan bapa saya...
Pinanglah saya,
dan jadikan saya milik awak yang halal,
yang sah di sisi agama....

Kemudian,
kita sambung kembali kisah percintaan kita...
di dalam hubungan yang sah dan halal bagi-NYA....
saya pasti hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu...

Andai saya merupakan tulang rusuk awak,
saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi,
antara satu sama lain...
Tapi andai kata....
saya bukan wanita yang di takdirkan untuk menjadi jodoh awak...
saya redha dan saya doakan...
awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik...
berbanding diri saya...
InsyaAllah awak...

" Tak perlulah kita mencari pemilik tulang rusuk ini kerana pemilik itu sendiri akan mencari tulang rusuknya sendiri..."

Wednesday, July 18, 2012

Empat Golongan Lelaki Yang Dibawa Wanita ke Neraka


Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel bicara agama ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.

2. Suaminya

Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, korang wajib untuk membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan korang. Bantu mereka cari calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Wednesday, April 25, 2012

Secretaries' Week 2012 "Afternoon Of Elegance"

Salam to all readers,

Maaf lama sangat tak update, mood mengapdate blog ilang di bawa oleh rama-rama purple..hehe..

just want to share something..

1st time dalam sejarah hidup meraikan  Minggu setiausaha dengan semua setiausaha-setiausaha syarikat di seluruh Malaysia & Singapore..But not at all r, just sebahagian company yang menghantar setiausaha mereka. Sungguh bermurah hati bos-bos kami menghantar insan-insan seperti kami dengan penuh penghargaan..hoho..Shukurlah..tuah badan..kikiki..jom belek-belek..biarkan gambar-gambar ini berbicara...


Venue : Tanjung Puteri Hall, Level 3, Persada Johor International Convention Center
Date :  10 April 2012
Time : 12.30 P.M

Hehehe..saje nak mengedix dengan Dato' Siti..sebenarnya nak lepaskan gian tak dapat bergambar dengan Dato Siti..makanya..poster pun cukuplah..yang penting dapat tengok performance dia yang sangat-sangat mantap. To be honest, Dato Siti memang seorang yang sangat-sangat lemah lembut dan sopan santun..dan yang paling penting..suaranya yang mantap...TERBAEK!!!


Paling seronok dan terpesona adalah bila Dato Siti nyanyikan lagu "Bukan Cinta Biasa"..suka sangat dengan lagu tu..lagipun lagu tu dah lama..tak silap time SPM dulu kot...tapi sungguh lagu tu menusuk kalbu..rasa macam lagu tu di tujukan pada aku seorang je ok...hahaha..perasan sungguh ye kamu...

Tapi tak banyak sangat lagu yang dia sampaikan..antaranya Falling in Love, Bukan Cinta Biasa, Move like Jagger...serta dia ada bawak artis jemptan Kak Ramlah Ram..berduet nyanyi lagi "Kau kunci cintaku"..kalolah kak Ramlah Ram tu nyanyikan lagu baru dia kan best.."Sesaat kau datang"..tapi malangnya tiada pun..maybe sebab takde Sleeq kot..kikiki...Dia orang berdua juga turut sampaikan lagu "Ombak Rindu"..Sungguh..suara mereka berdua sangat-sangat mantop...thump up!!!

Jemput makan jemput-jemput...tet!!!

Kami turut di jamu dengan menu-menu yang telah di tetapkan..


So..ni sume kami-kami yang terlibat..booking 2 table..1 table 10 orang..sebenarnya warna tema majlis ne Merah + Hitam, tapi kami suma harus berkhidmat untuk negara dulu sebelum bergembira..pakailah baju uniform join event ne..kesian kami tak dapat melaram VOUGE...kuikuikui...

Last but not least...


Here we are..this gentleman is my boss..Capt America...hehehe..Capt ARO...

Ok then..Arious amigos...Nite!!!

Monday, February 6, 2012

~LAGU~

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu


Related Posts with Thumbnails