Followers

Thursday, August 19, 2010

What a gurl want to hear...

girl : thanks for the fun day
boy : no problem
girl: can i ask u a few questions??
boy : sure 0.0
girl : and....
girl : be honest...
girl : have i ever crossed your mind??
boy : no..
girl : Do u like me??
boy : no...
girl : Do u want me??
boy : no..

girl : Would u cry if i left u??
boy : no..
girl : Would u live for me??
boy : no..
girl : Would u do anything for me??
boy : no...
girl : choose me or your life??
boy : my life..


"please don't leave me..."


the girl run away shock and depression
the boy run after her and told her..

the reason u never cross my mind because..
u always on my mind
the reason why i don like u is because...
i love u
the reason i don't want is because..
i need u
the reason why i don't cry if u left me..
because i'll die if u left me
the reason i wouldn't live for u is because...
i would die for u
the reason i'm not willing to do anything for u is because...
i would do everything for u
the reason i choose my life is because...
u are my life



~THE END~

Wednesday, August 18, 2010

Karakter Seseorang Melalui Tulisan


salam readers...
arini aku nak kongsi something..pas belek-belek Berita Harian tadi..then terjumpe info ne..Sume orang yang g sekolah pandai tulis gun tangan kan??tapi teknologi sekarang makin maju bila dah tak perlu penulisan tangan tetapi penulisan komputer pulak...just tekan-tekan keypad je..sume tulisan spesen je kn..

So kat sini terdapat beberapa aspek atau kriteria boleh dilihat bagi menentukan personaliti seseorang melalui tulisannya. Berikut adalah antara ciri-ciri yang boleh dikenal pasti..let's check it out......

1. Tekanan
  • Tekanan kuat - seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas memiliki kesihatan tubuh badan yang sihat, cerdas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan - seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan serta tidak berbekas memiliki kesihatan tubuh yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
2. Bentuk tulisan
  • Tulisan yang bulat-bulat. Semua huruf yang ditulis dengan membulat. - Merupakan seorang yang emosional, prihatin, pengasih, penyayang, mempunyai kepekaan yang tinggi dan banyak menggunakan otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam. - Rasional, berkerja dengan sistematik dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logik)
3. Kecondongan
  • Condong ke kanan - "EXTROVERT" merupakan seseorang yang suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani serta seorang yang pemurah.
  • Condong ke kiri - "INTROVERT" merupakan seorang penyimpan rahsia, agak pemalu, tidak sukakan perubahan, amat setia kepada kekasih+keluarga+organisasi+negara tetapi tidak suka bercampur dengan orang dan agak pasif orangnya.
  • Tegak - "SYSTEMATIK" merupakan seseorang yang mudah mengawal diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan yang mencarinya, tidak suka bergaduh serta suka mengambil jalan tengah.
  • Campur-campur - Emosi yang tidak tetap seperti remaja yang belum matang.
4. Kerapatan
  • Jarang-jarang - tidak suka bercampur dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
  • Rapat-rapat - Suka bercampur dengan orang, amat bergantung kepada orang lain, seorang yang jimat dan kedekut.
5. Pada huruf J,G,Y,Z
  • Ada ekor besar, panjang dan sempurna - tahap emosi yang dipamerkan itu jelas, pengasih dan penyanyang, pemurah, mudah kasihan, mempamerkan tahap kerajinan.
  • Kecil, pendek dan tidak sempurna - Tidak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tidak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sebenarnya perasaan itu banyak dalam diri.
6. Pada palang huruf "T"
  • Tinggi - tahap aspirasi tinggi.
  • Rendah - Mudah berpuas hati, bercita-cita rendah
  • Tengah-tengah - Usaha dan pencapaian itu di tahap sederhana.

nota kaki : tulisan itu mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan untuk mengubah peribadi serta personaliti dengan sengaja supaya lebih cemerlang dalam hidup.

Friday, August 13, 2010

10 petanda dia merupakan jodoh kita...




Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan
menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Tuesday, August 10, 2010

it was my BIG day...=)

before masuk dewan..


with Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah


glad to be me..


before naik pentas..with shah, syuk and pejal


pic kenangan dengan kak esah, khaira & syaz..kelam kabut siket time ne..hehe..


with my lovely family



ANUGERAH- dari kumpulan koir UMT


setelah sekian lamanya
menuntut dan berusaha
kini aku melangkah, dengan penuh gembira
membanggakan keluarga

berkat doa ibu bapa
juga tenaga pengajar

kini aku berjaya mencapai matlamatnya
menjadi insan mulia

ibu...
hari ini ku buktikan
segala pengorbananmu
tidak ku persiakan.
ayah...
kau pembakar semangatku..
menumpuhi segala
rintangan yang menghalang.
dariku yang mengapai anugerah ini..

SAJAK -setelah sekian lamanya..
menuntut dan berusaha..
kini aku melangkah..
dengan penuh gembira..
membanggakan keluarga..

SAJAK- berkat doa ibu bapa..
jua tenaga pengajar..
kini aku berjaya..
mencapai matlamatnya
menjadi insan mulia..

SAJAK- ibu..
hari ini aku buktikan segala pengorbananmu..
tidak aku siakan..
ayah..
kau pembakar semangatku
menempuhi segala rintangan yang menghalang..
dariku yang mengapai anugerah ini..


Monday, August 9, 2010

Ketika Allah Memilihmu untukku...


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

Anugerah Dekan July/Dis 2009

salam reader..(",)
emm..muncul arini sebab nak story-mory pasal anugerah dekan aku 2 minggu lepas..lame dah aku simpan cite ne buat belacan..hahaha..
tapi takde r lame sangat kan??mood nak update blog tu tak muncul-muncul..tibe-tibe arini dia muncul lak yer..taraa~~

ok..start..before convo aritu..fakulti aku ada buat majlis anugerah dekan buat semua pelajar fakulti yang berjaya memperolehi anugerah dekan bagi sem lepas July/Disember 2009.

dan buat pertama kalinya dalam hidup aku sebagai mahasiswi kat UMT tu..ne kali pertama aku di jemput sebagai salah seorang penerima anugerah..dengan pointer akhir 3.65..tahniah buat diri sendiri.. di ulangi bukan CGPA ok..tapi CPA sem last..hehehhe..


penyampaian anugerah

sebelum ne..tiap kali housemate g event ne..baju aku je yang g join..tapi tuan pemilik baju tak pernah pun join..tak sangka pulak..di saat-saat akhir habis belajar ne..kejutan berlaku..jemputan dari UMT sebab aku salah seorang penerima anugerah..berbunga-bunga saat tu..sebab memang tak jangka..=)

sebenarnya perkara yang membuatkan aku teruja untuk join anugerah dekan ne adalah..Impian untuk bergambar dengan insan yang paling-paling aku kagumi..Dekan fakulti aku Dato. Shaharuddin b. Dato Abdul Rahim. tercapai jugak..

with my dean..

entry kali ne juga adalah untuk memberi ucapan terima kasih buat semua tenaga pengajar sepanjang 4 tahun aku di Uni..di sini beberapa pic meraka yang banyak memberi tunjuk ajar kepada diriku yang malas lagi lambat nak faham ne..sehingga mengubah diri aku daripada tak tahu kepada tahu..peh..memang ucapan penerima anugerah skrin ok..hahaha..

Tuesday, August 3, 2010

Once a Mariner Always a Mariner

salam reader..=) wink* wink**
hari yang ceria..sebab aku suka hari selase..setiap malam selasa r nak ngedate ngan abang-abang vampire..minggu lepas terlepas tengok lak vampire diary sebab terengganu takde 8tv..tapi takpe..this week sambung ngedate lagi yer..hehehhe...suke!suke!suke!!

aku sudah selamat kembali ke kampung halaman jumaat lepas..sampai je..lengkap sudah penghijrahan aku dari Kota Tinggi ke Kuala Terengganu sepanjang 4 tahun menaiki bus "sibling"..hehehe...maklumlah membesar dalam bus..

arini takde pape nak kongsi sangat pun..just beberapa pic aku dengan kapal..4 tahun serba sikit mengenai kapal secara teori..dan beberapa praktikal or bermain-main dengan playground kapal..dari tak minat..mula berbunganya minat yang mendalam..maklumlah..tak knal maka tak cinta kan??dan aku merasakan aku merupakan insan yang cukup bertuah dapat bermain-main dan mempelajari bab kapal dari dekat..sebab tak semua orang melaluinya...so..jom usha pic-pic aku ngan kapal..=)


kapal peronda Jabatan Laut Wilayah Selatan

1st lawatan sambil belajar ke Johor dari Kuala Terengganu..even aku orang johor pun aku tak penah umur sampai Jabatan Laut Wilayah selatan kat Gelang Patah ne..sangat seronok..sebab kitorang di beri penghormatan beramai-ramai menaiki kapal peronda Jabatan Laut lama jugak la..dalam sejam gitu..dari atas tu kitorang melalui Port of Tanjung Pelepas..Tanjung Piai and also Tanjung Bin Power Plant..kitorang merayap dalam kapal tu dari bahagian engine kapal sampai ke deck..seronok!!sebab baru belajar kan???



pembuatan deck kapal kat Grand Bank


salah satu kapal mewah yang telah siap di Grand Bank


with Aji, Syaz and Kak Esah

ketiga-tiga pic kat atas ne time kami buat lawatan ke Grand Bank Yachts Sdn Bhd. Company ne adalah company pembuatan kapal mewah kat Pasir Gudang dan mereka juga ada menawarkan kemahiran praktikal kepada sesiapa yang berminat dalam menyiapkan perabot-perabot kapal dari segi pintu, steering, kerusi kayu..dan segala macam...kesemua kapal-kapal mewah yang di buat di Grand Bank ni akan di import ke luar negara..maybe orang luar negara je yang mampu..mahal sangat kapal-kapalnya ok..

tapi aku ada gak tanam impian nak honeymoon kat cruse ship ngan nak memiliki sebuah kapal mewah yang di parking kat Pulau Tioman..hahahha...tinggi sungguh angan-angan tahi ayam aku kan??


one of the Boat Explorer boat


one of the kayak made by Boat Explorer

lepas merayau-rayau area Johor..Lawatan kami ke Melaka pulak..Melaka bandaraya bersejarah. Kami ke Boat Explorer Sdn. Bhd. Sebuah kilang pembinaan boat mengunakan component fiberglass dan composite. Seronoknya kat sini, terdapatnya sebuah restoran yang berkonsepkan kapal. Restoran tu di namakan The Seafarer Restaurant. Pic kat kayak tu adalah salah satu daripada pemeran hasil pembuatan dari Boat Explorer. Menarik kan??


MV Inai Terasik

Background belakang aku tu adalah salah satu daripada kapal yang dalam pembinaan oleh Mset Shipbuilding Corporation Sdn.Bhd yang bertempat di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. MV Inai Terasik ne adalah sebuah Water Injection Vessel Plough Dredger atau nak senang faham sebuah kapal pengorekkan dan penambakan laut. Time ne masih dalam pembinaan lagi, tapi kitorang dah dibenarkan naik ke atas kapal tu untuk melihat pembinaannya.

Aku ingat lagi time ne, kapal tu still atas tanah lagi, dan kami dibenarkan untuk menaiki tangga sampai kat atas tu. Aku panjat-panjat jugak tangga tu tapi aku langsung tak tengok pun kat bawah, gayat punya pasal. Sampai je kat atas kapal tu aku dapat rasekan betapa mengigilnya kaki aku..serius bergetar kepala lutut semua..hahahaha...

kitorang naik time launch hour, so sume pekerja berhenti rehat untuk makan tengahari. Lepas je merayau-rayau atas kapal tu habis je kitorang kene selisih dengan pekerja. Mean kitorang di minta turun dan pekerja naik atas kapal untuk sambung keje diorang. Before turun tu aku stay lagi atas kapal, tengok r para pekerja naik tangga..betapa relex diorang naik sampai kat atas kapal tu sambil borak-borak lagi..hahahaha..Gelak kat diri sendiri sebab panjat kapal sampai mengigil kepala lutut..Kenangan paling kelakar time tu..AKU MEMANG GAYAT TINGGI..sekian~


with Capt Sallehuddin

This pic is about my practical training. Time ne aku kat atas Offshore Saffeena. Sebuah accommodation vessel untuk kakitangan oil rig (planta minyak). Sangat luas ye kapal baru tu. Kitorang dibenarkan meraya-rayau kat atas kapal tu sambil di berikan beberapa lecture oleh Capt.Salehuddin. Paling seronok kitorang dapat makan kat galley (dapur) Saffeena. Capt tu cakap "u all bole makan je pape pun makanan yang ada kat galley ne"..wah sungguh berbunga-bunga cinta ok..hambek sume makanan kitorang belasah..tapi yang paling aku ingat adalah dapat menikmati jus jambu batu yang paling sedap dalam dunia..sampai arini dapat rase lagi nikmat jus jambu batu tu..pekat+manis+dan segala kenikmatan r..hahaha..

once a mariner always a mariner

Ni pulak kenangan dekat lab kejuruteraan perkapalan Politeknik Ungku Omar. Sauh ne sangat-sangat bermakna bagi aku..Lab ne jugak yang mampu melahirkan orang-orang yang boleh baiki enjin kapal. Kat Lab ne kitorang buat praktikal mengenai sume machinery yang ada kat kapal tapi ada kat Lab sini. Contohnya Turbine, Boiler, Purifier, Oily Water Separator dan macam-macam lagi..so time ne r kitorang dapat tengok secara dekat dan perhatikan operation macam dalam kapal. Sangat-sangat letih time siapkan lab dan lab report kat sana, tapi ianya sangat-sangat berbaloi..Wonderful experience...dan semua lecturer yang ajar kami merupakan ex-mariner..10 sampai 20 tahun pengalaman belayar dan duduk dalam enjin kapal.

ok..finish..sebenarnya banyak lagi pic-pic dengan kapal..cume tak mampu je nak tepek kat sini sumenya..hehehhe..4 tahun in Maritime Technology courses was meaningful for me..so pada adik-adik yang memang dari sekolah lagi dah minat kat kapal..teruskan lah..sebab sekarang banyak sangat pendedahan or course untuk belayar..

GOOD LUCK kepada sesiapa yang berminat.


Related Posts with Thumbnails